Thursday, June 24, 2021

nukilan bekas COO

Ketinggalan atau kemunduran selalunya membawa kemusnahan.
Hanya sedikit yang menjadikannya motivasi untuk mencapai kejayaan.

Kejayaan walaupun manis tapi penuh beracun.
Kadangkala mengundang musuh untuk mencatur.

Kemasyuran juga boleh merosakan keaslian hati yang murni.

Mengurus kemunduran dan kejayaan memerlukan kita sentiasa berpijak dibumi yang nyata.

Akhirnya kita hanyalah hamba  tuhan pencipta alam

25.6.2021
Kampung tasek permai
Mengenang kenaikan pangkat dari GM ke COO

Wednesday, June 23, 2021

jatuh

Copy dari FB  Zin simpan sini :

Kejatuhan Melaka di tangan Portugis dan Perang Salib adalah fakta sejarah. Ia wajar dikaji untuk mendalamkan pengetahuan tentang perkara lalu.
     Tetapi usah jadikan fakta itu sebagai alat untuk memainkan sentimen orang Melayu dan Islam bagi membenci orang Kristian. Walaupun dengan tujuan meraih undi bagi mendapatkan kuasa.
      Orang yang ada hari ini lahir sekitar tahun 1940-an dan selepasnya, sangat jauh dari tahun 1511 dan Zaman Pertengahan yang mana berlaku gerakan Salibiah, the Crusade.
       Kesultanan Melaka sudah tiada. Portugis sudah lama meninggalkan Melaka. Negeri Melaka Darulazim sudah merdeka dan penduduknya warga negara Malaysia. Benderanya ada bulan sabit.
       Penduduk Melaka sekarang lebih bebas daripada penduduk Melaka zaman Kesultanan Melaka. Mereka boleh mengundi dan menentukan Ketua Menteri dan kerajaan negeri.
       Dalam negeti Melaka, terdapat pelbagai penganut agama termasuk Kristian yang hidup harmoni.
Sememangnya yang memerintah Melaka pada zaman kesultanan dulu adalah Melayu. Tetapi banyak orang Melayu di Malaysia hari ini tiada kaitan dengan Melayu zaman kesultanan Melaka. Melayu hari ini antaranya hasil perkahwinan pelbagai bangsa di dunia termasuk Arab, Turki,  Cina dan India. Sementara banyak orang Melayu adalah keturunan daripada pelbagai kaum dari seluruh Nusantara iaitu Jawa, Bugis, Minang, Mandailing, Rawan Banjar, Boyan, Aceh dan lain-lain.
        Islam zaman Kesultanan Melaka dan zaman Malaysia juga berbeza. Islam Malaysia lebih tersusun dan jelas dengan ada banyak ulama.
        Perang Salib juga sudah lama berlalu. Kini Baitulmakdis bukan di bawah penguasaan Islam atau Kristian. Ia berada di bawah penguasaan Yahudi. Orang Islam dan Kristian kini tidak berperang berebut Baitulmakdis. Yang berperang hanyalah Hamas lawan Israel.
      Negara yang dahulunya mempelopori Perang Salib iaitu England, Perancis dan Jerman kini bukan negara rasmi Kristian. Mereka adalah negara sekular. Orang Eropah sekarang tiada kaitan dengan Perang Salib. Di kalangan warga negara  Britain, Perancis dan Jerman terdapat banyak orang Islam yang turut menyertai proses politik mereka.
        Jangan memainkan sentimen untuk membenci orang Kristian. Di negara ini terdapat banyak orang Kristian di kalangan kaum Cina, India, Serani, Iban dan Kadazan. Mereka adalah warganegara Malaysia yang mempunyai hak sama. Mereka juga tiada kaitan dengan gerakan Crusade.
         Hidup di Malaysia adalah perkongsian pelbagai anutan agama. Majoriti berkongsi dengan minoriti.

Tuesday, June 22, 2021

sanah helwah

23.6.2021
Sanah helwah kembar.
Dah 25 tahun.
Harap2 start kluar dari comfort zone dan berdikari

Saturday, June 19, 2021

jatuh lagi

Mencabar sungguh.
Semalam stagging jatuh pulak masa stitching segments.

belasungkawa

Pagi ni dapat message dari CKD yang tajul geng percon sae dan akleh telah pergi meninggalkan kami untuk selama2nya.

Masa dia baru sembuh tahun lepas aku dan malik sempat ziarah dirumahnya di BTHO cheras.
Innalillah
Allahumarfirlahum warhamhun

Saturday, June 12, 2021

projek baru 2

Idea asal sebelum finalize.

Copypaste dari utuber

tambah lagi

Pkp 3 bersambung sampai hujung bulan.

Monday, June 7, 2021

bergolak?

Copypaste dari FB

*****************
PAS dijangka hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit menteri besar termasuk hubungan dingin dengan istana, kata sumber parti dan penganalisis.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu.

Hinggakan, Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana, kata sumber.

Seorang sumber pemimpin PAS Terengganu yang enggan namanya disebut itu berkata, selain itu menteri besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan.

“Dinginnya hubungan Ahmad Samsuri dengan pihak istana atas beberapa isu kerana menteri besar itu dilihat tidak pandai menjaga hubungan dengan pihak istana.

“Biarpun keadaan sekarang (PAS) masih boleh bertahan namun pihak istana kini melihat PAS menghadapi masalah memerintah Terengganu terutama menteri besar kini lebih banyak menumpukan hal di kerajaan pusat,” katanya.

Sumber mendakwa, ia berikutan Ahmad Samsuri kini sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi menyertai kabinet kerajaan Perikatan Nasional akan datang.

Meunurut sumber, biarpun keadaan sekarang (PAS) masih boleh bertahan namun pihak istana kini melihat PAS menghadapi masalah memerintah Terengganu terutama menteri besar kini lebih banyak menumpukan hal di kerajaan pusat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
Meunurut sumber, biarpun keadaan sekarang (PAS) masih boleh bertahan namun pihak istana kini melihat PAS menghadapi masalah memerintah Terengganu terutama menteri besar kini lebih banyak menumpukan hal di kerajaan pusat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
PAS Terengganu berpecah tiga kem

Seorang lagi sumber dalam PAS yang juga tidak mahu dinamakan turut mengesahkan agenda menteri besar itu yang mahu beralih ke Putrajaya.

Dedah sumber itu, kumpulan menteri besar sedang membuat percaturan untuk menentukan kerusi Parlimen sesuai untuk ditandingi Ahmad Samsuri.

Antara yang dipertimbangkan kerusi Kuala Terengganu yang dimenangi Ahmad Amzad Mohamed dalam pilihan raya 2018, kata sumber PAS itu.

“Kemungkinan Amzad akan memberi laluan kerusi Parlimennya di Kuala Terengganu kepada Ahmad Samsuri,” katanya.

Jelas sumber, penghijrahan itu juga dirancang kerana Ahmad Samsuri tiada kekuatan di peringkat akar umbi dan lebih dilihat sebagai pemimpin atasan PAS.

“Ahmad Samsuri biarpun menjadi menteri besar namun sebenarnya beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi.

“Watak Ahmad Samsuri itu sendiri dilihat sebagai pemimpin atasan kerana latar belakangnya menjadi setiausaha politik kepada tuan guru, beliau bukan pemimpin dari akar umbi,” katanya.

Oleh sebab itu, Ahmad Samsuri hanya dilihat mendapat kekuatan dari pengaruh presiden PAS dan bekas menteri besar Abdul Hadi Awang.

“Sebab itu beliau kurang sokongan akar umbi, hanya mengharapkan sokongan dari tuan guru semata-mata yang begitu memberi kepercayaan penuh.

“Ini dapat dilihat apabila tuan guru memberi kerusi Rhu Rendang ( kerusi selamat PAS kepada Ahmad Samsuri,” katanya.

Jelas sumber, keputusan Hadi meletakkan Ahmad Samsuri di kerusi Rhu Rendang dan menjadi calon menteri besar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan.

“Namun disebabkan yang membuat keputusan itu adalah tuan guru tidak ada siapa yang berani membantah,” katanya.

Kata sumber itu lagi, rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan tempatan berlanjutan terutama apabila Ahmad Samsuri dilihat banyak membuat keputusan membelakangkan mereka.

Pemimpin tempatan ini antara lainnya marah apabila Ahmad Samsuri lebih mengutamakan orang luar dalam lantikan politik melibatkan agensi negeri Terengganu.

Perkara itulah yang membawa kepada krisis dalam PAS Terengganu dan menyebabkan gerakan tersebut berpecah tiga.

“Memang berlakunya krisis dalaman PAS Terengganu.

“Ada tiga kumpulan dalam PAS negeri iaitu kem menteri besar, kem pemimpin kanan PAS negeri Satiful Bahri Mamat dan Khairuddin Aman Razali,” katanya.

Keputusan Presiden PAS Abdul Hadi meletakkan Ahmad Samsuri di kerusi Rhu Rendang dan menjadi calon menteri besar menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
Keputusan Presiden PAS Abdul Hadi meletakkan Ahmad Samsuri di kerusi Rhu Rendang dan menjadi calon menteri besar menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
Ujar sumber itu, Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Satiful antara nama yang disebut untuk mengisi calon menteri besar semasa PRU14.

“Namun itu tidak berlaku kerana tuan guru telah meletakkan Ahmad Samsuri calon menteri besar,” katanya.

Khairuddin juga dilihat  bercita-cita tinggi dan mahu menjadi menteri besar dan juga memegang jawatan nombor satu parti itu.

“Ini boleh dilihat di mana pelantikan Khairuddin sebagai menteri bukan melalui parti tapi dan tiba- tiba namanya diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengejutkan orang ramai.

“Sebab itu beliau dilihat sebagai pemimpin sangat bercita-cita tinggi, dan dalam konteks politik Terengganu beliau diberi empat jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri,” katanya.

Beliau melihat persaingan di antara Khairuddn dan Ahmad Samsuri boleh diumpamakan seperti pertembungan di antara dua bekas menteri besar Umno, Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman.

“Senario Khairuddin dengan Ahmad Samsuri boleh dikatakan hampir sama seperti pemimpin Umno Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman. Samsuri dengan Khairuddin dahulunya dilihat sehaluan.

“Namun keadaan itu berubah disebabkan pertembungan dua kumpulan iaitu Ahmad Samsuri kumpulan geng profesional yang pro-Perikatan Nasional dan Khairuddin geng ustaz pro-Muafakat Nasional,katanya.

Khairuddin yang juga merupakan Ketua Dewan Ulama PAS dilanda beberapa kontroversi antaranya  didakwa melanggar standard (SOP) kuarantin pada Ogos lepas.

Ia menimbulkan kemarahan umum kerana melihat berlaku layanan berat sebelah kerana menteri itu hanya didenda RM1,000 atas kesalahan tersebut

Pada Mei beliau sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila didakwa ditahan di sekatan jalan raya di Perasing bersama seorang wanita pada 16 Mei lepas.

Khairuddin menafikan dakwaan itu biarpun polis Terengganu mengesahkan menteri itu ada melalui sekatan berkenaan.

persaingan di antara Khairuddn dan Ahmad Samsuri boleh diumpamakan seperti pertembungan di antara dua bekas menteri besar Umno, Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
persaingan di antara Khairuddn dan Ahmad Samsuri boleh diumpamakan seperti pertembungan di antara dua bekas menteri besar Umno, Ahmad Said dan Razif Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2021.
Menteri itu juga kini berdepan dengan skandal jualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang didakwa dipajak kepada satu yayasan PAS dengan harga jauh lebih rendah dari pasaran.

Penganalisis politik Mohd Hisomuddin Bakar pula ketika diminta mengulas tidak menolak ramalan bahawa krisis tersebut akan menyebabkan PAS hanya mampu bertahan sepenggal saja kali ini.

Beliau berkata krisis atau kontroversi yang  melanda parti Islam mungkin tidak akan menjejaskan jentera pilihan raya PAS namun menjangka penolakan datang dari ahli biasa

Beliau berkata, krisis kepemimpinan menteri besar dan hubungan dingin dengan pihak istana akan menyebabkan sabotaj dari ahli biasa PAS.

“Hukuman boleh datang dari ahli PAS biasa jika mereka tak puas hati dengan prestasi dan penyelewengan yang mereka percaya isu itu benar berlaku.” – 8 Jun, 2021.

Ads by Kiosked
Artikel Berkaitan
Terengganu umum program Berkat 3.0 dengan peruntukan RM6.4 juta 
Potong juga elaun ahli Parlimen, kata senator
Pemimpin Umno fitnah saya, kata Khairuddin 
Khairuddin nafi ditahan di sekatan jalan raya di Terengganu
Polis Terengganu sahkan ada siasatan terhadap Khairuddin
Abdul Hadi Awang jangan jadi Donald Trump
 KOMEN

The Malaysian Insight
PAS risks losing Terengganu over strained ties with palace, internal strife
INTERNAL party conflicts and strained ties between the menteri besar and Terengganu palace are factors that can derail PAS’ chances of defending the state in the next general election,...
4 h Diyana Ibrahim
Durian prices set to spike
THE durian season is about to begin and prices are likely to soar this year due weather patterns that have caused a drop in output, said farmers and sellers. Durian farms in Penang usually...
4 h Khoo Gek San
More misery for Kota Damansara’s poor
A YEAR of movement controls have caused a string of problems for the urban poor living in public housing projects who were already disadvantaged even before the Covid-19 pandemic. Coronavirus...
4 h Hailey Chung Wee Kye
  

PILIHAN EDITOR
16 jam yang lalu
King to meet sultans on June 16 over Covid-19 situation, says report
20 jam yang lalu
Agong terima menghadap pemimpin parti minggu ini, kata sumber
22 jam yang lalu
Government rolls out mobile vaccination programme
Oleh Elill Easwaran
1 hari yang lalu
Universiti tak boleh dikawal konservatif agama, kata Ramasamy

  
Hubungi Kami Tentang Kami Terma Penggunaan Dasar Maklumat Peribadi  RSS Feeds iOS AppStore Android PlayStore
© 2021 The Malaysian Insight. Semua hak cipta terpelihara.

Thursday, June 3, 2021

projek baru

June 2021 start projek baru di lot 9198.

Mula2 serbey boundry dulu.
Team nak clear dan pasang temporary fencing dah ada.

Lepas tu kamal dan zarina akan tanam pisang dulu

laksam ganu

Alhamdullilah ummi tiba2 naik syeh buat laksam. Lama betoi tak pekena yang homemade ori ni.

Tuesday, June 1, 2021

gagal

Carca merba terakhir ni dengan beberapa kali u-turn ni comfirm la gagal.
You guys really sucks

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...