Copypaste dari group FB.
SEMENANJUNG TANAH MELAYU ASAL - DARI PETCHABURI
Kaum thai siam tanpa fakta, mencipta sejarah sendiri kononnya garis sempadan siam-Semenanjung Melayu adalah dari selatan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada tahun 1295 (99% Semenanjung Melayu) yang telah ditetapkan oleh Maharaja Dinasti Yuan semasa gencatan senjata Siam dan Melayu, bahawasanya Hsien (Siam) tidak dibenarkan melepasi garisan sempadan antara Ratchaburi dan Petchaburi.
Ratchaburi adalah wilayah Siam sementara Petchaburi wilayah Melayu.
Silakan melihat peta semenanjung Melayu tahun 1895 yang ditandai British itu pula, luas Semenanjung Tanah Melayu asal adalah bermula di Segenting Kra dari Chumpon di Thailand hingga ke Singapura.
Tetapi 14 tahun selepas itu, British dan siam telah menandatangani Anglo-Siamese Treaty 1909 - suatu perjanjian sulit tanpa melalui pengetahuan, rundingan dan persetujuan Raja-Raja Melayu dan masyarakat Melayu yang memisahkan Segenting Kra diletakkan di bawah Siam sementara sebahagiannya lagi di bawah British Malaya yang menyebabkan sempadan tersebut kekal berlanjutan hingga ke hari ini.
Sedangkan beberapa wilayah yang dimasukkan ke dalam negara Siam ketika itu masih mempunyai penduduk bermajoriti Melayu-Islam seperti di tujuh negeri kecil Patani, serta Chana, Thepa dan Setul.
Kesan dari perpisahan tersebut menyebabkan warisan sejarah kerajaan Melayu Srivijaya yang terdapat di Chaiya seakan terpinggir.
Para sarjana seperti Chand Chirayu Rajani (1987) dan Takashi Suzuki (2012) secara tegas menyatakan bahawa negeri 'Shih-Li-Fo-Shih' (Srivijaya) yang dilawati oleh I-Tsing sebelum ke Mo-Lo-Yu (Malayu di Jambi) adalah di sekitar Jaya (Chaiya) dan bukannya Palembang.
Srivijaya asalnya bermula dari segenting Kra yang kemudian turun menjalin hubungan kerabat di utara Semenanjung Malaysia lalu mengirim utusan ke China pada tahun 670 Masehi dan kemudian barulah bertapak di Palembang, Sumatera sekitar tahun 682 Masehi berdasarkan bukti catatan di prastasi Kedukan Bukit.
Pemisahan segenting Kra ke dalam Siam juga menyebabkan sejarah Nagara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat ) 'hilang' terus dari buku-buku sejarah tempatan. Sedangkan Nagara Sri Dharmaraja merupakan sebuah kerajaan milik orang-orang yang digelar sebagai 'Javaka' iaitu Melayu segenting Kra yang mengekalkan anutan agama Buddha.
Tetapi ramai juga yang masih tidak tahu, bahawa selepas tamat Perang Dunia ke-2, British pernah bercadang untuk memasukkan segenting Kra ke dalam British Malaya.
Menurut Chalou (1995) di muka surat 346, Perdana Menteri Britain iaitu Winston Churchill berhasrat melaksanakan cadangan tersebut atas alasan keselamatan, disamping sebagai 'hukuman' terhadap Thailand yang telah bertindak menyebelahi Jepun ketika Perang Dunia ke-2.
Namun begitu, cadangan tersebut tidak dapat diteruskan, antara lain kerana tidak mendapat sokongan dari negara kuasa dunia yang lain seperti Amerika Syarikat.
Sejarah Tanah Melayu pada hari ini pastinya berbeza sekiranya British berkeras untuk menggabungkan segenting Kra ke dalam pentadbiran British Malaya selepas Perang Dunia ke-2 dan tanpa Anglo-Siamese Treaty 1909 yang mengenepikan peranan Raja-raja Melayu.