Tuesday, September 1, 2020

serangan jantung

2.9.2020
Hari ni sudah dua tahun aku kena serangan jantung.
Dua minggu sebelum it Masa Hari Raya haji, aku telah sembelih seekor kambing sebagai korban.
Malam tu aku muntah2 yang amat terok. Pergi klinik doctor kata angin Dan bagi ubat Dan MC dua Hari.
Kemudiannya aku balik kerja Dan minggu berikutnya aku balik alor setar. Balik Sana dengan bas Dan ke sini dengan flight. Kami lima orang saja dalam flight tu.
Esuknya sabtu aku kerja tapi rasa Tak selesa Dan aku balik awal. Malam tu aku pergi surau solat magrib tapi rasa Tak selesa Dan aku balik. Semasa mengambil wuduk isyak, aku rasa sangat penat. Selepas solat aku ke klinik Dan bacaan BP sudah 200. Kaki semakin bengkak. Doctor terus buat Surat suruh aku ke hospital dengan segera.
Syafiq yang hantar aku Dan terus Masuk emergency room. Setelah di periksa Dan dipasang alat untuk buang air, aku di tahan.  Berliter-liter air keluar.
Petang esuknya aku dimasukan ke wad. Hj aspa Dan azam datang melawat.
Beberapa ujian dibuat Dan ubat Mula dibagi. Keadaan Mula stabil. Kemudiannya datang doctor pakar untuk memeriksa sebelum aku dibenarkan keluar.
Setelah memberi beberapa soalan, dia mengatakan aku telah kena serangan jantung Dan perlu dirujuk ke hospital yang Ada kepakaran jantung. Akhirnya aku pilih PPUM.
Aku kemudiannya ke PPUM Dan bertemu prof Alex loch. Dia bagitau kena buat angiography. Tapi untuk wad biasa que tiga Bulan Dan aku decide untuk guna medical card prudential. Seminggu kemudiannya aku buat angiography Dan Ada dua saluran tersumbat. Satu saluran hampir seratus peratus Dan satu lagi lapan puluh peratus. 
Aku baru percaya telah kena serangan jantung sebagaimana bapak2 saudara aku yang lain. Doctor akhirnya conclude yang masalah jantung aku adalah genetic Dan ditambah dengan cara pemakanan aku yang Tak betul.
Akhirnya dua stenting diletakkan.

Aku jugak kena makan ubat jantung untuk selama-lamanya.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...