Wednesday, December 30, 2020

hujung tahun

Hari ni 31.12.2020 Hari terakhir tahun ni.

Macam2 hal tahun ni.
Covic seorang dari bulan mac sampai sekarang. Dalam Masa yang sama, politics jadi guru hara.
Project pulak delay atas entah apa2 reason.

Stress betui.

Harap2 2021, project siap Dan plan centrade tu jalan cantik Dan aku boleh move to financial freedom.

Heppy new year 2021.

Thursday, December 24, 2020

teringat bapak

25.12.1997 - 25.12.2020

Hari ni sudah dua puluh tiga tahun bapak tinggalkan kami.
Kalau hendak dikira Aku tidak sempat lama bersama dia. Dari kecik hingga Umur dua belas tahun sahaja. Hari aku melangkah ke Jenan adalah Hari yang aku kemudiannya bergerak sendiri. Kemudiannya keluar belajar di Bangi Dan berkerja. Bila berkahwin, aku menetap di klang. Dia meninggalkan kami selama-lamanya bila cucu kembarnya berusia setahun lebih.

Masa aku yang paling lama diantara itu adalah semasa aku menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa remaja, hanya Masa itu aku lama dengan dia dengan mengikut dia berniaga di pasar Harian di beberapa nat di Perlis.
Aku jugak mengambil upah untuk mencuci buah sawa untuk di peram Dan di bawa ke nat untuk di jual. Dengan upah itu jugak aku dapat sedikit duit untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Perlis dalam kempen piala Malaysia.

Dia pergi tanpa dapat mereliasasi beberapa pelan perniagaan yang telah kami rancang.

 sampai sekarang aku sentiasa sedih bila terkenangkan dia. Semoga dia damai di Alam Sana Dan aku dapat berjumpa di surga nanti.

Allahumarfirlahum warhamhum

Wednesday, December 16, 2020

back to reality

Akhirnya spurs kena dgn liverpool semalam.
Last minute goal. Kalau Tak masih di tangga atas.
Kita tengok krismas nanti

Sunday, December 6, 2020

perok berkrisis

Kesian lebai bila undi percaya menjatuhkan PN.
Baru ja dapat laba jadi exco, dah melepas.

Sekarang dalam proses u-turn nak ejast joint balik.

Kahkahkah

tibai arsengai

Semalam spurs tibai arsengai lagi.

Hahaha

Wednesday, November 25, 2020

maradona

Hari ni lagenda bola dunia meninggal akibat serangan jantung pada usia 60 tahun.
Seorang pemain yang penuh skill Serta kontroversi di luar padang.

Saturday, November 21, 2020

sembang deraih

Dulu sembang ja puak2 walaun.

Sekarang bila tembolok penuh, angguk ja lah

top

Setelah setahun special one jadi Bo's spurs, pagi ni mereka berada to top liga setelah menang dengan MC

Wednesday, November 18, 2020

horse and water

Jawapan yang menarik dari soalan provokasi Hari ni :

Assalamualaikum Ayahanda, mohon izin berkongsi pandangan 😊

Horse

1- kill the horse 🐴
Easy, but it might worsen the problems that we have. We do not know how is the new one will cope with us.

2- Punish the horse 🐴
If the horse can take it as a lesson then the horse will grew and change for the better. But if the horse can't take it, it will be personal, a revenge.

3. Get a new one.
This is a challenge. A new approach. A new perspective.Might be the one we are waiting for. The beacon of hope. But it may be the devils that wears Prada. Looks good on the surface, but inside, killing us faster than the old one.

4. Understand the horse 🐴
A very tiring and complicated process. We will not like it. But if we endure the pain to understand than we will get to look at the bigger picture. The root of the problem.
There lies the solution, the answer that we are looking for.

Monday, November 9, 2020

semakin terok

Bila dunia sudah jadi sasaran.

Semua semakin lingkup

Tambah pulak ada tukang bekap bagi fatwa.

Where do we go from here?????

Thursday, November 5, 2020

tahniah

Tahniah kepada geng Gebeng dulu yang dah meningkat menjadi kontraktor.
Dulu buat lab, kemudiannya jadi safety.

Pernah sub buat tiles untuk aku di Batu Pahat.
Tahniah bro amran.

Friday, October 30, 2020

jumpa kawan lama Ireka

Bila borak lama2 baru boleh recall dulu kami pernah kerja satu company, Ireka zaman 90an. Peter dulu di project tropicana Dan KLIA.
Kemudiannya jumpa lagi di KESAS Dan AKLEH.
Sekarang dalam misi terakhir untuk siapkan project di SUKe. Dia dengan geng rs wall, nehmiah

What a small world.

Monday, October 12, 2020

kena double

Last week start PKP Andalas.

Esuk kena seluruh Selangor

Monday, October 5, 2020

bantai enam satu

Akhirnya team mourinho tunjuk belang dengan bantai setan merah enam satu di OT pulak tu.... hahahaha.....Masuk Gua lah geng Menyu Ari ni.

Rupanya ayam merah pun kena tujuh dua dengan villa.

Tuesday, September 29, 2020

belasungkawa

Hari ini 29.9.2020 kami kehilangan sahabat sekolah paya, perlis, saudara zairul anuar Abdul halim aka Yong yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.
Arwah telah bersara awal akibat kencing manis yang kronik.
Aku sedih kerana beberapa Kali balik perlis tapi belum berkesempatan berjumpa dia.

Allahumarfirlahum warhamhum

Monday, September 28, 2020

logo redzai guesthouse

Final design

balik Tganu

Alhamdullilah weekend baru ni balik Ganu untuk ummi settle kan Hal tanah bukit Khor.
Kali ni dapat ambik syakir untuk ikut balik.

Saturday, September 26, 2020

jatuh

Semalam kena kerja Ari ahad akibat parapet jatuh di mrr.

Seram bila Lalu situ tiap2 Hari.

election yoyo

Dah caca marba di negeri bawah Batu semalam.
Sapa nak jadi CM nanti

Sunday, September 13, 2020

Jenan 84 fotobook

Alhamdullilah project photo book Jenan 84 telah siap setelah dua bertungkus lumus.
Semalam Ada Majlis hitea pelancaran buku di Hotel Geno shah alam.

Thursday, September 10, 2020

kemaman Dan kuantan

Malam tadi sampai di beserah. Tempat lepak dulu2 zaman Gebeng by pass.

Singgah dinner di open space yang menarik

Saturday, September 5, 2020

krisis air

Krisis air kali ni membawa kami ke salak tinggi pulak.

Hampeh kontraktor earthworks tu , buang minyak ke dalam sungai.

Tuesday, September 1, 2020

serangan jantung

2.9.2020
Hari ni sudah dua tahun aku kena serangan jantung.
Dua minggu sebelum it Masa Hari Raya haji, aku telah sembelih seekor kambing sebagai korban.
Malam tu aku muntah2 yang amat terok. Pergi klinik doctor kata angin Dan bagi ubat Dan MC dua Hari.
Kemudiannya aku balik kerja Dan minggu berikutnya aku balik alor setar. Balik Sana dengan bas Dan ke sini dengan flight. Kami lima orang saja dalam flight tu.
Esuknya sabtu aku kerja tapi rasa Tak selesa Dan aku balik awal. Malam tu aku pergi surau solat magrib tapi rasa Tak selesa Dan aku balik. Semasa mengambil wuduk isyak, aku rasa sangat penat. Selepas solat aku ke klinik Dan bacaan BP sudah 200. Kaki semakin bengkak. Doctor terus buat Surat suruh aku ke hospital dengan segera.
Syafiq yang hantar aku Dan terus Masuk emergency room. Setelah di periksa Dan dipasang alat untuk buang air, aku di tahan.  Berliter-liter air keluar.
Petang esuknya aku dimasukan ke wad. Hj aspa Dan azam datang melawat.
Beberapa ujian dibuat Dan ubat Mula dibagi. Keadaan Mula stabil. Kemudiannya datang doctor pakar untuk memeriksa sebelum aku dibenarkan keluar.
Setelah memberi beberapa soalan, dia mengatakan aku telah kena serangan jantung Dan perlu dirujuk ke hospital yang Ada kepakaran jantung. Akhirnya aku pilih PPUM.
Aku kemudiannya ke PPUM Dan bertemu prof Alex loch. Dia bagitau kena buat angiography. Tapi untuk wad biasa que tiga Bulan Dan aku decide untuk guna medical card prudential. Seminggu kemudiannya aku buat angiography Dan Ada dua saluran tersumbat. Satu saluran hampir seratus peratus Dan satu lagi lapan puluh peratus. 
Aku baru percaya telah kena serangan jantung sebagaimana bapak2 saudara aku yang lain. Doctor akhirnya conclude yang masalah jantung aku adalah genetic Dan ditambah dengan cara pemakanan aku yang Tak betul.
Akhirnya dua stenting diletakkan.

Aku jugak kena makan ubat jantung untuk selama-lamanya.

Monday, August 31, 2020

tumih laksa

Hari ni ummi buat tumih laksa Ganu.
Isi ikan beli Masa balik minggu lepas. Senang la lepaih ni Tak payah susah2 dok perisi ikan mentah.

Friday, August 28, 2020

solat berjamaah zaman PKP

Semalam Aku terpaksa singgah di surau rnr Kesas untuk solat magrib.
Itulah Kali pertama solat berjamaah di surau zaman PKP.

Lain macam pulak bila safe Ada penjarakan sosial

Monday, August 24, 2020

balik Ganu

Cuti awal muharram ni sempat balik Ganu pulak

Friday, August 21, 2020

cakap deraih

Baru kawen cakap lagu ni lagi.
Dulu bukan main lagi mengutuk.

bangang II

Ni pun bangang jugak.

Apa Ada dalam kepala otak entahlah

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...