Wednesday, April 18, 2018

Perang saudara di Kota Raja 1

Pru14 kembali lagi.

Kota raja masih bergolak sejak pecahnya dua kumpulan.

Sejak zaman universiti aku sudah melawan arus walaupun ramai kawan masih ramai suka dengan apa yang ada. Di kampus jiwa melawan semakin kuat walaupun mak dan bapak di kampungterus status quo. Cuma arwah bapak dulu pernah ikut geng kepala lembu dengan to cik senapi.

Tapi sejak berpindah ke kampung jawa, aku sudah terlibat dengan geng hijau secara aktif atas ajakan arwah ustaz basri. Sementelaah lagi ummi dari Rhu Rendang, kawasan tuan guru walaupun Che adalah kaler biru pekat.
Tapi penglibatan aku terhenti bila aku berpindah kerja ke Kertih, terengganu. Di sana masa 1999 biru tumbang dan hijau berkuasa. Walaupun lima tahun sahaja dan penuh dengan kelemahan tapi itu belum melunturkan semangat aku. Lawan tetap lawan dalam keadaan aku membina kerjaya.

Sepanjang itu kami terus berjuang sehingga akhirnya kota raja dapat dimiliki. Paling membanggakan ia mendapat majoriti yang sangat besar dan gergasi di selangor juga tumbang.

Rupanya panas hanya sekejap. Hujan kembali turun dan menghancurkan apa yang dibina selama ini. Dulu saudara sekarang berpisah menjadi musuh. Perlawanan tidak dapat dielakkan lagi. Kapal lama sudah ditinggalkan dan dibina kapal baru. Walaupun aku nampak ianya jalan keluar terbaik di saat pasukan baru sudah hilang arah tapi kekecewaan aku masih belum ada ubatnya.

Aku sampai sekarang membisu seribu bahasa sehingga pru14 ini.

Dengan gelagat  pasukan baru yang meloyakan aku pun dah hilang stim untuk keluar memangkah lagi.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...