Saturday, September 30, 2017

Kisah bos hampir masuk jel

Cerita Hari ni untuk enginiar2 Gebeng aku dulu , Miji, Syed Yang dah jadi Project manager sekarang.

Kisah ini berlaku kat aku beberapa tahun lepas Di project kem Batu pahat Yang menyebabkan photo aku Ada Di paper Sinar Dan Metro.

Satu hari site kena serbu dengan imegresen Batu pahat sebab Ada aduan illegal workers.
Masa serbu tu aku tengah chair sub-contractor meeting. Kat luar dah heboh pegawai 2 imegresen dah ambik semua IC staff Realis. Mereka sedang mencari siapa boh site tu.
Kami Dalam meeting dah mendapat info Dan sedang tunggu masa nak blah.
Mengikut petua semasa, boh kena hilangkan diri masa2 Gini.

Aku pun berpakat dengan Bos subcon Letrik, Zakuan ( dulu Rasma Gong Kedak ) untuk lari dari site dengan kereta dia. Kami semua pun keluar dari bilik meeting untuk keluar ke kereta.
Sedang Aku dok buka pintu kereta, tiba Aku dengar suara site engineer aku bercakap, tuan, inilah bos saya sambil memperkenalkan Aku.
Tension Aku dengar sambil membebel, apahal la engineer aku ni.
Terus pegawai tu cakap, encik bagi IC Dan ikut saya sekarang. Dia pun panggil geng2 dia suruh bagi balik IC staff2 lain.
Aku dengan stress kat engineer aku sambil membebel kat  dia banyak2.

Selepas kena berhimpun dengan indon2 Dan bangla2 Yang kena tangkap, Aku pun dibawa ke balai untuk Di introgate. Setelah berjam2 konar Sana sini petang dekat magrib baru Di lepaskan.

Masa ambik balik IC, pegawai tu kata, encik selangkah lagi nak masuk jel. Teruih Aku teringat kes Meor yg dok Dalam jel Di project bumihiway UIA dulu.
Aku balik dengan perasaan bengang giler dengan enginiar Aku tu.

Untuk Pak Syed Dan Miji, becarefull dengan enginiar 2 baru sekarang. Hampir masuk jel bos depa.

Saturday, September 23, 2017

Ke mana ekonomi kita?

Tadi masa balik dari Majlis kenduri di pulau Meranti, Puchong Aku singgah beli air kelapa Di tepi Jalan.
Aku Tanya dia, sehari boleh juai 100 biji?
Dia kata susah nak dapat jual 50 biji sekarang.

Dia tambah lagi, Kawan saya Yang jual nasi lemak bagitau dulu dia jual tiga ke empat tong nasi lemak sehari. Sekarang nak dapat jual satu setengah tong pun susah.

Apa maknanya?
Dah ke mana Kita?

Friday, September 22, 2017

1.1.1439

Hari ini aku cuti.

Tapi dalam demam, dapat juga dengan ummi siapkan nasi daging utara.

Thursday, September 21, 2017

al quran dan kehidupan

Wednesday, September 20, 2017


Semalam menerima kunjungan sahabat lama, bekas kontraktor landscape yang pernah menadah ilmu di bumi Syam.
Selepas berborak pasal scenario politik dan biznes, dia telah bercerita sesuatu yang baru tentang al quran.
Kaitan dengan kehidupan sehari-hari kita yang tak pernah aku sedar dan dengar.
Dia bercerita pengalaman sendiri yang melibatkan beberapa peristiwa yang dialami dan bila dibanding dengan surah dan ayat tertentu dalam al quran, ternyata ada penjelasan yang berkait dan menasabah.

Cerita dua Orang fresh enginiar

Hari ni teringat cerita dengan dua orang fresh enginiar Di Gebeng iaitu azmel Dan ridwan.
Keduanya Di bekalkan oleh company motosikal.

Entah kenapa dua Orang tu, keduanya langsung tak sentuh Moto. Elok ja parking Dalam lab mat zin.
Si azmel ni bila nak pergi site selalu tunggu Dan tumpang sapa2 Yang nak ke site. Kadang2 tumpang orang Fenki. Manakala si ridwan pulak guna kereta sendiri bila ke site.

Satu hari Abang Bhai panggil Aku Dan Tanya, kenapa dua fresh engineer tu selalu Ada Di office Dan tak guna Moto pergi site?
Aku jawap, saya pun tak tau tapi dah suruh Dan depa tak mau jugak.Kau panggil diaorang tengahari Hari ni, Kita jumpa.

Bila jumpa, macam 2 lah depa dua taici nak justified tak mau Naik Moto ke site.
Last sekali dia Tanya Aku, Kau dulu start kerja Naik apa? Aku jawab, motolah. Apalagi untuk fresh2 ni. Takan nak Naik Jimmy pulak.
Dia pun belasah dua2 enginiar tu.

Lepas ni Aku tak nak tengok korang Di office lagi. Macamana Kau nak ke site, Aku tak tau.
Tapi korang mesti bertanding dengan Moto ni.

Dulu sebelum tu masa Di company percon Corporation, project manager Aku dengan bengang nya keluar interview sorang fresh enginiar terus jumpa Dan bagitau Aku, gila betul enginiar tu. Ada Ka minta pajero dengan Aku nak pi site. Terok betul. Korang pun bawak jeep Jimny Saja.

Apa Komen korang sekarang ni?

Saturday, September 16, 2017

Doa lapang dada

Do’a Kelapangan Hati

(QS. Thâha: 25-28)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

dan mudahkanlah untukku urusanku,

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي

dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,

يَفْقَهُوا قَوْلِي

supaya mereka mengerti perkataanku,

Che Ab

Thursday, September 14, 2017

Site clerk jantan

Hari ini nak cerita pasal kerani kami yang paling bongsu.

Namanya Faiz. Orang Taman Sri Gombak.
Mula jumpa dia masa saya joint Bumihiway Di Sri Damansara Diamond  interchange project. Sakit juga project tu. Saya joint dah first EOT. 
Masa interview dengan Pak aji Bhar dia kata project tu ok. PM tadak pun project berjalan lancar.

Masa saya masuk office first day, saya berkenalan dengan dia Dan Tanya, sapa site clerk sini?
Dia jawap, saya la.
Saya kata Biaq betui. Site clerk jantan? Hhhmmmm...... sebelum ni dah dua company Dan beberapa project, semua site clerk pompuan.
Ok. Munkin Ada baguih jugak.

Akhirnya project Diamond interchange tu siap Dan dia pindah ke Gebeng by pass. Dia jadi site clerk jugak.
Rupanya site clerk lelaki ni banyak advantage nya. Boleh suruh macam2. Siang Malam kerja pun tak risau. Boleh tolong jadi dreba jugak.
Selamat project manager bila berdua-duan pi ke Hulu Dan hilir dengan clerk jantan.

Sekarang ni entah apa dia buat kerja dengan Fenki.

Tuesday, September 12, 2017

Belasungkawa

11.9.2017

Alumni sekolah jenan hari ni sedih atas kemangkatan sultan yang namanya terpahat di jenan.
Selama lima tahun aku menyambut baginda datang ke sekolah sempena hari penyampaian hadiah.

Monday, September 11, 2017

Site engineer zaman sekarang

Sambungan cerita masa jumpa Syed Hisham.

Kali ni berkenaan site engineer zaman sekarang. Satu hal Yang saya admit adalah site engineer2 Di Gebeng dulu masih terbaik berbanding sekarang. Even geologist macam wak Norhan boleh handle civil works dengan baik.  Sebagai comparison azmel Dan ridwan yg selalu kena taji pun berganda baik Dari sekarang. Punca ya saya pun tak pasti. Tapi Dalam macam tu saya Ada jumpa Yang sangat bagus jugak semasa Di kem Batu pahat dulu cuma dia Ada kelemahan lain.

Ceritanya begini. Masa saya COO Realis merangkap project director kem Batu pahat saya Ada interview satu new enginiar Yang baru Ada setahun pengalaman.
Masa interview saya bagitau dia interview ini adalah Dalam bahasa ingggeris Dan saya tak nak dengar satu pun perkataan melayu. Dia terus menggigil tapi teruskan menjawap soalan Dan bercerita tentang pengalaman Dalam bahasa ingggeris Yang tungging terbalik. Maklumlah budak tu bersekolah Di sebuah sekolah agama Di Baling, Kedah. Ulu benar sekolah dia. Tapi dia dapat juga dapat degree Dalam civil engineering Dan survived kerja dengan company cina buat sekolah.
Tapi saya ambik dia jadi site engineer Dan terbukti dia perform. Dia ada bagitau Yang dia putus harap nak dapat kerja masa interview dengan saya.
Satu lagi site engineer Di kem jugak Yang buat progress report Di site office tapi bila saya nak pindahkan dia Jaga site, terus bagi Surat resign.

You can agree or disagree dengan apa Yang saya tulis ni.

Ulama india

Copy Dari WA grup.

[PERMATA DI BENUA INDIA]

Oleh: Abu Ammar

Syāh Ismāíl Syāhíd رحمه الله, pengarang kitab Risālāh Al-Tāwhìd(رسالة التوحيد) wafat pada tahun 1193Hijrah merupakan salah seorang ulama' dibenua India. Bapanya Syāh 'Abdūl Ghāni رحمه الله juga merupakan seorang ūlāmā'. Datuknya pula adalah mujāddid yang terkemuka di benua Hìnd ketika itu dan antara tokoh besar yang tidak asing lagi dalam lapangan ilmu, bahkan setiap jalur ijazah sanad pasti akan ketemu dengan tokoh hebat ini, iaitu Syāh Wāliyūllāh Al-Dēhlāwí رحمه الله. Bapa kepada Syāh Wāliyyūllāh juga merupakan tokoh hebat dan ahli majlis fatwa dizaman pemerintahan Islam ketika itu, iaitu Syāh Abdūl Rāhím رحمه الله. Fatwa-fatwa beliau telah dihimpunkan menjadi kitab sebagai rujukan kepada madrasah fiqhiyyah Hānāfíyyāh.

Mereka ini رحمهم الله جميعا, berasal dari bangsa Qūrāisy bernasab keturunan dari keluarga sahabat mulia Sāidīnā 'Umār Al-Khāttāb رضى الله عنه. Oleh kerana itu nama mereka ini dinisbahkan kepada Al-Fāroūqí.

Syāh Wāliyyüllāh Al-Dēhlāwí merupakan ulama' yang mahir dalam pelbagai bidang agama dan latarbelakang penggajiannya hanya berputik dan berkembang melalui tunjuk ajar dan didikan ayahnya sendiri yakni Syāh 'Abdūl Rāhim. Syāh Wālíyyūllāh pernah rehlah ke Híjjāz selama 2 tahun untuk menuntut ilmu hadis disana. Ketika hayatnya, beliau giat dalam membanteras berleluasanya amalan songsang masyarakat Islam yang tasyabbuh kepada amalan hindu serta iktikad bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم dan isteri hadhir dalam majlis tertentu. Akibat dikelilingi oleh kesesatan yang berleluasa, beliau mendidik ahli keluarganya agar terselamat dari turut sama terpesong. Ini sebagaimana saranan Al-qūrān :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا......[التحريم :٦]
Natijah dari dedikasi dan indikasi oleh Syāh Wāliyyūh, turut sama menjadikan 4 orang anaknya sebagai tokoh 'alim dalam bidang keagamaan. 4 orang anaknya ialah Syāh 'Abdūl Ghāní(bapa Syāh Ismāil Syāhíd), Syāh 'Abdūl Qādir, Syāh 'Abdūl 'Azíz dan Syāh Rofi'ūddín رحمهم الله جميعا.

Disamping itu, Syāh Wāliyyūllāh juga gemar mengikat ilmunya melalui penulisan. Antara kitabnya yang masyhur adalah Hūjjātūllāh Al-Bālíghāh(حجة الله البالغة) yakni kitab yang membincangkan rahsia/hikmah disebalik syariat yang diturunkan.

Berbalik kepada kisah Syāh Ismāil Syāhìd, beliau kematian bapanya ketika usia kecil yakni Syāh 'Abdūl Ghāní. Kemudian tanggungjawab memeliharanya diambil oleh bapa saudaranya yang juga merupakan orang 'alim dalam bidang agama bernama Syāh 'Abdūl Qādír رحمه الله. Maka bermulalah episod penggajian Syāh Ismāil Syāhid dalam rumah bapa saudaranya Syāh 'Abdūl Qodîr. Kemudian kembara menuntut ilmu Syāh Ismāil diteruskan lagi bersama dua bapa saudaranya lagi, iaitu Syāh 'Abdūl 'Azíz dan Syāh Rofi'ūddín. Perjuangan beliau sama seperti datuknya Syāh Wāliyyūllāh, iaitu menentang segala bentuk kebatilan yang merosakkan āqídāh.

Syāh Ismāil juga mengarang banyak kitab, antaranya kitab Rísālāh Tāwhìd yang asalnya didalam bahasa Urdu berjudul Tāqwíyātūl Imān. Māwlānā Zākāriyyā Al-Kāndāhlawi رحمه الله telah mengarahkan Māwlānā Abū Hāsān Al-Nādwí رحمه الله menyalin semula kitab Tāqwíyātūl Imān karangan Syāh Ismāil ke dalam bahasa arab yang kini kitab ini dikenali sebagai kitab Rísālāh Al-Tāwhíd(رسالة التوحيد).

Demikianlah catatan ringkas saya Abu Ammar yang faqir dan dha'if disisi Allāh Al-Mālikūl Mulk berkenaan tokoh-tokoh hebat benua Hind yang hebat dalam ilmu, hebat juga memerangi kebatilan demi memelihara āqidāh. Mereka diumpamakan permata yang sangat bernilai.

[Sumber : ulangkaji rakaman kuliah Muqaddimah kitab Rísālāh āl-Tāwhìd oleh guru kami, Māwlānā Fāizāl 'Abdūllāh, Masjid Hadhari, Terengganu, Malaysia.]

Nota : saya juga insan yang bisa terdedah melakukan kesilapan dalam menukil. Sebarang kritikan membina dan pembetulan adalah dialu-alukan.
وبالله التوفيق والهداية — with Nasaie Hanaffie.

Saturday, September 9, 2017

Surah al fatihah

Dari WA grup.

*"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"*

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah disaat solat.. seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Jika post ini bermanfaat sila dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.

Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

Aamin Ya Rabbal 'Alamin..

Friday, September 8, 2017

Site engineer dah letih

Semalam masa brouse FB jumpa gambar lama masa kerja dengan Ireka di Klcc.
Gambar tu diambik masa tengah concreting base underground. Pouring concrete terbanyak dalam sejarah Ireka dan ambil masa dua hari setengah.

Tajuk photo tu aku bagi site engineer dah letih.
Sekarang dah lima series jadi projek manager , aku lagi letih.
Letih dengan client, consultant, internal jv dan lain2.

Wednesday, September 6, 2017

Kelas tafsir al quran

Inshallah ahad minggu ni start kelas tafsir al quran.
Kelas ini dijangka selama empat bulan hingga desember nanti.

Semoga Allah permudahkan

Lukisan

Setelah beberapa kali komen, akhirnya lukisan arkitek akhir telah siap.
Kini menunggu detail lukisan sebelum di hantar ke pejabat daerah marang.

Monday, September 4, 2017

Doa Nabi-nabi

Koleksi Dari sahabat FB.

🗞TAWASUL DALAM DOA PARA NABI SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN

1⃣ Mengakui Kesilapan Diri dan Bertaubat

🍏 DOA NABI ADAM:

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

”Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentulah kami menjadi orang yang rugi”.  (Al A’raf : 23)

🍎 DOA NABI NUH:

قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tidak mengetahui. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi”. (QS. Hud : 47)

Doa ini diucapkan oleh Nabi Nuh As setelah ditegur Allah, kerana mendoakan anaknya (Kan’an) yang kafir.

🍐 DOA NABI MUSA:

قَالَ رَبِّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى فَٱغْفِرْ لِى فَغَفَرَ لَهُۥٓ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku”. (QS. Qasas : 16)

Doa ini diucapkan oleh Nabi Musa As setelah tanpa sengaja telah terbunuh seorang Qibti.

🍋 DOA NABI YUNUS:

وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”. (QS. Al-Anbiya :87)

Inilah tasbih yang diucapkan Nabi Yunus dikala beliau ditelan ikan.

2⃣ Tawasul dengan Asma' dan Sifat-sifat Allah.

i) Sifat Rahman dan Rahim

🍇 DOA NABI AYUB

وَاَيُّوْبَ اِذْ نَادٰى  رَبَّهٗۤ اَنِّيْ مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَاَنْتَ اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ  
"Dan Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani
daripada segala (yang lain) yang mengasihani."
(QS. Al-Anbiya: 83)

ii) Sifat Pencipta, Pelindung.

🍑 DOA NABI YUSUF
...(Ya Rabb) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keaadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang shalih.” (QS. Yusuf: 101)

iii) Sifat Pengampun dan Penerima Taubat.

🍓 DOA NABI IBRAHIM

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَـكَ وَ مِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ ۖ  وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ  اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 128)

iv) Sifat Maha Mendengar

🍒 DOA NABI ZAKARIYA

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ  قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً  ۚ  اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ
"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau maha Mendengar doa."
(QS. Ali 'Imran: 3)

3⃣ Tawasul dengan Merendah diri dan Menyatakan Kelemahan Diri.

🌴 DOA NABI ZAKARIYA

قَالَ رَبِّ اِنِّيْ وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّيْ وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَّلَمْ اَكُنْۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيًّا
"Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - tidak pernah merasa hampa dengan doaku kepadaMu."
(QS. Maryam: Ayat 4)

🌳 DOA NABI AYUB

وَاَيُّوْبَ اِذْ نَادٰى  رَبَّهٗۤ اَنِّيْ مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَاَنْتَ اَرْحَمُ الرّٰحِمِيْنَ  
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."
(QS. Al-Anbiya: Ayat 83)

4⃣ Menyebut Kurniaan Nikmat Allah.

🌺 DOA NABI YUSUF:

رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِى مِنَ ٱلْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِى مِن تَأْوِيلِ ٱلْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ

“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh”. (QS. Yusuf :101)

Nabi Yusuf memohon kepada Allah dengan doa ini dikala beliau dijadikan wazir Negara Mesir.

🌼 DOA NABI SULAIMAN:

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ ..

“Ya Tuhanku, berikanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal shaleh yang Engkau ridhoi dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (QS. An-Naml: 19)

Inilah doa yang diucapkan Nabi Sulaiman As, sesudah memperoleh kerajaan yang besar dari Allah SWT.

🌸 DOA NABI MUSA

قَالَ رَبِّ بِمَاۤ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ  فَلَنْ اَكُوْنَ ظَهِيْرًا لِّلْمُجْرِمِيْنَ

"Ia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah."
(QS. Al-Qasas: Ayat 17)
Doa ini dibuat setelah Nabi Musa tersilap menumbuk seseorang hingga mati dan merasa cemas.

5⃣ Tawasul dengan Amal Soleh atau Ketaatan kpd Perintah Allah.

🍄DOA NABI IBRAHIM selepas membina Kaabah:

رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

“Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (QS. Al-Baqarah : 128)

          ⛳       ⛳       ⛳       ⛳       ⛳       ⛳

Tiada tawasul dgn nama Nabi2 yg lain, tiada tawasul dgn malaikat

Kisah Nabi Adam bertaubat dgn tawasul nur muhammad adalah batil. Tak sahih.

Sunday, September 3, 2017

Patin hulu langat

Tadi dengan geng2 HS pekena patin.

Eidul adha 2017

Raya haji kali ni kami tak balik mana2 kecuali ke Balok.
Alhamdullilah sempat jumpa sahabat lama matrik UKM, mat shokri yang asal dari Sg Tiang.
Walaupun gagal ke Ukm tapi dia suksess as interior designer dan sekarang ada bisnes buat rumah.

Korban tahun ni buat di dengan Yaum di Ranau.

Saturday, September 2, 2017

DOA

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...