Monday, April 17, 2017

Kitab aqidah

Satu cadangkan Menarik untuk belajar aqidah dari sahabat FB, Abu saif.

Senarai kitab aqidah yg saya syorkan kpd rakan2 fb. Kitab2 ini adalah warisan ulama zaman silam yg mereka sendiri pernah berjuang menegakkan aqidah original di zaman mereka. Ada yg dipenjara, didera, terusir, wafat dlm buangan pun ada.  Kitab2 ni asalnya ringkas dan nipis tapi sebab masyhur dah disyarah oleh ramai ulama terkemudian dan diterjemahkan dlm bahasa Msia-Indonesia. Beli buku2 ni. Versi pdf free pun ada. Yg menarik juga. Kajian, bedah, daurah dan syarah audio juga ada dah dilakukan oleh asatizah sunnah Malaysia dan lebih ramai lagi di Indonesia. Google carilah koleksi video atau mp3 syarahan kitab2 ini.

1. Usulus Sunnah,
karya Imam Ahmad bin Hanbal.
(w 241H)
merupakan kitab yang berisi pokok-pokok ‘aqidah dan manhaj Ahlus-Sunnah yang mesti dipegang oleh seorang muslim.

2. Al-‘Aqiidah at-Tohawiyyah,
karya Syaikh Abu Ja’far ath-Thahawi (wafat th. 321 H)
Kitab ini merupakan buku pedoman yang terdiri dari 105 poin inti keyakinan dalam pandangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kitab telah menjadi kitab akidah yang paling masyhur oleh majoriti muslim dari seluruh mazhab akidah Sunni.

3.  Syarhus Sunnah,
karya Imam al-Barbahari (wafat 328 H). Kitab klasik ini memuatkan 170 perkara tentang berbagai aspek mengenai keyakinan umat Islam, dengan memberikan rujukan kutipan dari Al-Qur'an, Sunnah, para sahabat dan ulama. Kitab ini terkenal dengan kalimat di bagian awalnya "Islam adalah Sunnah, dan Sunnah adalah Islam".

4. ‘Aqiidatus Salaf As-haabul Hadits,
karya Abu Utsman ash-Shabuni (wafat th. 449 H).
Kitab ini ditulis mengikut kefahaman jalan yang telah ditempuh oleh para pendahulu kita dari kalangan para sahabat, tabi’in,tabiut tabi’in dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik dari kalangan para imam-imam yang mengibarkan bendera ahlussunnah wal jama’ah.

5. Lum’atul I’tiqad al-Haadii ilaa Sabiilir Rasyaad,
karya Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi (wafat th. 629H)
Isinya membahas intisari keyakinan ahlus sunnah wal jama'ah secara lugas dalam membedakannya dari aliran-aliran yang berkembang pada masa hidup penulis seperti Muktazilah, khawarij, Syi'ah, Qadariyah, dll.

6. Al-‘Aqiidah al-Waasithiyyah,
Karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (w.728H)
Kitab ini ditulis dalam tempoh antara waktu Zuhur dan Asar sahaja. Kitab yang mudah untuk orang-orang yang baru belajar membahas tentang aqidah Salaf dalam tauhid Asma wa shifat,  Jelas uraiannya, diiringi dalil-dalil dari Al-Qur-an maupun As-Sunnah oleh penulis, dan Sudah diterima oleh kaum muslimin sejak zaman Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah dan syarahnya lebih dari sepuluh kitab yang ditulis oleh para ulama dalam menjelaskan Aqidah Salaf, Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...