Tuesday, May 31, 2016

SEKULERISME MASIH BERBISA

aku dilahirkan selepas 10 tahun selepas merdeka setelah beratus tahun pihak portugis, belanda dan inggeris mendarat di pantai dan menjajah. Tetapi penjajahan telah melenyapkan amalan islam yang sebenar dari umat melayu. Yang tinggal hanya amalan-amalan ibadat biasa yang akan melangsungkan pemerintahan sekular untuk entah berapa kurun lagi.
Kesian agamaku.

sebelum itu pihak kafir thai pun pernah menjajah. Perlis sebelum menjadi sebahagian dari persekutuan juga di bawah jajahan puak Thai.

Surat beranak aku bercop  persekutuan tanah melayu nama negara yang baru merdeka.
sebelum itu di panggil Malaya.

walaupun penduduk telah islam beratus-ratus tahun tapi masih bercampur dengan amalan karut marut dan akhirnya tunduk kepada sekulerisma setelah pihak barat tidak jumpa jalan untuk menghapuskan islam penduduknya sebagaimana negara piliphina.

zaman aku sekolah adalah zaman ekonomi baru, DEB. projek meningkatkan taraf hidup melayu.
Aku disuruh belajar pandai-pandai supaya dapat masuk aliran sains sekolah berasrama penuh. Untuk meningkatkan ekonomi dan professional melayu. Satu pendekatan yang bersifat nasionalis bangsa. Survival bangsa yang paling utama masa itu.\

Persekutuan tanah melayu ditukar semasa ini menjadi Malaysia tetapi keadaan islam masih sama. Terpinggir dan tiada tempat dalam masyarakat dan hanya ibadat yang masih bertahan. Itupun sudah bercampu baur dengan adat-adat yang entah dari mana.

Islam masih sama tapi tulisan jawi di hapuskan beberapa tahun sebelum aku. Nasib baik aku sempat belajar dan berguru dengan seorang ustaz yang akhirnya menjadi ahli majlis fatwa negeri Perlis. Tetapi bab fekah sahaja. Tidak sempat mengenal bab-bab lain seperti akidah, usuludin, tasawuf dan sebagainya. Tapi bab memahami al quran atau hadis hanya setakad membaca sahaja. Bahasa arab pun tiada dalam silibus. Terkontang-kanting melihat ayat-ayat al quran tanpa mengetahui maknanya. Bab tafsir al quran jauh sekali. Munkin untuk orang-orang yang tingkat lagi tinggi.
Semasa aku di sekolah asrama keadaan masih tidak berubah. Disebabkan aku tidak minat menonton wayang, aku ikut usrah yang di kendalikan oleh abang-abang senior. Sekali lagi hanya bab fekah yang menjadi keutamaan. Aku pernah menjadi presiden persatuan agama islam masa di tingkatan lima. Kami hanya tumpukan ibadat sahaja.
aku juga pernah mengikuti Nadwah kepimpinan islam semasa di tingkatan empat di sekolah ugama terkenal di kelang. Mereka lebih baik amalan agama tetapi sayangnya pemikiran sangat tertutup.
Sekulerisma masih mengawal dan menebal dan agama hanya untuk ibadat sahaja.

zaman aku di universiti adalah zaman islam bangkit beracuankan revolusi iran. Bukan di Malaysia tapi di seluruh dunia. Semuanya masih samar-samar. Makin banyak jenama islam dan slogan-slogan berunsur islamik muncul masa ini. Ada yang awalnya baik baik tapi akhirnya didapati sesat oleh kerajaan. Entah di mana silapnya.
walaupun beberapa percubaan reformis sebelum itu di timur tengah dan nusantara tetapi tiada kesan yang mendalam dan bahkan ianya membahagikan islam kepada kaum tua dan muda.

walapun revolusi berbau syiah, ramai yang menelannya dan cuba memberi nafas baru beridentitikan tempatan. Tapi sekulerisma masih menebal dan aku terus hidup bersamanya walaupun jiwa bergelora untuk balik kepada fitrah asal.
Jalan keluar tiada kecuali meneruskan dengan kumpulan islam identiti yang baru muncul. Semua itu masih belum menarik minat aku. Semuanya tidak menyakin aku untuk membunuh sekulerisma itu sedalam-dalamnya.
.
Aku masih yang sama tanpa sebarang tambahan walaupun kesedaran terhadap anti establishment dan islamisasi baru telah mula menebal.

Zaman aku berkerja dan mempunyai keluarga keadaan masih sama dan aku menjadi sebok mengejar kerjaya walaupun masih menjaga halal haram tetapi perkara-perkara subhah sukar di elakkan.

Sekarang umur aku hampir setengah abad. Telah di beri masa dan tenaga untuk melengkapkan ibadat haji. Tetapi baru terasa di mana kekurangan dan di mana hendak mencari untuk menutup kekosongan itu dan hampir menemukan formula yang sebenar. Terpaksa kayuh secepat munkin walaupun masa sudah tiada.

Anak-anak sudah aku berikan bekalan tetapi langit terbuka dan sekulerisma masih berbisa dalam menggangu gugat keturunanku.

Al Fakir Billah Abu Taum Al Berlisi



servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...