Tuesday, May 31, 2016

hemophilia


Info mengenai hemophilia dari  website NHLBI,

adik wan aku initial findings might be hemophilia.

suspect genetic disorder, tetapi dari mana ya?.


What Is Hemophilia?



Hemophilia (heem-o-FILL-ee-ah) is a rare bleeding disorder in which the blood doesn't clot normally.
If you have hemophilia, you may bleed for a longer time than others after an injury. You also may bleed inside your body (internally), especially in your knees, ankles, and elbows. This bleeding can damage your organs and tissues and may be life threatening.

Overview

Hemophilia usually is inherited. "Inherited” means that the disorder is passed from parents to children through genes.
People born with hemophilia have little or no clotting factor. Clotting factor is a protein needed for normal blood clotting. There are several types of clotting factors. These proteins work with platelets (PLATE-lets) to help the blood clot.
Platelets are small blood cell fragments that form in the bone marrow—a sponge-like tissue in the bones. Platelets play a major role in blood clotting. When blood vessels are injured, clotting factors help platelets stick together to plug cuts and breaks on the vessels and stop bleeding.
The two main types of hemophilia are A and B. If you have hemophilia A, you're missing or have low levels of clotting factor VIII (8). About 8 out of 10 people who have hemophilia have type A. If you have hemophilia B, you're missing or have low levels of clotting factor IX (9).
Rarely, hemophilia can be acquired. "Acquired” means you aren't born with the disorder, but you develop it during your lifetime. This can happen if your body forms antibodies (proteins) that attack the clotting factors in your bloodstream. The antibodies can prevent the clotting factors from working.
This article focuses on inherited hemophilia.

Outlook

Hemophilia can be mild, moderate, or severe, depending on how much clotting factor is in your blood. About 7 out of 10 people who have hemophilia A have the severe form of the disorder.
People who don't have hemophilia have a factor VIII activity of 100 percent. People who have severe hemophilia A have a factor VIII activity of less than
1 percent.
Hemophilia usually occurs in males (with rare exceptions). About 1 in 5,000 males are born with hemophilia each year.

SEKULERISME MASIH BERBISA

aku dilahirkan selepas 10 tahun selepas merdeka setelah beratus tahun pihak portugis, belanda dan inggeris mendarat di pantai dan menjajah. Tetapi penjajahan telah melenyapkan amalan islam yang sebenar dari umat melayu. Yang tinggal hanya amalan-amalan ibadat biasa yang akan melangsungkan pemerintahan sekular untuk entah berapa kurun lagi.
Kesian agamaku.

sebelum itu pihak kafir thai pun pernah menjajah. Perlis sebelum menjadi sebahagian dari persekutuan juga di bawah jajahan puak Thai.

Surat beranak aku bercop  persekutuan tanah melayu nama negara yang baru merdeka.
sebelum itu di panggil Malaya.

walaupun penduduk telah islam beratus-ratus tahun tapi masih bercampur dengan amalan karut marut dan akhirnya tunduk kepada sekulerisma setelah pihak barat tidak jumpa jalan untuk menghapuskan islam penduduknya sebagaimana negara piliphina.

zaman aku sekolah adalah zaman ekonomi baru, DEB. projek meningkatkan taraf hidup melayu.
Aku disuruh belajar pandai-pandai supaya dapat masuk aliran sains sekolah berasrama penuh. Untuk meningkatkan ekonomi dan professional melayu. Satu pendekatan yang bersifat nasionalis bangsa. Survival bangsa yang paling utama masa itu.\

Persekutuan tanah melayu ditukar semasa ini menjadi Malaysia tetapi keadaan islam masih sama. Terpinggir dan tiada tempat dalam masyarakat dan hanya ibadat yang masih bertahan. Itupun sudah bercampu baur dengan adat-adat yang entah dari mana.

Islam masih sama tapi tulisan jawi di hapuskan beberapa tahun sebelum aku. Nasib baik aku sempat belajar dan berguru dengan seorang ustaz yang akhirnya menjadi ahli majlis fatwa negeri Perlis. Tetapi bab fekah sahaja. Tidak sempat mengenal bab-bab lain seperti akidah, usuludin, tasawuf dan sebagainya. Tapi bab memahami al quran atau hadis hanya setakad membaca sahaja. Bahasa arab pun tiada dalam silibus. Terkontang-kanting melihat ayat-ayat al quran tanpa mengetahui maknanya. Bab tafsir al quran jauh sekali. Munkin untuk orang-orang yang tingkat lagi tinggi.
Semasa aku di sekolah asrama keadaan masih tidak berubah. Disebabkan aku tidak minat menonton wayang, aku ikut usrah yang di kendalikan oleh abang-abang senior. Sekali lagi hanya bab fekah yang menjadi keutamaan. Aku pernah menjadi presiden persatuan agama islam masa di tingkatan lima. Kami hanya tumpukan ibadat sahaja.
aku juga pernah mengikuti Nadwah kepimpinan islam semasa di tingkatan empat di sekolah ugama terkenal di kelang. Mereka lebih baik amalan agama tetapi sayangnya pemikiran sangat tertutup.
Sekulerisma masih mengawal dan menebal dan agama hanya untuk ibadat sahaja.

zaman aku di universiti adalah zaman islam bangkit beracuankan revolusi iran. Bukan di Malaysia tapi di seluruh dunia. Semuanya masih samar-samar. Makin banyak jenama islam dan slogan-slogan berunsur islamik muncul masa ini. Ada yang awalnya baik baik tapi akhirnya didapati sesat oleh kerajaan. Entah di mana silapnya.
walaupun beberapa percubaan reformis sebelum itu di timur tengah dan nusantara tetapi tiada kesan yang mendalam dan bahkan ianya membahagikan islam kepada kaum tua dan muda.

walapun revolusi berbau syiah, ramai yang menelannya dan cuba memberi nafas baru beridentitikan tempatan. Tapi sekulerisma masih menebal dan aku terus hidup bersamanya walaupun jiwa bergelora untuk balik kepada fitrah asal.
Jalan keluar tiada kecuali meneruskan dengan kumpulan islam identiti yang baru muncul. Semua itu masih belum menarik minat aku. Semuanya tidak menyakin aku untuk membunuh sekulerisma itu sedalam-dalamnya.
.
Aku masih yang sama tanpa sebarang tambahan walaupun kesedaran terhadap anti establishment dan islamisasi baru telah mula menebal.

Zaman aku berkerja dan mempunyai keluarga keadaan masih sama dan aku menjadi sebok mengejar kerjaya walaupun masih menjaga halal haram tetapi perkara-perkara subhah sukar di elakkan.

Sekarang umur aku hampir setengah abad. Telah di beri masa dan tenaga untuk melengkapkan ibadat haji. Tetapi baru terasa di mana kekurangan dan di mana hendak mencari untuk menutup kekosongan itu dan hampir menemukan formula yang sebenar. Terpaksa kayuh secepat munkin walaupun masa sudah tiada.

Anak-anak sudah aku berikan bekalan tetapi langit terbuka dan sekulerisma masih berbisa dalam menggangu gugat keturunanku.

Al Fakir Billah Abu Taum Al Berlisi



Monday, May 30, 2016

Balik terengganu

Jumaat baru ni balik tganu untuk hadir nikah khairol.

Pertama kali bawak kereta malam di LPT.  Sungguh mencabar. Hujan pulak tu. Ada lagi settlement di jambatan dan kawasan yang masih terus mendap.

Seperti biasa gulai kawah ganu masih sedap. 

Balik lagi mencabar. Dari pukul 10 pagi sampai klang 9.30 malam.
Singgah Paka, kuala kemaman, lalu gebeng by pass dan akhirnya sangkut jem tiga jam akibat bas terbalik selepas terowong.

Aduhh...masih sengal badan sampai hari ni.

Kari kambin dan roti tempayan di kampung Rhu rendang
Masjid Rhu Rendang
Ummi dan bussinezwomen Paka

Sahabat ukm

Minggu lepas kamarul engine mania post gambar dia dengan tengku yunus kelantan masa hantar anak ke asasi sains UM.
Dah lama aku cari sahabat yang bersama di kamsis ungku omar masa kami tahun satu.

Alhamdullilah

Sunday, May 29, 2016

Belasungkawa

Hari ini terima berita sahabat kpg paya dan sekolah paya, anuar ismail telah kembali ke rahmatullah.
Kehilangan satu lagi kawan yang lahir tahun 1967.

Innallilah.
Allahummarghfirlahu warhamhu

Friday, May 27, 2016

Tiada lagi komik

Pelukis komik handalan yang aku ikut sejak zaman sekolah, zuhri atau zoy telah pergi untuk selama-lamanya bulan ini.

Tiada lagi komik pada setiap hari ahad di berita minggu.

Komik2 berunsurkan silat seperti Ayoko yang aku potong dan lekatkan sehingga siap menjadi kenang-kenangan.

Thursday, May 26, 2016

Kita hamba

Kita hanya hamba kepada tuhan yang maha pencipta segala sesuatu dan menentukan segala perkara,
Jadi janganlah berlagak nak jadi tuhan pulak !!!!

Banyak sangat statement orang-orang malaya minggu ni yang cuba membuat keputusan untuk Allah Ta'ala.

Sudah2lah.
Kita buat kerja kita sebagai hamba tuhan.

Salam jumaat

Ramadan datang lagi

Satu nota menarik untuk di kongsi.

Semoga ALLAH panjang kan umur bertemu ramadan tahun ini dan membuat amal yang paling baik.

TAZKIRAH MAGHRIB OLEH AF USTAZ DR ROSLAN MOHAMED DI MJAR 25/05/2016
Persiapan Jiwa utk Melalui Ramadhan

1. Peluang meningkatkan amalan dan meraih sebanyak pahala
2. RAMADHAN
3. ر @ RA=Rahmat
4. م @ Mim=Maghfirah (Keampunan Allah kpd makhluknya)
5. ض @ Dhod=Jaminan Allah kpd kita
6. ا @ Alif=Ehsan(Kasihan Allah kpd kita)
7. ن @ Nun=Nikmat

Hadapi Ramadhan dgn keimanan.
Puasa bukan semata-mata ibadah fizikal ttp melibatkan
-Hati yg murni
-Jiwa yg tenang
Tanpa ada keimanan dan hati yg bersih dan murni serta jiwa yg tenang tidak akan membolehkan kita berpuasa (berlapar dahaga) semata-mata utk Allah swt

Dengan hati yg bersih dan murni serta jiwa yg tenang memberi kekuatan kpd  kita utk melaksanakan ibadah sunat iaitu
1. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
2. Beriktikaf
3. Membanyakkan bacaan al-Quran
Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
4. Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka.

Ini disebabkan kita yakin amalan sunnah akan mendapat ganjaran pahala drp Allah swt spt amalan wajib

Persiapan jiwa adalah penting utk melalui bulan Ramadhan ibarat gas di dalam tong. Tanpa gas api dapur tidak dpt dinyalakan walaupun tong/fizikal nya ada.

1. Sebagai persediaan sebelum Ramadhan,  kita perlu tingkatkan permohonan  utk bertaubat dan memohon keampunan dgn Allah spy apabila masuk bulan Ramadhan hati kita dlm keadaan bersih dan jiwa yang tenang.

2. Bila malam pertama Ramadhan dan seseorg itu dlm keadaan bersih hati dan jiwa yang tenang Allah akan membebaskan  kita dari sebarang seksaan.

3. Beri kemaafan dan pohon kemaafan dgn org yg kita berbalah terutamanya dgn keluarga kita. Cantumkan semula perhubungan yg terputus.

4. Meningkatkan bacaan Al Quran sebagai persediaan utk Ramadhan. Bukan baca Al Quran semasa bulan Ramadhan.

5. Niat drp sekarang utk melakukan amalan soleh disepanjang Ramadhan

Wednesday, May 25, 2016

Gader2 jenan84 di cyberjaya

Isnin 23.5.16 kami sempat buat gader2 kecik geng jenan84 di restoren nasi arab, Saba cyberjaya.
Yg ni pak ku rekomen.

Malam tu ada korum baru amran yang kerja di bangsar sempat singgah sebelum balik rawang.
Mat naset datang dengan silver hair beher.
Pak ku pulak dari jalan duta manakala aku dan kapitan dari shah alam.  Aku parking myv di rumah zul.

Alhamdullilah sempat jugak solat magrib di mesjid baru cyberjaya.

Tuesday, May 24, 2016

Sejarah kOdah

Dapat dari FB

KISAH ASAL MELAYU...

DARI KITAB SHEIKH DAUD AL FATANI....

"Kisah Kerajaan Kedah Tua Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali Islam "
Bukan Melalui Sarjana Barat...

Kedatangan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani Bersama 11 Sahabatnya Yang Lain Di Puncak Gunung Jerai,Kedah Darul Aman.

Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syekh Ahmad Junaidin,seperti yang
di ceritakan oleh Syekh Mahmud Nasri Usmani(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku@Kitab,Ceramah Kuliah Tuan Guru kepada Murid-Muridnya di dalam Jemaah Abjad dan Warga Melayu.

Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syekh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa :-

Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor
Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung.

Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.
5 kali Azan, Asar,Magrib,Isyak dan Subuh.
Selepas Azan Zohor ke -2
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang)
Mereka tidak melakukan apa apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa
Raja Phra Ong Mahawangsa beserta Sami saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri,Perbomohan,dan lain-lain cara.
Agama yang dianuti ketika itu adalah Hindu dan Budha atau Sembahan Permujaan Patung dan Kepercayaan Animisme yang lain.

Raja Phra Ong Mahawangsa juga menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun)
Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :
Apakah yang Tuan Pakai ?
(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya)
Kami jumlah yang besar kalah dengan kamu jumlah yang kecil !
Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !
Apabila ditanya Apa itu Islam?
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar...
Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.
Apabila Raja masuk Islam,Pembesar Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.
Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa perintah Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi .
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut
هذا قدح دار الأمان
Haza Qodah Darul Aman
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun
(Surah Sa"ba -15)

Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik,Kufur,Kafir,Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam..

Perkataan Gelaran Al Mala U (Melayu) telah diberikan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kepada Penduduk Kedah ketika itu yang ada pelbagai warna kulit dan keturunan yang terdiri dari Arab,Parsi,India,China,Monggolia dan 24 Jenis keturunan
Gelaran Al Mala U bermaksud Bangsa Yang Menerima Agama Islam (Bangsa Yang Beragama).

Juga digelar Ahli Jawi Jadid kerana menulis Tulisan Jawi dan bertutur dalam Bahasa Melayu
Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )
Sayyid Syekh Abdullah Al Qumairi adalah Guru Murabbi paling Kanan kepada Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat
Setelah itu Sultan Auliak Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Guru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Qumairi telah datang melawat Puncak Gunung Jerai dan kemudian telah Melantik Raja Phra Ong Mahawangsa dengan memakai Gelaran Sultan (Yang Pertama Di Alam Melayu)
Sultan istilah Bahasa tanpa Menuntut Jawatan Khalifah
Sultan juga bermaksud Ketua@Pemimpin kepada Orang Beriman
Wilayah yang berada di Wilayah Sultan dan Kerajaan Taklukkannya secara Automatik menjadi Wilayah Bangsa Al Mala U atau Milik "Islam Melayu Melayu Islam"
Dikatakan juga pada Tahun 1187 Masihi Tentera Al Mala U yang berpusat di Kedah telah menghantar 10 Ribu bala Tentera untuk membantu Sultan Salehudin Al Ayubi pada Misi Perang Salib ketiga di BaitulMaqdis dan hasilnya mereka berjaya merampas BaitulMaqdis(Tak pernah dinyatakan dalam Sejarah)
Pandangan Syekh Ahmad Fatani mengenai Bangsa Al Mala U
" al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya", takrif yang diberikan bererti menurut dialek Arab dibunyikan dengan perkataan "mi" (Mi-layu) atau "ma" (Ma-layu) sedangkan dalam dialek Melayu sendiri ialah "me" (Me-layu)"

Negeri Melayu itu terletak di antara negeri India dan Cina. Adalah alam Melayu itu terdiri dari kebanyakan pulau yang terpencar-pencar atau terpisah-pisah. Pakar/ ahli ilmu geografi mengibaratkan bahawa alam Melayu itu adalah sebahagian daripada negeri-negeri India-Cina.
"Orang-orang Hijaz/Arab dan selain mereka menamakan Melayu dan bangsa-bangsa di wilayah-wilayah itu dengan sebutan "Jawah", iaitu satu golongan manusia di satu pulau yang besar di sana. Orang Melayu bukanlah daripada orang Jawa.
"Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan/mudah daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah itu. Sebab itulah kebanyakan orang Hijaz/Arab memakai menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan bahasa Melayu.
"Bangsa Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Mereka memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kecemerlangan kefahaman padanya.
"Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka."

Sumber Kitab Hadiqatul Azhar

"Digelarnya mereka ini kumpulan atau kelompok Melayu kepada mereka yang tinggal di Wilayah Kepulauan Melayu yang bermula di Utara Segeting Kera Thailand dan Timurnya di Filipina,dan Selatannya di Sempadan Australia,dan hingga di Kepulauan Madagascar"

- Syeikh Ahmad Junaidin
"Islam&Melayu,Melayu Islam"

Monday, May 23, 2016

Hadiah

Alhamdullilah sabtu baru ni walaupun kuliah di bkt raja kensel sebab ustaz eksiden, sempat jumpa kawan lama x-ireka Hamran yang hantar orang umah belajar kek di selat klang. 

Banyak perkara yg kami berborak masa minum2 di sebuah kedai di rantau panjang.
Satu perkara yang dia ajar aku yang aku anggap sebagai hadiah terbaik hari jadi ku yg ke empat puluh sembilan.

Satu zikir untuk diri sendiri sebagai tanda syukur hamba yg mempunyai 360 sendi terhadap tuhannya.
Ringkasnya zikir tersebut adalah :-
1. Istigfar 30x
2. Selawat kpd rasul 30x
3. Kalimah taibah Laillahaillah 300x
Semoga aku dapat istiqamah mengamalkannya

Sunday, May 22, 2016

Belasungkawa sahabatku

Innalillahi wainna ilaihiraji'un......sahabat ku abd aziz ibrahim.

Pergi mengadap penciptanya di hari ulang tahun lahirku.

Allahummaghfirlahu warhamhu..

semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan dijauhkan dari azab kubur dan dimasukkan ke dalam syurga, 

kami mula kenal bila sekelas di matrikulasi jenan pada tahun 1985.
dia seorang yang sangat baik dan warak. Dia lepas terus ke UKM dan aku sangkut setahun lagi matrik.
Kami jumpa semula setelah berpuluh tahun dan aku berkesempatan ke rumahnya di changloon dua kali semasa raya puasa. Nampaknya plan nak ziarah pada raya akan datang tak akan tercapai lagi.

Thursday, May 19, 2016

Koleksi sunnah video

*KOLEKSI VIDEO RAKAMAN PERKAMPUNGAN SUNNAH PADA 6 MEI - 8 MEI 2016 DI MASJID ALWI KANGAR PERLIS*                                          ¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

1⃣06 May 2016
Ustaz Abd Razak -
Bedah Buku Tokoh Sheik Abu Bakar al-Asy'ar :
https://youtu.be/i0NOl9EMMU4

2⃣06 May 2016
Ustaz Kamilin Jamin -
Penceramah & Penglipurlara dalam Pemalsuan Hadis Palsu :
https://youtu.be/kqG2V8kCwUE

3⃣06 May 2016
Dr Ahmad Wifaq -
Keistimewaan Muwatta' Imam Malik :
https://youtu.be/pxXi5FAkqBM

4⃣06 May 2016
Ustaz Dr Tuan Mohd Sapuan -
Matan Sanad Hadis Satu Pengenalan :
https://youtu.be/RKTsDjWIwz8

5⃣06 May 2016
Ustaz Dr Tuan Mohd Sapuan -
Penghujahan Hadis Dhoif :
https://youtu.be/cfqZMCZV21Q

6⃣06 May 2016
Talk Show -
Dr Ismail Lutpi & Sdr Amin Idris :
https://youtu.be/065yi5HgJLQ

7⃣07 May 2016
Ustaz Kamilin Jamin -
Bahaya Hadis Palsu :
https://youtu.be/daVV_OFXnHM

8⃣ 07 May 2016
Ustaz Umar Mohd Noor -
Mukhtalaf Hadis :
https://youtu.be/8huJFM_fUh4

9⃣07 May 2016
Maulana Muhammad Asri Yusoff - 
Fiqh Imam al-Bukhari :
https://youtu.be/Gyhcvt1dAe0

1⃣0⃣07 May 2016
Ustaz Umar Mohd  Noor -
Kepentingan Gharab Hadis :
https://youtu.be/N8f-WrNop00

1⃣1⃣8 MAY 2016 :
Dr Abd Basit Abd Rahman - 
Kembara Mendapatkan Hadis :
https://youtu.be/8OPACJpdpI8

1⃣2⃣08 MAY 2016 :
Dr Faisal Bin Ahmad Shah -
Analisis Sunan Abu Daud :
https://youtu.be/PF0xoB2Melc

1⃣3⃣08 MAY 2016 :
Us Nasaie Hanafie -
Keistimewaan Sahih Muslim:
https://youtu.be/3OOHd4NT_hc

1⃣4⃣8 MAY 2016 :
Dr Faisal Bin Ahmad Shaj -
Sunan at-Tirmizi :
https://youtu.be/QMzSkNSOpgU

1⃣5⃣08 MAY 2016 :
Us Nasaie Hanafi -
Analisis Hadidls Hadis Fadhilat :
https://youtu.be/Dl-LfwPJAh0

1⃣6⃣
08 May 2016
Ustaz Nasaie Hanafie -
Keistimewaan Sahih Muslim :
https://youtu.be/vnfFjQr9Gus

1⃣7⃣08 MAY 2016  : 
FORUM -  KEROHANIAN DI DALAM SUNNAH NABAWIYAH -
Dr Basri Ibrahim & Us Aizam Mas'ud :
https://youtu.be/8MrvM-UxeEg

��web : dokumentarikuliah.com

������������������

Sahabat yang dirahmati Allah,
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat bagi . Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.

Sebenarnya banyak hadis-hadis Nabi SAW yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.”
(Hadis Riwayat Abu ad-Darda’ r.a)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahihnya hadis no: 2699).

Monday, May 16, 2016

Sampai bila?

Copy dari grup Telegram.

Http://revolusimelayubaru.blogspot.my/2016/01/perlukah-menjaga-hati-ahli-bidaah.html?m=1

Bacaan yang menarik.

Sampai bila kira nak jaga hati pelaku bidaah?
Mereka sekali pun tidak menjaga hati pengamal sunnah apabila melakukan amalan2 bid'ah mereka.

Malah mereka juga kadang2 mengelar & memberi nama2 buruk kepada kita apabila kita tidak setuju dengan amalan mereka.

Adakah wajar untuk kita hadir ke majlis mereka semata2 ingin membiarkan mereka gembira sedangkan kehadiran kita itu seolah-olah menunjukkan kita menyokong perbuatan mereka merosakkan agama?

Jika kamu cintai Allah, ikutlah Rasulullah, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosamu.

Titik rumah angin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama

*Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia, jika dituamkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.*

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti _migrain_ dengan segera.
Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai _Feng Fu_, yang bermaksud *“rumah angin”*.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik _Feng Fu_ bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan _fisiologis_ semula jadi. Disamping itu,  memberikan _stimulasi emosional_ yang positif dan *'meremajakan'* seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada _Titik Feng Fu_. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap _migrain_ sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih _efektif_ untuk mengatasi _migrain_ dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Terapi ini juga dapat meningkat _mood_ dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini  menstimulasi pelepasan _endorfin_ dalam aliran darah.

Teknik ini mudah sekali, hanya *tuamkan ais pada titik _Feng Fu_ selama 10 hingga 20 minit.*

Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat. Menempelkan ais pada titik _Fung Fu_ berkhasiat untuk:

1. Mengatasi sakit kepala dan _migrain_;

2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;

3. Mencipta kesan relaks;

4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;

5. Meningkatkan kualitu tidur;

6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem _kardiovaskular_;

7. Mengatasi asma;

8. Mencegah sering bersin dan hidung berair;

9. Mengatasi gangguan _neurologi_ dan perubahan _degeneratif_ pada tulang belakang;

10. Membaiki sistem pencernaan;

11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;

12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;

13. Mengatasi gangguan kelenjar _tiroid_;

14. Membantu masalah _arthritis_, _hipertensi_ dan _hipotensi_.

15. Menghilangkan selulit;

16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, _endokrin_, dan kesuburan;

17. Mengatasi gangguan _psiko-emosiol_, _stres_, keletihan, _insomnia._

Luar biasa sekali tetapi sayangnya terapi dengan teknik _Feng Fu_ ini masih asing kepada masyarakat umum.

Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat  manfaat.

*Boleh cuba .. tidak perlu keluar duit .. Semoga berjaya....*

Wednesday, May 11, 2016

Hati tenang

Benarlah sabda rasul mengingat Allah hati menjadi tenang.
Dah dua minggu aku malas hendak ke surau masa magrib dan isyak.
Tapi semalam setelah sempat bersendirian di mesjid di tasik Permaisuri sementara menunggu meeting, sku terasa bagaikan di charge baru. Semua malas yang sebelum ini ghaib  entah kemana.
Mahasuci Allah.

Subhanallah

Tuesday, May 10, 2016

Khabar dari bosnia

Alhamdulillah.

Hari nampak Almir consultant Zarka dah ada WA.
Bila aku post dia reply dan post gambar mesjid dan anak dia no 2.
Dulu masa aku dan ummi melawat keluarga dia di sana dia baru ada seorang anak.

Moga silaturahim terus berkembang dan berkekalan.

Sunday, May 8, 2016

Belasungkawa cikgu

Pagi ni dapat berita cikgu perdagangan aku masa form 1 ke form 3 telah meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

Allahummarghfirlahu

Wednesday, May 4, 2016

Rezki

Taukah anda Rezeki ada 4 jenis?

1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - surah Hud ayat 6

2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - surah al-Najm ayat 39 -

3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - surah Ibrahim ayat 7 -

4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertaqwa.  surah al-Thalaq ayat 2&3

Nasihat 5 series

Interesting notes untuk five series club.

Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:

MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:

JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:

BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:

DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:

KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:

DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:

BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:

BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:

SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:

BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

Tuesday, May 3, 2016

Sejarah kampung paya, perlis

Terjumpa di internet dari kajian Perpustakaan Awam Negeri Perlis. 

http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1484/1/JWIK_2003_Bil15_1.pdf

Lebih menarik lagi, kesemua orang-orang lama yang ditemuramah aku kenal.

Terimakasih atas usaha yang sangat baik ini.

PAYA (Bahagian Awal)

Oleh : ALWI BIN SUDIN

MUKADIMAH

Paya merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional. Letaknya di sebelah utara
negeri Perlis iaitu dalam kawasan Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri
kawasan Santan, jarak dengan bandar Kangar 8 km. Kampung Paya berada di kiri kanan
Jalan Kaki Bukit, iaitu memanjang dari Km 7.5 hinggalah ke Km 10, manakala lebarnya di
bahagian timur bersempadankan Sungai Santan dan bahagian baratnya bersempadankan
Sungai Perlis (Sungai Korok) kira-kira 2 km jauhnya. Adalah dipercayai kampung ini
merupakan kampung-kampung terawal didiami penduduk berdasarkan kedudukannya yang
berhampiran sungai dan perkuburan-perkuburan lama yang ditemui.
Secara umumnya orang mengenali Kampung Paya sahaja, tetapi bila didekati sebenarnya
Paya terdiri dari beberapa buah kampung yang semuanya berasaskan nama Paya. Kampungkampung
yang dimaksudkan ialah bahagian selatan sebelah barat Jalan Kaki Bukit ialah
Paya Kampung Besar diikuti dengan Pekan Paya, kemudian Paya Tinggi. Manakala di
sebelah timur jalan pula terdapat Paya Kampung Senduk ringkasnya Paya Senduk. Setiap
kampung ini mempunyai sejarah awalnya yang tersendiri.
Keseluruhan penduduk di Kampung Paya adalah terdiri dari orang Melayu. Di awal abad,
membawa ke pertengahan abad ke-20 Kampung Paya merupakan kampung yang mendahului
kampung-kampung lain di Perlis dari segi penerima arus permodenan dan perubahan dalam
pelbagai bidang. Dalam bidang pendidikan umpamanya, terdapat beberapa orang yang
belajar hingga ke universiti, ramai yang menjadi guru dan lain-lain pegawai kerajaan. Dalam
soal agama, paya telah mula memperjuangkan Sunnah Wal Jamaah dan menentang amalan
khurafat yang berleluasa ketika itu di merata tempat. Justeru demikian, Paya telah menjadi
idola dan sebutan di merata tempat khususnya di negeri Perlis Indera Kayangan ini.

ASAL-USUL PAYA

Mengenai asal-usul terbentuknya nama Paya atau Kampung Paya, Encik Senapi
mengatakan, mengikut yang dicerita oleh Allahyarham Encik Endut, nama Kampung Paya
ini terbentuk adalah berdasarkan keadaan tempat ini, yang mempunyai kawasan berpaya di
merata tempat. Paya ialah kawasan lembah di mana air senantiasa bertakung. Menurut Encik
Senapi, paya-paya ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau panjang. Kawasan
paya ada yang berbentuk bulat, segi dan memanjang. Terdapat beberapa buah paya yang
panjang di sekitar Paya, ada diantaranya yang sampai 3 km panjangnya. Dalam paya-paya ini
biasanya ditumbuhi pokok rumbia, putat, bemban dan lain-lain tumbuhan air. Buat masa ini
hanya tinggal beberapa buah paya sahaja lagi, yang lainnya telah ditebusguna menjadi
kawasan perumahan dan perusahaan. Cerita Encik Senapi ini disokong kuat oleh Tuan Haji
Mohamad bin Omar yang tinggal di Paya Kampung Besar, Tuan Haji Md. Alin Ibrahim yang
tinggal di Paya Pauh Gembol dan beberapa orang tua lagi di kampung tersebut.
Daripada hasil temutanya, pemerhatian serta pengamatan yang saya buat, jelas dan nyata
nama Paya terbentuk adalah didasari dari bentuk muka buminya yang semulajadi. Hal ini
dapat diperkukuhkan lagi dengan wujudnya nama 'Kampung Darat' yang terletak di utara
Kampung Paya. Kampung ini tanahnya darat (tinggi) jika dibanding dengan 'Paya', justeru
tempat tersebut dinamakan 'Kampung Darat' berdasarkan muka buminya yang tinggi atau pun
darat sebutan yang digunakan oleh orang-orang kampung.
Mengenai orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan Kampung Paya, terdapat
beberapa nama yang disebut oleh orang-orang sumber. Antaranya, yang boleh diterimapakai
ialah 'Tok Sheikh', nama penuhnya tiada seorang pun yang mengetahuinya. Kata mereka,
"Seingat kami, sejak turun-temurun kubur itu hanya disebut kubur Tok Sheikh sahaja.
Kubur Tok Sheikh ini, ketika orang Melayu belum mendalami dan berpegang teguh
dengan ajaran agama Islam sebenar, ianya menjadi tempat pemujaan dan melepaskan
nazar." Menurut Encik Senapi dan disokong oleh Tuan Haji Bakar Othman memberi
keyakinan kepada saya, Tok Sheikhlah orang bertanggungjawab sepenuhnya dalam
mewujudkan penempatan yang dinamakan Paya.
Suatu sumber lagi dicerita oleh Tuan Haji Mohamad Omar yang diperolehi daripada cerita
Encik Arshad Ab. Samad (Allahyarham). Mengikut cerita Tuan Haji Mohamad, orang yang awal
datang ke lokasi ini ialah Tok Putih bersama dengan keluarganya iaitu Tok Anjang, Tok Siti,
Tok Salleh, Tok Katong, Tok Saad dan beberapa orang lagi, mereka ini berasal dari Kampung
Tebing, Behor Inai. Tok Putih merupakan 'Orang Raja' ia boleh memiliki tanah tanpa perlu
meminta geran dari raja. Jadi mereka boleh memugar dan menebas-menebang tanah-tanah milik
kerajaan dengan mudah sahaja. Tok Akob seorang dari keturunan Tok Putih dilantik menjadi
'Panglima Raja' semasa pemerintahan Tuanku Raja Syed Alwi ( 1904-1943M).
Berhubung dengan percanggahan mengenai penerokaan atau siapa yang terawal menduduki
Paya, maklumat yang saya perolehi dari Encik Sudin bin Yaakub (Allahyarham) katanya, "Tok
Sheikh adalah keluarga Tok Putih juga, ia berpindah ke arah utara setelah penempatan awal di
Paya Kampung Besar (sekarang) telah menjadi sesak. Tok Sheikh dan beberapa kawannya
membuat penempatan baru di Paya Tengah sekarang." Tok Sheikh adalah seorang yang alim,
beliau tidak suka dengan kegiatan perjudian, permainan laga lembu dan kerbau serta menyabung
ayam yang berleluasa di Paya Kampung Besar. Salah seorang dari keturunan Tok Sheikh iaitu
Tuan Haji Sulaiman Bin Ab. Rashid telah berusaha membina sebuah masjid di Paya Tengah
berdekatan dengan Sungai Perlis (Sungai Korok). Walaubagaimanapun, masjid itu telah
dirobohkan dan dipindah ke tapak baru pada awal tahun 1990, ke tepi Jalan Kaki Bukit yang
baru dibina. Sungai yang dahulunya berperanan sebagai jalan perhubungan utama telah tidak
berfungsi lagi bila jalan raya mula mengambil tempat. Lantaran itu, ramai penduduk yang
dahulunya tinggal berhampiran sungai telah berpindah dan mencari tempat berhampiran dengan
jalan pula.
Sebagaimana yang disebut di awal tadi, Kampung Paya sebenarnya terbentuk dari enam
buah kampung kecil. Kampung-kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada asasnya
atau asal mulanya hanya terbentuk 'Kampung Paya' sahaja, selepas itu barulah dipecah kepada
enam kampung kecil bagi memudahkan pengenalan dan lebih tepat lokasinya.

PAYA BATAS TINGGI

Paya Batas Tinggi merupakan kampung yang paling utara kedudukannya dalam
Kampung Paya, bersempadankan Kampung Darat di utara, Balai Baru di timur, dan Padang
Melangit di sebelah barat. Menurut cerita Tuan Haji Ibrahim dan Tuan Haji Ishak bin Derani,
Kampung Paya Batas Tinggi mendapat namanya semasa orang-orang yang tinggal di kawasan
ini memugar hutan rimba dan membuat petak-petak sawah. Mereka dapati batas-batas sawah
terpaksa dibuat tinggi barulah air dapat mengalir masuk ke dalam bendang tersebut. Lantaran
tempat itu hanya dikenali dengan nama atas 'Paya' lalu mereka menambah menjadikan 'Paya
Batas Tinggi'. Nama tersebut melekat dari mulut ke mulut akhirnya menjadi sebati dan diterima
secara rasmi hingga ke hari ini. Sayugia diingat, walaupun kawasan ini tanahnya lebih tinggi jika
dibandingkan dengan bahagian selatan, namun masih terdapat kawasan berpaya yang merupakan
alur dan kolam-kolam yang digenangi air sepanjang musim.

PAYA PAUH GEMBOL

Sekiranya kita bergerak dari utara ke selatan selepas Paya Batas Tinggi kita akan sampai
pula ke Paya Pauh Gembol. Kampung ini penduduknya tidak begitu padat, masih terdapat tanahtanah
kosong dan betukar-belukar kecil yang ditumbuhi pokok-pokok nadir (liar). Menurut cerita
Encik Debok bin Mat Jasin, nama Paya Pauh Gembol diambil dari nama 'Pokok Pauh'. Pokok
pauh ini berumur ratusan tahun, batangnya besar lebih dari 2 pemeluk, terletak di tengah-tengah
kampung ini. Pada batangnya terutama bahagian perdunya (pangkalnya) terdapat beberapa
'gembol' atau ‘bongkol’. Oleh kerana pokok ini agak istimewa dan menarik perhatian umum,
orang-orang yang berkunjung ke tempat tersebut, bila ditanya hendak ke mana, mereka
menjawab "ke Paya Pokok Pauh Gembol". Lama-kelamaan, sebutan ini diguna pakai pada
akhirnya sebutan tadi dipendekkan menjadi nama khas iaitu Paya Pauh Gembol. Malangnya
pokok ini telahpun ditebang dalam tahun 1960an kerana pembinaan jalan dan juga
ketidakprihatinan terhadap warisan sejarah yang sepatutnya dipertahankan.

PAYA TENGAH

Paya Kampung Tengah atau Paya Tengah merupakan kampung yang kedua diterokai selepas
Paya Besar atau Paya Kampung Besar. Kampung ini dibuka oleh 'Tok Sheikh' serta keluarganya
dan beliau adalah keturunan Tok Putih yang membuka Paya Kampung Besar. Paya Tengah
mempunyai penduduk yang ramai dan menjadi tumpuan penduduk Kampung Paya terutama pada
hari Jumaat kerana di kampung ini terletaknya masjid yang pertama di Kampung Paya. Masjid ini
diusahakan pembinaannya oleh Tuan Haji Sulaiman bin Ab. Rashid. Seorang tokoh agama Islam
tempatan. Masjid ini telah dirobohkan pada awal abad ke-20 ekoran dari terbinanya jalan raya dari
Kangar ke Kaki Bukit. Ketika ini jalan raya telah mula mengambil alih fungsi sungai yang dahulunya
menjadi jalan perhubungan darat bagi menghubungkan di antara satu tempat dengan satu tempat lain.
Sebuah masjid baru telah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh keluarga Encik
Senawi, letaknya di Pekan Paya berhampiran Sekolah Paya di tepi jalan yang baru dibina iaitu Jalan
Kaki Bukit.
Mengenai nama Paya Tengah, menurut cerita Tuan Haji Bakar Othman, diambil dari keadaan
atau lokasi kampung ini yang terletak di tengah-tengah Kampung Paya. Kenyataan beliau disokong
oleh Tuan Haji Yahya Bin Omar. Pada hemat saya, pernyataan tersebut adalah tepat kerana tataletak
kampung tersebut betul-betul di tengah perkampungan Paya dan nama tersebut pula amat
bersesuaian dengan kampung tersebut.

P EKAN PAYA

Pekan Paya sebuah lagi kampung kecil yang terdapat dalam jajahan Kampung Paya. Kawasan
ini dinamakan 'Pekan Paya' kerana di sini tertumpunya pelbagai kemudahan asas, antaranya ialah
Sekolah Melayu Paya (Sekolah Kebangsaan Paya) yang dibina di awal kurun ke-20 dan merupakan
salah sebuah sekolah terawal di Perlis. Selain dari sekolah di kawasan ini juga terletaknya Masjid
Paya, yang dipindah dari Kampung Paya Tengah, dua buah kedai runcit, dua buah kedai emas yang
dimiliki oleh orang Cina. Teristimewanya di Pekan Paya ini terdapat pasar minggu dan dikenali oleh
orang-orang kampung dengan panggilan 'nat'. 'Nat' Paya yang beroperasi setiap hari Rabu amat
popular di kalangan penduduk setempat dan kampung-kampung berjiran dengan Kampung Paya
seperti Padang Melangit, Alor Sena, Padang Lati, Padang Pauh dan Behor Inai.
Bagi orang kampung ketika itu "nat" atau pasar minggu merupakan tempat utama bagi mereka
membeli-belah kerana, untuk datang ke Pekan (bandar Kangar) terlalu susah. Di 'nat' inilah mereka
membeli barang-barang keperluan harian, kain baju dan lain lagi. Memandangkan tempat ini
penduduknya ramai dan terdapat kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan ketika itu, orang
setempat menganggap tempat ini sebagai pekan bagi mereka begitu juga orang-orang di tempat lain
menyebut 'Pekan Paya' bila berkunjung ke sini. Akhirnya nama 'Pekan Paya' menjadi sebutan ramai
dan diterima pakai secara rasmi dan berkekalan hingga ke hari ini.

PAYA KAMPUNG SENDUK

Paya Kampung Senduk bersempadankan Alor Sena di sebelah selatan, di timur Kampung Padang Lati manakala di utaranya ialah Kampung Alor Tampang. Paya Kampung Senduk terpisah
dari kampung lain oleh Jalan Kaki Bukit. Asal-usul nama Paya Kampung Senduk ini, menurut cerita
Tuan Haji Mahmud Daud terjadi disebabkan peristiwa 'senduk jatuh ke dalam paya' di kawasan
tersebut. Sebelum tempat ini dinamakan Paya Kampung Senduk, tempat ini hanya dikenali dengan
panggilan Paya sahaja. Kisah yang membawa kepada tempat ini dinamakan Paya Kampung Senduk,
Tuan Haji Mahmud memulakan ceritanya, "Pada suatu hari beberapa orang petani pergi ke
sawahnya dengan menaiki perahu merentasi paya dengan membawa bekalan barang-barang
makanan. Bila sampai ke sawah, perahu akan ditambat di pinggir paya dan mereka akan naik ke
darat untuk mengerjakan sawah masing-masing. Pada waktu tengah hari tiba waktu untuk makan
mereka pergi ke perahu untuk mengambil bekalan makanan, ketika sedang memindah
makanan ke darat, sebatang dari senduk yang dibawanya terjatuh ke dalam paya. Kisah
senduk jatuh ke dalam air (paya) ini menjadi bualan orang-orang kampung merata tempat.
Dengan peristiwa tersebut akhirnya nama 'Paya Senduk' telah menjadi sebutan harian dan
diterima sebagai nama bagi kampung tersebut."

PAYA KAMPUNG BESAR

Paya Kampung Besar terletak di sebelah selatan dalam kampung-kampung yang wujud di
kampung Paya. Menurut cerita Tuan Haji Mohamad bin Omar dan En. Mat Alin bin Mat Seman
Paya Kampung Besar masa dahulu di awal pembukaannya dikenali dengan Paya. Petempatan ini
adalah yang terawal diterokai dianggarkan lima ratus tahun dahulu. Adalah dipercayai kampung ini
diasas oleh 'Tok Putih' bersama keluarganya yang berpindah dari kampung Tebing. Nama Paya
Kampung Besar ini timbul kerana beberapa sebab, pertama kampung ini mempunyai penduduk yang
ramai, rumah-rumah dibina bersesak-sesak hingga bertemu cucur atap kata mereka sama seperti
rumah orang kuala. Selain dari itu tempat ini tinggalnya Orang Besar Raja (wakil raja) dari
keturunan Tok Putih. Disamping itu di Paya ini juga terdapat gelang- gang melaga lembu dan
kerbau, bon (gelanggang) menyabung ayam. Laga lembu dan kerbau serta menyabung ayam
merupakan suatu hiburan dan permainan tradisional masyarakat Melayu ketika itu.
Pada waktu malam pula pada masa-masa tertentu seperti musim mengemping, malam kenduri
perkahwinan dan lain-lain perayaan, penduduk di sini mengadakan persembahan 'boria’ yang sama
seperti boria Pulau Pinang. Semua permainan dan pertandingan diadakan secara besar-besaran.
Pengunjungnya terdiri dari penduduk kampung-kampung lain berdekatan. Mengambil sempena
keadaan tempat ini ada Orang Besar Raja dan pesta-pesta yang diadakan secara 'besar' maka orang
ramai menyebut tempat ini 'Paya Kampung Besar' dimana akhirnya nama tersebut menjadi sebutan
ramai dan berkekalan sehingga ke hari ini.

SUMBER RUJUKAN :

En.Senapi B.Endut
Tn. Hj. Mohamad Omar
Tn. Hj. Mahmud Daud
Tn. Hj. Bakar Othman
Tn. Hj. MatAlin lbrahim
Tn. Hj. Yahya Omar
Tn. Hj. Debok Mat Yasin
Tn. Hj. lshak Derani dan lain-lain.

Hakcipta Terpelihara © 2003 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2003

Monday, May 2, 2016

as sunnah

copy dari blog anak perlis.


ada di sebut kampung paya dalam artikel ini.

Sejarah Perjuangan As-Sunnah Perlis

Sejarah perjuangan As-Sunnah di Perlis telah bermula seawal lebih kurang pada tahun 1915. Ulama pertama yang dapat di ketahui membawa ajaran As-Sunnah di Perlis adalah Syeikh Hassan bin Ahmad. Di dalam kajian sejarah As-Sunnah di Perlis, Syeikh Hassan atau di kenali juga dengan nama Hassan Surabaya adalah pengasas perjuangan As-Sunnah di Perlis. Beliau berasal dari Surabaya dan di percayai datang ke Perlis lebih kurang pada tahun 1915. Beliau mengembangkan ajaran Islam menurut As-Sunnah pada peringkat awal di kawasan Arau, Perlis. Di antara anak murid beliau adalah Yang Mulia Tengku Adnan bin Tengku Yahya, Haji Mat Hakim, Pak Pilus, Haji Dahaman, Arshad Leh, Pak Wan Ahmad dan banyak lagi nama-nama lain, yang telah di beri petunjuk oleh Allah, untuk menerima kebenaran As-Sunnah. Syeikh Hassan Surabaya, menghadapi berbagai tentangan di dalam menyampai Manhaj As-Sunnah di Perlis, beliau biasa diusir dari Perlis dan membawa diri serta keluarganya ke Pulau Pinang dan berusaha mengembangkan As-Sunnah di sana.

Beliau tidak patah semangat untuk berjuang menegak kebenaran As-Sunnah dan lebih kurang pada tahun 1928, beliau kembali ke Perlis dan menetap di kampung Paya untuk meneruskan perjuangan As-Sunnah di Perlis. Di antara ajaran As-Sunnah yang dibawa oleh Hassan Surabaya adalah tidak ada talkin untuk orang mati, tidak ada bacaan 'usalli' di permulaan solat, ilmu tauhid, menentang amalan azan untuk mendirikan rumah, membasmi kepercayaan kurafat dan bid’ah, menentang kenduri arwah dan lain-lain amalan yang tidak bersumberkan dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Pada lebih kurang tahun 1937 maka terbinalah madrasah As-Sunnah yang pertama yang di beri nama Madrasah Alor Sena hasil usaha pengikut pengikut As-Sunnah di kawasan kampung Paya dan di bantu oleh adikong Raja Syed Alwi yang bernama Datuk Wan Ahmad atau di kenali sebagai Pak Wan Ahmad.

Datuk Wan Ahmad adalah salah seorang anak murid Syeikh Hassan Surabaya. Beliau merupakan seorang yang mempunyai pendirian dan semangat juang yang kukuh untuk mengembangkan As-Sunnah di Perlis. Keazamannya adalah sangat cekal malah beliau merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung di dalam menyemarakkan semangat pengikut fahaman As-Sunnah di Perlis, agar terus berjuang menghadapi tentangan golongan ahli bid’ah atau kaum tua yang pada ketika itu memulau malah ada yang mengkafirkan perjuangan As-Sunnah. Syeikh Hassan Surabaya kemudiannya meneruskan perjuangan As-Sunnah ke Bangkok, Thailand. Dari Thailand beliau ke Pulau Pinang dan meneruskan perjuangannya di sana. Beliau meninggal dunia di Pulau Pinang di dalam keadaan tidur setelah selesai solat hari raya.

Seorang guru bernama Shukor bin Mat yang telah membuat penyelidikan tentang sejarah As-Sunnah di Perlis sehingga beliau menerbitkan sebuah buku yang sangat bernilai kepada generasi muda kini, tentang betapa pahit maung perjuangan generasi lampau untuk menegakkan As-Sunnah di Perlis. Semoga Allah memberkati usaha murninya itu, di antara penemuan dari kajian beliau adalah pengikut As-Sunnah pertama yang meninggal dunia di Perlis bernama Pak Mat Biola. Jenazahnya dikebumikan dengan menggunakan papan sekeping dan tidak ditalkinkan. Peristiwa ini telah menjadi cemuhan kepada golongan ahli bid’ah atau kaum tua, mereka mengatakan orang yang mengikuti fahaman As-Sunnah menguruskan janazah sebagaimana menanam bangkai lembu iaitu tidak di talkinkan.

Diantara tokoh As-Sunnah di peringkat awal perjuangan As-Sunnah di Perlis adalah Abdul Manaf bin Abdullah atau di kenali juga sebagai Lebai Kecik. Beliau juga adalah perantau dari tanah seberang iaitu dari kampung Kemantan Darat, Padang Sumatera. Beliau di percayai datang ke Perlis lebih kurang pada tahun 1930. Beliau pada awalnya adalah dari kalangan golongan bid’ah, tetapi setelah bertemu dengan keterangan dari Al-Quran dan hadits yang sah untuk di buat dalil, beliau kemudiannya telah menjadi penentang kepada amalan bid’ah dan menjadi seorang pejuang As-Sunnah. Di antara rujukannya adalah sebuah kitab Bandung yang bernama Al-Fatwa. Beliau di katakana tokoh As-Sunnah kedua selepas Syeikh Hassan Surabaya. Beliau meninggal dunia dalam usia 60 tahun iaitu lebih kurang tahun 1946. Jasanya di dalam memperjuangkan As-Sunnah di Perlis tidak sedikit sehingga berjaya menambah bilangan pelajar yang bermanhaj As-Sunnah dan mengukuhkan lagi pergerakan menentang kurafat, syirik dan bid’ah di Perlis. Di antara muridnya yang terkenal adalah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Jaafar Hassan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.

Tokoh sezaman dengan Lebai Kecik adalah Haji Abdul Ghani bin Datuk Sakti, beliau juga adalah anak murid kepada Syeikh Hassan Surabaya. Anak kelahiran Kampung Rumbai, Bukit Tinggi Sumatera dan biasa mendapat pendidikan agama di Sumatera Barat. Beliau aktif mengajar agama di madrasah-madrasah, baik di kampung mahupun di bandar di sekitar Perlis. Beliau memegang berbagai jawatan semasa hidupnya seperti imam dan amir zakat di kawasan kariah Masjid Abi, Perlis, Ahli Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Perlis dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Beliau adalah seorang ulama As-Sunnah yang sangat kukuh pendiriannya di dalam memperjuangkan kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau juga telah menganti tempat Syeikh Hassan Surabaya mengajar di Madrasah Alor Sena apabila Syeikh Hassan pulang ke Pulau Pinang dan Haji Abdul Ghani juga berganding bahu bersama Datuk Wan Ahmad dan berhubung rapat dengan tokoh As-Sunnah terkenal Syeikh Tahir Jamaluddin dan A.Hassan Bandung. Beliau telah meninggal dunia di dalam usia lebih kurang 75 tahun.

Nama Syeikh Abu Bakar As-Shaari adalah di antara tokoh ulama As-Sunnah yang tidak dapat dipisahkan di dalam perjuangan As-Sunnah di Perlis. Beliau antara ulama yang berpendidikan tinggi, bermula dari Sekolah Melayu, Sekolah Anglo Chinese School Pulau Pinang, Madrasah Al-Mashur sehinggalah ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1925-1932. Beliau turut memegang jawatan penting di Perlis seperti Imam Besar Masjid Alwi (1939), Ahli Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Perlis, ketokohan beliau di dalam mengarang amat menonjol. Di antara sumbangan beliau di dalam bidang penulisan adalah, menjadi pengarang Majalah Seruan Azhar 1928, penulis untuk akhbar ‘SAUDARA’, pengarang kitab As-Sunnah seperti, Intisari Taksir Juzuk Amma, Sejarah Al-Anbiya, Pedoman Ibadat Rasulullah dan lain-lainnya. Perjuangan beliau menegakkan As-Sunnah tidak sunyi dari tentangan dan fitnah. Tetapi Syeikh Abu Bakar adalah seorang ulama As-Sunnah yang cekal dan tegas pendiriannya. Perjuangan murninya telah berjaya menyemarakkan lagi kebangkitan As-Sunnah di Perlis dan gandingan beliau bersama tokoh-tokoh As-Sunnah sezaman dengannya menyebabkan golongan ‘kaum tua’ menjadi gerun dan terhimpit dengan kebangkitan golongan As-Sunnah. Syeikh Abu Bakar As-Shaari lahir pada tahun 1903 di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan telah meninggal dunia di Port Dickson semasa dalam perjalanan ke Madrasah As-Sunnah Kuala Pilah pada tahun 1970.

Seorang ulama yang bersama-sama menyemarakkan perjuangan As-Sunnah di Perlis adalah Fakih Sidin bin Marusa. Sekadar maklumat yang di dapati, beliau di percayai anak kelahiran Sumatera dan biasa berguru dengan ulama besar Indonesia iaitu Prof. Dr. Karim Amirullah atau lebih dikenali sebagai Hamka. Antara kitab yang di gunakan untuk mengajar As-Sunnah adalah Kitab Al-Fatwa karangan A.Hassan Bandung dan Al-Umm di dalam bahasa Arab dan selain mengajar agama beliau juga berguru dengan Syeikh Noor Al-Sururi. Beliau gemar berbincang untuk memperjelaskan permasalahan agama yang di raguinya, seorang ulama yang bersifat sederhana dan tidak sombong dalam menyampaikan dakwahnya.

Seorang lagi tokoh As-Sunnah yang sangat di kenali pada era kegemilangan As-Sunnah adalah ustaz Abdul Rahman bin Ismail. Beliau bertubuh kecil, tetapi sangat lantang dan berani di dalam memperjuangkan As-Sunnah. Beliau adalah antara tokoh As-Sunnah yang di geruni oleh golongan tua atau ahli bid’ah pada zaman kegemilangan As-Sunnah di Perlis iaitu sekitar tahun 1970-1985. Di lahirkan di Kampung Sena, Kangar Perlis dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kangar, Pondok Kampung Sena, Kangar, Sekolah Arab Al-Masyur, Pulau Pinang dan Sekolah Arab Alwiyah, Arau Perlis. Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di negeri Perlis antaranya adalah menjadi Mufti Negeri Perlis pada tahun 1972-1984, Imam Besar Masjid Alwi dan pemangku Guru Besar Sekolah Arab Alawiyah Kangar.

Ustaz Abdul Rahman adalah di antara ulama As-Sunnah yang mengajar bahasa Arab dan mampu membaca kitab-kitab pengajian tinggi Arab Klasik. Kelantangan suaranya dan ketegasan di dalam menyampaikan khutbah Jumaat menyebabkan Masjid Alwi menjadi tumpuan orang ramai untuk bersolat Jumaat. Ada yang datang dari Padang Besar, Jalan Kaki Bukit dan lain-lain tempat di Perlis yang jauhnya berpuluh kilometer. Lazimnya pada sebelah pagi Jumaat orang ramai dari berbagai daerah di Perlis berduyun-duyun ke Mata Ayer untuk mengikuti kelas agama di Kampung Kersik iaitu di rumah Syeikh Noor dan apabila selesai kelas, ramai yang berhenti di Kangar untuk bersolat Jumaat di Masjid Alwi Kangar.

Perjuangan As-Sunnah di Perlis sejak dari zaman Syeikh Hassan Surabaya dan di sambung oleh generasi pelapisnya sentiasa berhubung rapat di dalam mengukuhkan ilmu dan perjuangan murni mereka. Ilmu tauhid, Iman dan ibadat adalah pelajaran wajib bagi golongan As-Sunnah di masa itu dan di antara tokoh As-Sunnah yang telah mengajar tauhid, iman dan ibadat secara terperinci dan dalam sekali kajian ilmunya berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. adalah Syeikh Noor As-Sururi. Nama sebenar beliau adalah Ismail bin Mahmud. Di lahirkan pada tahun 1911, di Pulau Pinang dan beliau adalah dari keturunan Arab Hadramaut. Beliau menuntut di Mekah selama 8 tahun kemudian menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Darul Hadith, Madinah selama 8 tahun. Beliau kemudiannya kembali ke Mekah dan bekerja sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 8 tahun. Beliau terkenal dengan ketegasannya, ini terbukti apabila beliau meletak jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Mekah kerana tidak berpuashati dengan satu hukuman yang beliau yakin tidak adil. Beliau adalah seorang ulama yang pakar di dalam ilmu Al-Quran dan hadits, seorang tokoh As-Sunnah walaupun berasal dari Malaysia tetapi membesar di Arab Saudi dan mendapat pendidikan yang mendalam di dalam ilmu As-Sunnah.

Kehalusan ilmunya menyebabkan berlaku beberapa perbezaan pendapat di kalangan jemaah As-Sunnah di Perlis pada masa itu dan berterusan sehingga kini. Dan perbezaan ini semakin ketara apabila lahirnya beberapa pendakwah muda lulusan Madinah dan Jordan yang menyambung perjuangan As-Sunnah di Perlis. Tetapi bagi orang yang benar-benar memahami As-Sunnah perkara ini tidaklah menjadi masalah besar asalkan yang kita ambil itu adalah dalil yang kukuh dari Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi kita akan menghadapi masalah jika ilmu itu kita ambil di atas dasar percaya kepada ulama atau terpengaruh terhadap kepetahan kata-kata seseorang ulama sehinggakan kita tidak merujuk kekuatan dalil dengan cara sebenarnya (bersifat asal ada dalil kita terima). Jemaah As-Sunnah tidak cukup hanya menerima sesuatu itu atas dasar dalil semata-mata tetapi hendaklah kita berusaha merujuk dalil-dalil tersebut samada benar-benar kukuh atau lahir dari pegangan sesuatu mazhab, yang mana kukuh itu adalah menurut ulama-ulama mazhab tersebut dan bukan menurut himpunan dalil-dalil dari As-Sunnah secara keseluruhannya.

Syeikh Noor As-Sururi mendidik anak muridnya agar tidak bertaklied kepadanya tetapi berusaha memahami dalil atau nash yang diberikan. Lazimnya pada sesuatu masalah agama yang ada perselisihan para ulama ahli sunnah, Syeikh Noor akan menjelaskan satu demi satu sebab perselisihan itu lalu beliau memberi tahu sebab yang beliau berpendirian dengan salah satu pendapat serta apakah dalil-dalil yang kukuh yang menyokongnya dan apa sebabnya sesuatu pendapat lainnya menjadi lemah. Semua ini beliau lakukan agar anak muridnya tidak hanya mengikut apa yang di sampai oleh seorang ulama tetapi berusaha untuk memahami permasalahan dengan ilmu bukannya bertaklied. Di dalam mengembangkan perjuangan As-Sunnah walaupun di zaman kegemilangan, di mana telah timbul pengikut As-Sunnah di segenap penjuru negeri Perlis, Syeikh Noor tidak terkecuali menerima cabaran tentangan dari kalangan ‘kaum tua’, dengan menabur berbagai fitnah, cacian dan hinaan. Tempat pengajian As-Sunnahnya berpindah beberapa kali dari Mata Ayer ke Hutan Lembah dan akhirnya beliau menetap di Kampung Kerisik. Di Hutan Lembah beliau menjalankan pengajaran As-Sunnah dengan lebih tersusun dan apabila bertapak di Kampung Kerisik cara pengajarannya lebih bercorak kuliah kerana sambutan terhadap pengajarannya bertambah dari tahun demi tahun pada setiap pagi hari Jumaat hampir seribu anak muridnya berhimpun mendengar kuliahnya. Selain dari tempat yang di sebutkan di atas beliau juga biasa mengajar di Bohor Cicar, Bohor Latih dan Batu 5, Jalan Kuala Perlis. Di waktu itu sesiapa yang ingin mendalami secara lebih terperinci lagi tentang As-Sunnah, hendaklah datang secara bersendiri atau dengan jemaah yang kecil pada hari lainnya.

Dari Kangar anak-anak muridnya menaiki bas ke Kampung Kerisik dan apabila sampai ke Kampung Kerisik ada kalanya hanya tinggal pemandu dan penjual tiket bas sahaja kerana yang ramai itu ialah orang yang datang kekelas As-Sunnah di rumah Syeikh Noor As-Sururi.Dua buah bas pada waktu pagi Jumaat itu lazimnya di penuhi oleh sebahagian besar anak muridnya, selain itu ada yang datang dengan kereta dan boleh di lihat deretan kereta yang panjang di sepanjang jalan kerumahnya. Dan di rumah Syeikh Noor inilah tempat pertama bertapaknya Persatuan Al-Islah Negeri Perlis. Beliau biasa di tamatkan tauliah mengajarnya dan perjuangan As-Sunnah yang di kembangkan oleh Syeikh Noor ditentang serta di ragui oleh banyak pihak, antara sebabnya adalah kehalusan cara beliau mengajar atau mengeluarkan nash dan luasnya ilmunya di dalam As-Sunnah. Beliau adalah salah seorang ulama yang paling tinggi pengajiannya di kalangan para ulama As-Sunnah di Perlis pada masa itu, beliau juga adalah seorang mufassirin dan muhadissin. Hasil perkahwinan Syeikh Noor dengan isterinya Fatimah binti Hat telah di kurniakan tiga orang anak; seorang lelaki dan dua orang perempuan. Beliau adalah pengasas Persatuan Al-Islah Negeri Perlis dan sumbangannya di dalam meningkatkan perkembangan As-Sunnah di Perlis merupakan sumbangan yang sangat besar. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1984 pada usia 73 tahun dan di semadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Mengulang, Perlis. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama golongan orang-orang yang soleh.

Sebenarnya sangat banyak ulama yang menyumbang kepada perkembangan As-Sunnah di Perlis, di antaranya ada yang tidak di ceritakan di sini secara terperinci tetapi insyaAllah akan di usahakan agar dapat di bukukan sejarah perjuangan mereka sebagai panduan kepada ulama-ulama muda di dalam mengharungi samudera perjuangan As-Sunnah di Perlis, juga sebagai satu pedoman kepada perjuangan As-Sunnah di tempat lainnya. Semoga dari kisah perjuangan mereka dapat kita mengambil tauladan dan sempadan di dalam meneruskan perjuangan yang murni ini. Nama-nama seperti Abu Bakar bin Taib (1889-1969) ayah kepada bekas T.B. En. Khazim bin Abu Bakar dan Ustazah Norhiyah binti Abu Bakar, Syeikh Ahmad bin Mohd Hashim (1896-1980) bekas Menteri Besar Perlis yang pertama (Mei 1959—Dis 1971), Ahmad bin Muhammad (1885-1964) kelahiran Mekah, tokoh As-Sunnah yang memegang berbagai jawatan penting di Perlis, ustaz Abdullah bin Mat Ali, Ustaz Abdul Razak bin Abdul Rahman, Ustaz Yusuf bin Hamid, Ustaz Bakar (Bomba) dan banyak nama-nama lain yang telah banyak menabur jasa sehingga kebangkitan As-Sunnah menyemarak di negeri Perlis.

Dan salah seorang tokoh yang masih berjuang secara aktif sehingga kini dan masih sihat serta cekal perjuangannya adalah Profesor Madya Datuk Alim Setia ustaz Ahmad bin Yusof Amin atau di kenali juga dengan gelaran Ahmad Libya. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan bersifat sederhana serta sentiasa berusaha untuk memajukan perjuangan As-Sunnah di Perlis. Beliau adalah Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, bekas pensyarah ITM cawangan Sabah, bekas pensyarah ITM Arau, Perlis, ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan sekarang beliau menjadi Yang Di Pertua Pertubuhan Al-Islah Negeri Perlis. Datuk Ahmad adalah seorang ulama yang suka mendampingi anak muda dan sangat mementingkan penyertaan mereka di dalam perjuangan As-Sunnah.

Walaupun beliau berpendidikan tinggi dan seorang bergelar Dato’, sifat bertolak ansur dan kesederhanaannya amat menonjol, sehingga beliau di sukai oleh golongan anak muda dan mudah di dampingi. Sebagai seorang ulama As-Sunnah beliau tidak lepas dari tentangan dan fitnah, namun itu semua tidak pernah menjadi halangan bagi beliau untuk terus memperjuangkan As-Sunnah. Perjuangan As-Sunnah di Perlis telah mengalami beberapa peringkat perkembangannya semenjak zaman awal sehinggalah sekarang ia telah teruji dengan berbagai tentangan dan cabaran. Tetapi setelah kejayaan dan kegemilangannya, perjuangan As-Sunnah di Perlis sekali lagi di gegarkan dengan kemasukkan tokoh-tokoh muda yang cuba menyampaikan dakwah As-Sunnah di Perlis, kebanyakan mereka dari luar Perlis seperti Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Tetapi kerana kurang pengalaman dan tidak memahami sejarah perjuangan As-Sunnah di Perlis, perjuangan mereka selain dari menyampaikan As-Sunnah telah juga menyebabkan perpecahan yang besar di kalangan jemaah As-Sunnah terutamanya bagi yang baru berjinak dengan As-Sunnah.

Kaul-kaul (pendapat) yang telah di bincangkan dan telah di selesaikan dengan bijaksana oleh golongan As-Sunnah terdahulu telah di ungkit semula. Maka terjadilah perselisihan sesama As-Sunnah dan sekian banyak jemaah As-Sunnah telah mengambil pendirian memencil diri dengan cara membuka kelas kelas pengajian sendiri yang pelajarnya adakalanya keluarga sendiri atau kawan rapatnya. Mereka bertindak demikian kerana tidak mahu keliru dan tidak dapat menerima hujah-hujah dari ulama muda yang agak longgar dan adakalanya hujah tersebut lebih berpihak kepada mazhab dari kekuatan dalil berdasarkan Al-Quran dan hadits. Sepatutnya golongan ulama muda As-Sunnah, setelah mendalami pengajian As-Sunnah di Madinah atau Jordan, apabila pulang ke Perlis atau datang ke Perlis mengkaji terlebih dahulu kaul-kaul yang ada di Perlis dan kajian itu hendaklah di buat dengan hati yang terbuka untuk menerima kebenaran berdasarkan nash yang sahih dan jangan sekali-kali terikat dengan rentak pengajian yang telah kita pelajari. Sesungguhnya tidak semesti apa yang kita pelajari di tanah Arab itu betul belaka dan tidak semestinya ilmu As-Sunnah yang telah berkembang di Perlis ini lemah dan meragukan.

Jika dikaji kemasukan As-Sunnah di Perlis, ia telah melalui beberapa peringkat perkembangannya. Dan tidak sedikit ulama-ulama yang berpendidikan di dalam ilmu Al-Quran dan hadits yang telah menyumbang jasa di dalam memperhaluskan perjuangan murni ini. Oleh yang demikian kedatangan ulama-ulama muda untuk mengubah beberapa keputusan yang telah menjadi pendirian As-Sunnah di Perlis perlu kepada perbincangan yang adil. Kerana tokoh-tokoh As-Sunnah tidak semestinya mereka yang hanya berada di dalam Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis sahaja, itu adalah segolongan kecil dari As-Sunnah. Sebenarnya di Perlis ini terdapat berpuluh-puluh tokoh As-Sunnah lainnya yang masing-masing ada pengikut atau setidak-tidaknya ada kumpulannya sendiri. Apabila kita tidak membuat sesuatu keputusan dengan muzakarah yang menyeluruh dan tidak memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan apa yang mereka yakin berdasarkan nash yang mereka pelajari, maka perpecahan dan tentangan sesama As-Sunnah akan berlaku dan inilah yang telah terjadi sekarang ini.

Ulama-ulama muda As-Sunnah hendaklah mengkaji dengan teliti pendirian mereka dari ilmu yang mereka pelajari. Tidak ada yang sempurna kecuali apa yang di bawa oleh Rasulullah saw. sehinggakan para sahabat baginda juga tidak terlepas dari membuat kesilapan. Oleh yang demikian sifat ingin menyampai dan mematahkan hujah hanya pada dasar ilmu kita tanpa mahu mengambil dan memahami dalil dari pihak lain adalah satu kekeliruan yang nyata dan ianya tidak akan menyebabkan kekuatan ummah tetapi hanyalah menyumbang kepada pepecahan As-Sunnah.

Sunday, May 1, 2016

Hari buruh

1.5.2016 hari buruh atau hari pekerja

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...