Sunday, April 17, 2016

Tauhid

Satu post dari sahabat FB internet yang baik berkenaan tauhid tiga serangkai.

[Tauhid Rububiyah, Uluuhiyyah, Asma wa sifat]

TAUHID RUBUBIYAH - BERIMAN BAHAWA HANYA ALLAH MAHA PENCIPTA, MAHA MENGUASAI, MAHA MENGATUR SEKALIAN ALAM.
(bukan beriman kepada fengshui, nasib, jin dsb)

Firman Allah Ta’ala :
Segala puji hanya bagi Allah, Rabb semesta alam
(Surah Al-Fatihah Ayat 2).

Sabda Nabi saw :
Engkau (wahai Allah) adalah Rabb langit dan bumi.

(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

=============================
TAUHID ULUHIYAH - MENGIMANI BAHAWA HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KITA BERIBADAH DAN MEMOHON APA SAJA, BAIK ZAHIR MAHU PUN BATIN.
(Bukan kepada kubur, busut, patung, jin, matahari dsb)

Firman Allah Ta’ala:
“Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang maha esa, tidak ada Tuhan selain Dia, yang maha pengasih, maha penyayang”
(Surah Al-Baqarah Ayat : 163).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Surah Al Fatihah ayat : 5)

Sabda Nabi Saw:
“Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah persaksian bahawa : Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan sabda Nabi saw lagi :
“Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah mentauhidkan Allah ta’ala”
(HR. Al-Bukhari).

=============================
TAUHID ASMA WA SIFAT - BERIMAN KEPADA SEGALA SIFATNYA YG DICERITAKAN DALAM ALQURAN DAN HADIS2 SAHIH :
1. TANPA MENAFIKANNYA
2. TANPA MENYAMAKAN DGN MAKHLUK
3. TANPA MENGUBAH MAKNANYA
4. TANPA BERTANYAKAN BAGAIMANA

Firman Allah Ta’ala :
“…Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang maha Mendengar dan Maha Melihat”
(Surah Asy-Syuuraa 42 : Ayat 11).


Sabda Nabi saw:
“Allah Turun ke langit dunia setiap malam”
(HR. Muslim).
(Ia turun sesuai dengan keagungan-Nya dan tidak ada makhluk-Nya yang boleh menyamai-Nya).

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...