Saturday, April 30, 2016

Polemik pak wahab

Isu pak wahab ni tak abih2 di malaya.
Perlis selalu jadi mangsa sebab melawan arus.
Aku sendiri ada pengalaman bila mula bersekolah di kedah. Malah pernah berbalah dengan pelajar pengajian islam di ukm dulu.

Thursday, April 28, 2016

Ujian

Antara ujian yang berat bagi insan, adalah ujian dari keluarga dan kaum sendiri.

Nabi Adam diuji dengan anak yang bermusuhan sesama sendiri.

Nabi Nuh diuji dengan anak yang menolak ajakannya.

Nabi Ibrahim diuji dengan ayah yang menyembah berhala malah menghalaunya. Kemudian diuji terpisah dari anak dan isteri.

Nabi Yusuf diuji dengan adik-beradik yang berdendam memusuhi. Kemudian diuji terpisah dari ayah dan adiknya.

Nabi Luth diuji dengan isteri yang ingkar tidak mempercayai suaminya.

Asiah diuji dengan suami yang sejahat-jahat Fir'aun di atas muka bumi.

Musa, Muhammad dan ramai Nabi lain diuji dengan dipermainkan dan ditentang oleh kaum mereka sendiri.

Adakah kita menyangka kita telah menerima seburuk-buruk ujian yang tiada orang lain merasakan ujian yang lebih buruk berbanding kita?

Dan ketahuilah, tiada bekalan terhebat menghadapi ujian-ujian ini selain SABAR.

Bagaimana mengenal SABAR?

Ia dikenal apabila dapat mengawal diri dari dikuasai kemarahan, kesedihan, kekecewaan, putus asa dan sikap-sikap yang memakan diri dan meraikan bisikan syaitan agar semakin jauh dari mengingati dan menggapai rahmat Tuhan.

SABAR, menuntut ketenangan, membantu merasionalkan fikiran demi mencari penyelesaian.

Dari SABAR yang tanpa henti, kelak Allah tunjukkan jalan keluar, walau sehingga ke hujung talian nyawa.

Semoga Allah kurniakan kita kefahaman akan kesabaran dan kekuatan dalam menggarap kesabaran dalam kehidupan di dunia ini.

#BroSyariefShares

HARI-HARI TERAKHIR

sudah hampir empat bulan aku membuat tugasan di rawang.
Hari-hari memandu hampir 120 kilometer pergi dan balik samada melaui Guthrie atau Plus highway.

Peristiwa Nazaria breakdown di Guthrie highway adalah yang paling terkesan. Alhamdullilah kereta rosak alternator dan berhenti selepas bayar to di bukit jelutong. Kemudia tow ke seksen 7 shah alam, bengkel dah tutup. esuk baru boleh repair dan ganti alternator second hand. Kesokannya selepas subuh, alternator baru rosak lagi. Kali ini betul-betul di stesyen minyak caltex. Selepas tukar di Kia centre baru pulih macam biasa.
Kemudian bila aku bawa Jazz baru ummi, sekali lagi tutup plastik bawah jatuh. Kalai ini di Guthrie highway jugak dan sebelum tol Elmina. Alhamdullilah dua budak muda tersalah masuk highway datang tolong.

Ada juga masa aku sangat mengantuk sampai terhuyung hayang bawa kereta pagi-pagi di highway.

Tugasan di sini hampir ke penghujung. Tender minggu depan habis submit.
Harap2 ada rezeki sangkut satu. Bolehla aku ke Last project of my carrier.

kalau tak, kayuh lah lagi dan lagi.....

Monday, April 25, 2016

Futsal

Setelah sekian lama sejak edisi pertama futsal jenan, baru sabtu ni dapat pi jengok. 

Dah semakin meriah rupanya sekarang ni. Alhamdulillah tak sia2 ada revolusi dulu.
Yang kenai cuma batch dekat2 83 dan 85 ja. Lain2 tu blur ja.
Batch aku. Fail lagi. Kesian mat jo. 
Dah jadi nomad futsaller dia

Dengan J83, bro che harun ( merah) dan J85 yuri pok ya

Tuesday, April 19, 2016

Nak pindah

Berita ni menteri bagitau jenan dah nak pindah sebab sekolah dah lama dan perlukan kawasan yang lagi besar.

Macam dah jadi kat Sbp lama, lepas pindah buat sekolah sains yang baru. Hilang isu bangunan lama dan buruk.

Tak paham sistem kita ni

Resepi kombinasi jus buah-buahan

Resepi kombinasi  jus buahan yang baik untuk di amalkan : -
( dari WA grup jenan )

Carrot + Ginger + Apple
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..
Apple + Timun + Saderi
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.
Tomato + Carrot + Apple
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.
Peria + Apple + Milk
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.
Orange + Halia + Timun
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.
Nanas + Epal + Tembikai
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.
Apple + Timun + Kiwi
Untuk mencerahkan warna kulit .
Pear + Banana
mengawal kandungan gula.
Carrot + Apple + Pear + Mango
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !
Honeydew + Grape + Tembikai + Susu
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan
Betik + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.
Pisang + Nanas + Susu
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Sunday, April 17, 2016

Tauhid

Satu post dari sahabat FB internet yang baik berkenaan tauhid tiga serangkai.

[Tauhid Rububiyah, Uluuhiyyah, Asma wa sifat]

TAUHID RUBUBIYAH - BERIMAN BAHAWA HANYA ALLAH MAHA PENCIPTA, MAHA MENGUASAI, MAHA MENGATUR SEKALIAN ALAM.
(bukan beriman kepada fengshui, nasib, jin dsb)

Firman Allah Ta’ala :
Segala puji hanya bagi Allah, Rabb semesta alam
(Surah Al-Fatihah Ayat 2).

Sabda Nabi saw :
Engkau (wahai Allah) adalah Rabb langit dan bumi.

(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

=============================
TAUHID ULUHIYAH - MENGIMANI BAHAWA HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KITA BERIBADAH DAN MEMOHON APA SAJA, BAIK ZAHIR MAHU PUN BATIN.
(Bukan kepada kubur, busut, patung, jin, matahari dsb)

Firman Allah Ta’ala:
“Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang maha esa, tidak ada Tuhan selain Dia, yang maha pengasih, maha penyayang”
(Surah Al-Baqarah Ayat : 163).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Surah Al Fatihah ayat : 5)

Sabda Nabi Saw:
“Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah persaksian bahawa : Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Dan sabda Nabi saw lagi :
“Maka hendaklah hal pertama yang kamu serukan kepada mereka adalah mentauhidkan Allah ta’ala”
(HR. Al-Bukhari).

=============================
TAUHID ASMA WA SIFAT - BERIMAN KEPADA SEGALA SIFATNYA YG DICERITAKAN DALAM ALQURAN DAN HADIS2 SAHIH :
1. TANPA MENAFIKANNYA
2. TANPA MENYAMAKAN DGN MAKHLUK
3. TANPA MENGUBAH MAKNANYA
4. TANPA BERTANYAKAN BAGAIMANA

Firman Allah Ta’ala :
“…Tidak ada satu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang maha Mendengar dan Maha Melihat”
(Surah Asy-Syuuraa 42 : Ayat 11).


Sabda Nabi saw:
“Allah Turun ke langit dunia setiap malam”
(HR. Muslim).
(Ia turun sesuai dengan keagungan-Nya dan tidak ada makhluk-Nya yang boleh menyamai-Nya).

Wednesday, April 13, 2016

Tafsir al azhar


Inshallah cuba hadir setelah beberapa kali gagal.

Kuliah bersiri kitab Tafsir al-Azhar karya Prof Dr HAMKA.  Disampaikan oleh ustadz Zahiruddin Zabidi. In shaa' ALLAH...
Tarikh:  16/4/2016 (Sabtu)
Masa:  10 pagi - 12 tengahari
Tempat:
Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM),
No. 21-1, Jalan Makyong 5A/KU5,
Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor.

Googlemaps: https://goo.gl/maps/TGjcgfXiLv72
(Berdekatan Dobitiam, Laundrybar & Klinik Sharifah)

Tak perlu mendaftar. Terus walk-in.
Semua dijemput hadir. Terbuka dan percuma 😃😃

Gader2 dgn x percon

Alhamdullilah semalam sempat jumpa sahabat lama x percon shah alam expressway, hisham. Dok di sri Permaisuri bandar tun razak rupanya.

Amazingly dulu dia draftmen saja. Sekarang dah qualified safety officer.

Transformation yang sangat baik.

Monday, April 11, 2016

Super senior jenan63

Semalam mat rusli jenan 84 message WA bagitau dia jumpa super senior jenan63 tuan Abdullah ahmad yang dok di pahang sekarang yang banyak tolong dia dalam kerja2 di sana.

Semoga dia dapat berhubung dengan kawan2 dia yang lain nanti

Heboh

Satu malaya heboh bila DZN nak ceramah. Dulu 2012 dah ceramah tapi ramai tido kut.
Dah dibagi tokoh maal hijrah pun ada puak2 ni bising.

Ceramah dia aku dulu hari2 tengok di Peace tv masa dok di chennai.  Aku ok ja sampai sekarang.

Orang2 yang takut adalah yang ada agenda tak betul.

Friday, April 8, 2016

Perang telco

Tiba2 sehari dua ni ramai orang panas dengan satu kompeni telco sampai kensel kontrak.
Dan lagi ramai sedang pikir nak ikut sama. Marah benar depa.

Nasib baik aku masih dengan yang dulu

Thursday, April 7, 2016

Solat malam

“Lazimkan dirimu untuk solat  malam kerana ia merupakan tradisi orang-orang salih  sebelummu, cara mendekatkan diri kepada Allah, menghapuskan dosa, menolak penyakit, dan pencegah dari dosa.” (HR. Ahmad)

Belasungkawa sahabat ku

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ،


   
   Seorang lagi R sahabat class 1D -3D batch jenan 8084 meninggalkan kami untuk selamanya malam     tadi setelah bertahun2 sakit di Changloon.

    Sebelum ini sahabat 1-3D, RZ meninggalkan kami pada 1 april tahun.
    Sekarang tinggal aku, RD yang terakhir dalam kelas ini.

    Allahummarghfirlahu warhamhu

Wednesday, April 6, 2016

Nak saman pulak

Tengah sebok buat tender, ada orang nak saman pulak.

Jangan Melepas dah la aku.

Gader2 april

Alhamdullilah semalam sempat gader2 dengan memey dan G.shiha di Capati Utara macam bulan lepas.

EngineMania lain masih sebok nampaknya.

Monday, April 4, 2016

Ayuh bangun anak2 Ku

Bangunkan Ahli Keluarga Solat Sunat Malam

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا رَاقِدَةٌ مُعْتَرِضَةً عَلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يُوتِرَ أَيْقَظَنِي فَأَوْتَرْتُ

Dari 'Aisyah berkata, "Nabi SAW pernah berdiri solat malam sedangkan aku berbaring di atas tikarnya. Apabila baginda melaksanakan solat witir, baginda membangunkan aku hingga aku pun bangun mengerjakan solat witir." (HR Bukhari No: 942).

Pengajaran:

1.  Bangun di waktu malam untuk qiamullail menunaikan solat malam antara amalan yang perlu dicontohi daripada Rasulullah.

2.  Rasulullah mengejutkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat sunat malam.

Ayuh bangunkan ahli keluarga kita untuk menunaikan solat sunat malam, walaupun satu rakaat. Semoga solat sunat malam membina jati diri kita.

Join Ilmu Sunnah
https://telegram.me/ilmusunah

Amarah

Semalam setelah hampir dua tahun tak marah orang, aku hilang kawalan dan taruk cukup2 bank officer yang pagi cakap lain, petang cakap lain bila aku dah agree dengan produk tu.

Keluar habis bahasa2 karut yang dah lama aku tinggalkan.

Penipuan puak2 bank ni aku rasa dah sampai kemuncak. Ambik kesempatan

Friday, April 1, 2016

Orang perlih

Aku copy satu tulisan menarik dari ex adun kami di kpg paya :-

Orang Perlis tidak anti mazhab, tetapi terbuka kepada kepelbagaian pandangan dalam pelbagai mazhab. Semua urusan ibadat orang Perlis tidak pernah terkeluar daripada salah satu mazhab yang muktabar.

Kegigihan orang Perlis untuk beramal selari dengan sunnah tidak bermakna kami mengenepikan mazhab kerana sunnah tidak boleh difahami kecuali merujuk kepada pendapat para imam mazhab.

Menyanggah bid'ah sudah sebati dengan diri orang Perlis. Mungkin situasi ini agak asing bagi sesetengah orang yang sudah terbiasa dengan amalan 'agama' yang diwarisi, tetapi bagi orang Perlis, tiada kompromi dengan amalan bid'ah sebegitu.

Orang Perlis sudah mangli dengan label Wahabi, anti mazhab dan ultra sunnah. Tapi, kami dapat merasakan Islam yang kami amalkan yang berasaskan sunnah adalah lebih indah, nyaman dan mendamaikan.

Aku bangga jadi orang Kedah yang menetap di Perlis.

Amra @ kedondong

2.4.2016 Saturday

Pokok baru di kebun rumah andalas.

Harga 16 ringgit dan selepas enam bulan inshallah berbunga

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...