Friday, January 29, 2016

Game over, you are fired !!!!

Krisis nak ganti MB dah hampir selesai.
Tapi yg nak diganti belum selesai. Ada yang suka dan ada yang tak suka.

Nampaknya selepas PRU 13 dah tiga MB diganti.  Semuanya hostile dan menimbulkan krisis politik. Kali ini macamana gamaknya.

Munkin UG adalah solusi terbaik?

Saturday, January 23, 2016

Kesian lori hantu

Lori hantu jadi topik hot di malaya seminggu dua ni bila ada satu dreba bodoh letak lori tepi jalan yang di gazet sampai mati budak sekolah dan mencederakan beberapa orang lain.

Aku kenal yg nama lori hantu ni bila start kerja di projek highway ipoh dan sehingga sekarang aku tak pernah tahu ada kontraktor gixx yang bawa lori ni ke jalan utama dah di gazet. Lori ini untuk kawasan projek saja.

Solution over reaction oleh gomen akan buat pemilik  lori haru-biru. Al maklumlah dah berpuluh tahun tak ada apa2 isu.

Comfirm cost contract naik lagi lepas ni

Friday, January 22, 2016

Sesak di tol bukit raja

Setelah setahun tak kena jammed, hari kena yang baik punya kat tol bukit raja, klang.
Dahla sebelum tu kena masa exit dari gutrie nak ke elite/nkve hiway. Entah apa orang-orang malaya sebok petang2 jumaat ni.

Sayang nya pihak yang terlibat dengan hiway macam tak ada plan B nak handle.
Nanti bila projek interchange bukit raja mula entah macamana sesak tol tu nanti.

Tapi Alhamdullilah sempat konar ke mesjid sek 7 dan dengar tazkirah dari kitab bidayatul hidayah tentang mencuci  batin hati.

Thursday, January 21, 2016

Kedah bergolak

Apa yang berlaku di kedah tempat aku belajar selama hampir enam tahun selalu menarik perhatian aku.

Perkembangan semalam memang ganas dalam politik orang melayu. Keluar secara terbuka nak tendang keluar bos adalah budaya baru alaf 2000.  

Kemelesetan ekonomi selalu mencari mangsa politik.

Kita tunggu saja

Monday, January 18, 2016

Cerita cuti 2

Nak tambah cerita semasa cuti.

Selain dari sambung karier construction dulu untuk freelance di sepang sebagai projek adviser, aku juga cuba2 karier lain terutamanya jadi penjual barang.

Mula2 jual keropok lekor dari bukit tok byang di beng, Ganu yang diambil dengan bas di shah alam. Pasaran di sekolah ummni dan jiran andalas. Seminggu boleh habis 30 ke 40 bungkus. Tapi sejak GST, bungkus.

Kedua, atas rekomen kawan aku jadi pengedar produk susu awal lembu, Alpha Lipid dari new Zealand.  Produk2nya bagus dan sesuai untuk orang umur 40an ke atas sebagai supplement tapi dek kerana harga sikit mahal dan phobia orang kita, yang ni pun tak jalan juga.

Ketiga jus durian belanda.  Memang ada potensi kalau ada pokok sendiri. Orang kata buah ni miracle.

Ketiga-tiganya memberi pengalaman yang sangat baik.

Saturday, January 16, 2016

Gambar terbaru

Bila aku post gambar baru 14.1.15, aku tergelak dengan posting gambar yang kesihatan serupa dengan aku.

Hahaha. ....to bro azad  senior jenan.

Kembali

Setelah hampir setahun lebih cuti, semalam aku kembali ke dunia perkerjaan di rawang untuk kerja2 khas selama sekurang2nya empat bulan.
Di sana aku berjumpa beberapa kawan2 lama construction.  Kecilnya dunia.

Beberapa rutin yang sedang aku buat sekarang ini akan diuji. Semoga aku tabah dan istiqamah. Harap kelas bahasa arab advance tak terganggu.

Sepanjang percutian zuhud ini aku banyak belajar tentang hidup dan akhirnya kenapa kita dijadikan dan dihantar ke dunia.
Sebagai ringkasan berikut adalah rumusan aku sepanjang cuti ini sebagai seorang muslim sejati :-
1. Solat
     Berjamaah lima waktu, sunat rawatib,
     Tahajud dan dzuha amat penting.
2. Baca quran setiap hati
3. Zikir2 sunnah dan doa
4. Bersedekah
5. Silaturahim
6. Belajar semua ilmu2 islam dan yg pada aku bahasa arab adalah paling penting. Ianya adalah kunci memahami mesej2 agama ini.

Ustaz ku

Dua minggu lepas aku ternampak posting FB cucu bekas ustaz aku semasa di sekolah paya.
Posting itu menunjukkan yang ustaz ishak pernah menjadi ahli majlis agama atau fatwa perlis pada tahun 1978.
Yang menarik ustaz ishak adalah guru formal di sekolah kebangsaan paya dan juga tidak formal di mesjid paya.  Dia mengajar semua asas2 solat dan sebagainya.
Selain menjadi guru dan imam mesjid, dia yang kami panggil tok njang sahak juga anak kampung paya. Orang2 paya termasuk arwah bapa aku majoriti belajar agama dengan dia.

Semoga dia sentiasa di berkati oleh Allah atas ilmu2 yang dicurahkan kepada aku dan orang-orang lain.

Wednesday, January 6, 2016

Mesjid baru johan setia

Alhamdullilah tadi sempat singgah di mesjid yang baru siap di jalan johan setia.
Teringat dulu2 zaman buat hiway Kesas solat di mesjid lama dekat simpang ke pandamaran.
Kariah2 pun mesra2 belaka.

Semoga terus meriah dengan solat berjamaah.

Friday, January 1, 2016

Selamat tinggal 2015

Semalam adalah hari terakhir 2015.
Aku masih batuk yang sangat kuat. Tak seperti dulu cepat lega. Dah sebotol ubat batuk aku telan. Faktor usia agaknya.

Tahun ini sangat mencabar.
Dapat projek tapi pendek masa dek kerakusan pihak client.
Bersabar sajalah.

Harap 2016 lebih berjaya.

Perpaduan atau tidak

Antara peristiwa tahun 2015 adalah bila dua bos parti melayu terbesar bersama-sama ber ceramah dan berbaju sama warna.
Ianya menimbulkan polemik dan jenaka di media sosial.

Adakah Perpaduan ini real?
Atau masing-masing cuba check mate antara satu sama lain.

Sama2 kita tunggu tahun 2016 nanti.

Laut merah

Bila tengok gambar ni dan kecoh2 di area gebeng, teringat masa buat projek jalan sana. Patutla hydroseeding atau tanam rumput susah nak tumbuh. Ada bauksit rupanya.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...