Tuesday, November 24, 2015

Wali songo dan perkembangan islam di Nusantara

Renungan kembali buku wali songo dengan perkembangan islam dinusantara yg dibeli di The Store Kemaman pada 30.4.2001.

Antara fakta menarik :-

1.  m/s 72 - rebana kercing dipercayai berasal dari parsi yg diperkenalkan oleh peniaga islam yg datang berniaga di di kelantan.

2.  m/s 75 - pernah dinyatakan bahawa agama islam di samudra-pasai pada peringkat permulaan adalah berfahaman syiah kemudian berjaya dihapuskan semasa pemerintahan sultan malikul salleh (1261-1289M) yg bermazhab shafie.

3.  m/s 79 -menurut pendapat terbanyak ahli sejarah bahawa pd tahun 674-684M telah ujud perkampungan orang-orang arab islam di pantai barat sumatera. Mereka adalah pelarian2 dari syiah alawiyah yg melarikan diri dari kekejaman tentera bani umaiyah di damsyik yg dipimpin oleh al-hajjaj yusuf al taqafi.

4.  m/s 82 - pengaruh syiah bertapak di alam melayu nusantara pada lingkungan abad ke 7 masehi.
Mereka adalah pelarian2 dari golongan syiah alawiyyah.
Kedatangan nakhoda khalifah bersama 100 orang syiah alawiyyah ke perlak menambahkan bilangan orang syiah di sumatera. Mereka meninggalkan tanah arab setelah gagal melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan bani abbasiyah yg di perintah oleh khalifah al makmun harun al rasyid(813-833M).
Sekitar abad 9 masehi terdapat catatan yg seorang ulamah syiah zaidiyah dari yaman bernama sulaiman bin abdullah yg tiba di acheh(samudra-pasai) pada tahun 850M.

Kerajaan fatimiyyah di mesir (990-1171M) yg beraliran syiah ismailiyah turut mempengaruhi kawasan sumatera. propaganda golongan ismailiyah ini begitu berjaya dan amat berpengaruh di indonesia sepanjang abad ke 11 dan 12 masehi.

5.  m/s 83 - sebuah lagi negeri di utara sumatera yg mendukung fahaman syiah ialah samudra-pasai iaitu sejak raja pertama meurah giri(1042-1078M) yg bergelar maharaja mahmud syah. Kemudian diperkuatkan dgn kedatangan ulamak sheikh abdullah arif pd 1166M dimana dia meninggalkan sebuah kitab tasauf falsafah yg berbau syiah berjudul 'bahr al lahut'.

Fahaman syiah berjaya dihapuskan tetapi saki baki peninggalan masih di praktik oleh orang melayu sampai hari ini seperti kenduri arwah orang-orang syiah yg disebut Hari Ma'tam.
Sebahagian meresap dlm persembahan adat yg berciri keislaman.

Monday, November 2, 2015

Masih jerubu kah kita

Semenjak kedatangan jerubu, umat islam masih berkhilaf dalam macam2 amalan.
Pertembungan di nusantara sejak akhir kurun ke 19 masih belum ada titik akhir.

Dalam menerangkan balik otak aku, dua buku lama dan baru yang memberikan sejarah tentang hal ini terpaksa di telaah semula.
Buku dari dan tentang prof hamka ini direnung kembali.

Masih kelirukah kita?

Satu perkongsian dan pertanyaan yang baik untuk direnung dan difikirkan dari ustaz shauqi.

Antara Aliran Salafi dan Sufi

Oleh:

Dr Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Dewasa ini, seringkali berlaku pertembungan di antara golongan yang cenderung kepada aliran salafi dengan golongan yang cenderung kepada aliran sufi.

Kadang-kala pertembungan yang berlaku menyebabkan kedua-dua golongan ini saling bermasam muka di antara satu sama lain, yang akhirnya mewujudkan perpecahan yang diharamkan dalam Islam. Situasi ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepada perkembangan ajaran Islam pada zaman moden yang serba mencabar ini.

Sepatutnya umat Islam bersatu dalam menghadapi konspirasi musuh Islam yang sentiasa berusaha memecah-belahkan umat Islam.

Namun, walau apa jua yang diperkatakan dan diutarakan bagi mengatasi kemelut pertembungan di antara sufi dan salafi, terdapat pendokong bagi setiap aliran akan mempertahankan ideologi masing-masing dengan penuh kefanatikan dan ketaasuban terutama bagi pendokong yang menjadi pak turut semata-mata, bukan pendokong yang berilmu!

Sehubungan dengan itu, artikel ini cuba mengupas asal-usul kedua-dua aliran ini untuk meleraikan kekeliruan dan sikap buruk sangka di antara satu sama lain.

Apa Itu Aliran Salafi?

Al-Quran al-Karim dan Rasulullah SAW ketika membicarakan tentang puak, kumpulan atau aliran, banyak menyentuh tentang golongan manusia mukmin, muslim, fasik, kafir dan munafik.

Selepas itu, perpecahan yang ketara dalam kalangan umat Islam telah muncul pada zaman Umawi walaupun bunga-bunga perpecahan sudah mulai dirasa sebelum itu lagi. Antara punca perbalahan dan timbulnya pelbagai aliran dalam kalangan umat Islam adalah berpunca daripada perbincangan ilmu Kalam.

Antara perbalahan dan perdebatan yang dianggap ketara ialah mengenai pemahaman terhadap Asma’ wa Sifat (nama dan sifat) bagi Allah.

Dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat-sifat Allah seperti dalam surah al-Rahman ayat 27 yang bermaksud : ‘dan kekallah wajah tuhanmu...’; surah al-Fath ayat 10 yang bermaksud: ‘...tangan Allah di atas tangan-tangan mereka...’; surah Toha ayat 5 yang bermaksud: ‘Allah bersemayam di atas arasy’, dan lain-lain lagi. Ketika mentafsirkan ayat-ayat sifat ini, terdapat empat kumpulan penting yang membicarakannya:

  1.  Kumpulan yang memahami secara zahir, lalu menyandarkan pada Allah wajah Allah seperti wajah makhluk, tangan Allah seperti tangan makhluk dan sebagainya.

Golongan Mujassimah ini bertambah melampau apabila menyifatkan Allah adalah seumpama makhluk. Hujah golongan ini dapat dipatahkan dengan mudah melalui firman Allah dalam surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud: ‘...Tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya (Allah)...’, dan ayat al-Quran dalam surah al-Ikhlas ayat 1 yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa’.

  2.  Kumpulan yang menafikan terus Sifat Allah . Bagi mereka Allah tidak melihat, tidak bercakap, tidak berkata-kata dan seumpamanya kerana bagi mereka sifat-sifat itu hanyalah sifat makhluk. Kumpulan ini terdiri daripada golongan Jahmiyyah dan sebahagian daripada Mu’tazilah dan Murji’ah.

3.  Kumpulan yang mentakwilkan sifat Allah untuk menyucikan Sifat Allah daripada sifat makhluk. Lalu mereka mentakwilkan sifat Allah, iaitu wajah ditafsirkan sebagai zat; tangan sebagai kuasa dan sebagainya. Kumpulan ini diwakili oleh golongan Asya’irah, al-Maturidiah dan sebagainya. Ia juga dipersetujui oleh al-Fakhrurrazi dan Abu Hamid al-Ghazali.

4. Kumpulan yang menyatakan bahawa mereka beriman dengan ayat-ayat Sifat dan dengan maknanya sekali tanpa menggambarkan dan menyerupakan Allah dengan makhluk. Kumpulan inilah merupakan aliran para sahabat dan jalan golongan salafussoleh pada tiga kurun terawal.

Justeru, persoalannya ialah apakah kaitan pembahagian kumpulan ini dengan aliran salafi?

Apabila berlaku salah faham dalam kalangan masyarakat yang menganggap bahawa mentakwilkan Sifat Allah merupakan jalan dan kaedah yang dipegang oleh para sahabat dan Tabien, maka muncullah Syeikhul Islam Ibnu Taimiah al-Harani (meninggal 728 H) yang menangkis fahaman masyarakat awam ketika itu, dan mengajak masyarakat memahami Sifat Allah dengan kaedah yang difahami oleh golongan salaf.

Maka dari sinilah munculnya nama aliran salafi. Jadi, aliran salafi bukanlah aliran bagi kumpulan tertentu sebaliknya ia lebih merupakan kaedah dan cara untuk memahami teks al-Quran dan Sunnah seterusnya memerangi pegangan sesat puak bid’ah daripada golongan Jahmiyyah, Muktazilah dan Murji’ah yang memahami Sifat Allah dengan cara dan kaedah yang salah (Sila rujuk kitab Bayna al-Salafiyyah wa al-Sufiyyah oleh Zahid Yahya al-Zarqi, cetakan Matba’ah al-Hawadith, Baghdad, 1990, halaman 9-10).

Apa Itu Aliran Sufi?

Para sahabat Rasulullah masing-masing mempunyai keistimewaan dan kecenderungan tertentu. Terdapat para sahabat yang terkenal sebagai orang yang kuat menderma di jalan Allah seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman, dan ada pula yang mempunyai keberanian yang luar biasa seperti Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali.

Ada pula yang menumpukan fokus yang lebih kepada ibadah dan berpuas hati dengan pakaian yang kasar seperti Abu Zar al-Ghifari, Abu Hurairah dan Uthman Bin Maz’un. Ada pula yang menumpukan pada hafazan al-Quran dan sebagainya.

Ringkasnya setiap sahabat mempunyai kecenderungan dan keistimewaan tersendiri dalam kaedah dan cara mendekatkan diri kepada Allah, terutamanya yang berkaitan dengan kerohanian dan jiwa.

Dengan berkembangnya Islam, terdapat dalam kalangan masyarakat yang kurang memberikan perhatian pada islah batin (membaiki dan mendidik rohani) dan zuhud, lalu muncullah mereka yang mengajak ke arah muhasabah diri dan zuhud yang dikenali selepas itu sebagai aliran sufi.

Justeru, sufi bukanlah satu kumpulan yang mempunyai pegangan dan i’tikad khusus yang tersendiri, tetapi ia hanyalah merupakan jalan atau kaedah yang menumpukan pada pengislahan batin dan muraqabah. Berkata al-Qusyairi (meninggal 465 H), golongan ahli sunnah yang mendidik diri dan memelihara hati daripada sifat yang lalai digelar sebagai sufi.

Berkata Ibnu Jawzi: Nama tasawwuf muncul sebelum tahun 200 hijrah... dan ia adalah hasil daripada riadah nafs (latihan jiwa) dan mujahadah untuk menjauhkan akhlak buruk dan menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji seperti zuhud, sabar, ikhlas, benar dan sebagainya. Al-Junaid bin Muhammad telah ditanya tentang tasawwuf, maka beliau berkata: ‘Keluar daripada akhlak buruk dan masuk kepada akhlak sunni’.

Ibnu Khaldun menyebut dalam kitabnya al-Muqaddimah: ‘ilmu tasawwuf merupakan ilmu daripada rangkaian ilmu syara’ .... asalnya ialah jalan yang dipelopori oleh para sahabat dan tabien dan golongan selepas itu yang berpegang kepada kebenaran dan hidayah serta menumpukan sepenuh perhatian pada ibadah dan meninggalkan kemewahan dunia... apabila kecintaan pada dunia mendapat tempat pada kurun kedua hijrah dan selepasnya iaitu apabila masyarakat tertarik dengan dunia, golongan yang mengkhususkan diri mereka untuk ibadah dikenali sebagai sufi....’

Setelah memahami secara ringkas asal-usul aliran salafi dan aliran sufi, maka kita harus bertanya apakah wujud khilaf dan pertembungan di antara kedua-dua aliran ini?

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...