Thursday, June 11, 2015

Perang kuala selangor 2015

Pertempuran kuala selangor baru saja berakhir dengan kecederaan yang amat teruk pada pengamatan aku walaupun ada puak yang tak setuju.
Semua masuk perangkap isu ulamak dan professional yang di lagu-lagukan di merata-rata media samada utama atau sosial. Dari hanya lagu halwa telinga akhir menjadi racun fitnah yang merobekkan satu organisasi.
Kegagalan mengawal dan mengambil tindakan akhirnya menjadi tidak terkawal dan ramai termasuk aku hanya berdoa minta Allah tolong sahaja.
Teringat aku masa pernah ikut di kpg jawa sebelum krisis politik melanda malaya. Pada masa itu aku tak nampak latarbelakang aku yang professional akan menjadi masalah. Malah kami berbangga dengan kepelbagaian latarbelakang yang menjadi kekuatan dalam jamaah.
Sayang sekarang semuanya telah berubah.
Ilmu Allah yang maha luas dan bijaksana tak mampu difahami oleh hamba-hambaNya.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...