Monday, February 23, 2015

Siapakah dia

Hari ini semasa menunggu syakir memperbaharui road tax motor, aku sempat ke laman mesjid sultan dan berjumpa dengan seorang veteran yang sudah menunggu untuk solat zohor.

Semasa kami sedang berborak, datang seorang lelaki  pertengahan umur tapi macam sakit sedikit ingatan dia. rupanya veteren itu dah lama kenal dia termasuk arwah bapanya. Dia juga sudah bersedia dengan pakaian untuk bersolat. Veteran itu memberitahu yang hampir tiap waktu dia datang ke mesjid bila waktu solat. 
Kami bercerita tentang betapa hebatnya dia sedangkan ramai lagi yang sihat tubuh badan dan mempunyai fikiran masih waras tidak solat berjemaah di mesjid.

Aku sampai saat ini masih berfikir.

Kenapa hari ini ditemukan dengan dia?
Siapakah dia sebenarnya?

Allahhuakbar.
Maha suci Allah

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...