Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Thursday, February 26, 2015
kuliah hadis alam maya
ada seramai 200 orang dalam group.
Tuesday, February 24, 2015
Kapal dah nak pecah
Dua kapal dah nak pecah akibat dalaman dan serang hendap dari luar.
Ada macam2 perangai penebuk kapal.
Ada nak jadi bos cepat.
Ada nak harta karun banyak.
Ada gila glamour.
Ada nak tunjuk bagus...Mentang2 lah xxx
Akhirnya menang jadi arang, kalah jadi abu.
Monday, February 23, 2015
Siapakah dia
Siapakah dia sebenarnya?
Sunday, February 22, 2015
Program ceria
Hari ni banyak buat kerja external terutama mengecat balik tembok luar surau.
Mengaji hadis
Kelas pertama di jadualkan pada 29.3.2015.
Gang kl yang akan joint Abi, rahman, wara dan shiha.
Tuesday, February 17, 2015
Dah enam tahun
18.2.2009
18.2.2015
Hari ini sudah enam tahun aku memulakan perjalanan dari klia - bangkok - Vienna dan sampai sarajevo untuk satu tugasan di bosnia.
Dengan pertama kali berhadapan dengan musim sejuk minus 15 degree, aku terasa sangat ketar.
Banyak kenangan yang teringat sampai sekarang.
Tapi rasa kambing bakar masih terliur sampai kini.
Saturday, February 14, 2015
Denggi
Kali ini aku di uji dengan kembar dua diserang denggi. Ini kali pertama dalam keluarga.
Keadaan membimbangkan bila platlet turun dari 166 ke 90.
Tapi Alhamdullilah semalam meningkat sikit ke 94 dan hari ni ke 99.
Harap2 dapat sembuh seperti biasa secepat mungkin.
Selamat tinggal murabi ummah
12.2.2015
Selamat tinggal murabbi ummah.
Pejuang islam sejati.
Tiada lagi nasihat agama dan iman.
Yang tinggal hanya kenang-kenangan.
Apa nak kata lagi. Dah sampai masa tuan agama mengambil balik insan rabbani yang menjadi idola ramai orang.
Terasa sebak dan mengalir airmata di pagi jumaat semasa dalam perjalanan ke bangi mengambil anakanda yang diuji demam denggi.
Friday, February 13, 2015
Rehlah ke sg dua
Alhamdullilah rabu lepas plan ke rumah x engine mania mekanikal hj riduan di sg dua taman alamanda berjaya.
Aku, hj shiha, rahman dan abi dari kawasan tengah. Bermula dengan solat subuh di RnR jejantas dan sarapan dengan Abi sambil menunggu hj shiha sampai. Dengan Nazaria kami ke bukit beruntung exit mengambil rahman terus ke slim river tempat hj aspa.
Setelah selesai solat dzuha kami terus mencari hj aspa dan sekali lagi pekena soto sambil berborak cerita lama. Hj aspa tak dapat ikut kali ni dan kami berempat terus ke penang.
Sampai di taman alamanda pukul 12 tengahari. Alhamdullilah hj duan berjaya mendapatkan durian Sebagaimana janji sebelum ni. Tengah baik tibai durian, rozmey beras sampai dari jitra.hampir lucin durian kami kerjakan.
Selepas solat jamak berjemaah, kali ni ke kedai nasi kandar pulak. Ada sotong goreng garing sedap.
Perut dah kenyang dah mula nak balik.
Tapi sebelum tu kami menginterview hj duang tentang trasformasi diri dia yang sangat menarik.
Selepas pekena kopi di rumah hj duan lagi sekali kami gerak balik dan singgah cari jeruk pulak.
Masa perjalanan giliran abi pulak bercerita. Macam2 cerita. Terasa kejap dan sampai di klang pukul 12 malam.
Sunday, February 8, 2015
Walimah anak malik
Alhamdullilah semalam dapat jumpa kawan2 lama x percon di rumah malik sempena walimah anak perempuan dia.
Mat jamaludin, hisham, pak lah, zainal dan tajul sempat jumpa semalam.
Sebahagian Daripada diaorang sama2 kerja di projek shah alam expressway hampir 18 tahun lalu.
Cepatnya masa berlalu.
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...