Semalam masa sarapan aku berborak dengan tokey kedai nasi lemak abang zek. Entah kenapa tiba2 dia bercerita tentang asal usul dia boleh mula minat berniaga.
Cerita sangat menarik dan memberi inspirasi. Aku patut dengar cerita2 yang macam ni sepuluh tahun lalu. Harap2 belum terlambat.
Dia mulanya kerja sebagai kerani di pejabat pkns di tahun 70an. Semasa berkerja disitu dia bertembung dengan seorang peniaga buah nenas cina yang pergi membeli rumah. Apa yang dia terkejut adalah cina itu tiada masalah nak bagi deposit dan membayar duit beli rumah walaupun cara pakaian dia nampak macam bukan orang yang berduit.
Setelah dia bercerita dengan peniaga itu dan pergi melihat dia berniaga didapati dia hanya menjual buah nenas dipotong.
Dan yang lagi menarik lagi buah nenas ada yang diambil dari ayahnya di meru.
Setelah melihat bagaimana cara berniaga, dia mengambil keputusan berhenti dan berniaga air tebu. Selepas itu dia menjual beberapa makanan lain termasuk pasar malam sebelum berniaga nasi lemak dan lontong di tempat sekarang.
Nampaknya dia tak menyesal langsung dengan keputusannya dulu.
Akhir sekali dia menasihatkan aku yang bukan senang nak senang.