Semalam semasa singgah di surau untuk jamak dan qasar zohor dan asar aku sempat bercerita dengan seorang tua.
Selepas bercerita mengenai hal2 semasa dan beberapa hadis dan tauladan, aku terus bertanya tentang hal peribadi orang tua itu yang menyebabkan dia terdampar di surau tersebut.
Dia berasal dari india utara, uttar pradesh. Kemudian dia ke singapura untuk berkerja dari tahun 1952 hingga 1998. Kemudian setelah taukehnya meninggal, dia ke malaya dan telah memilih untuk tinggal di mesjid selama lapan tahun. Selepas pengurusi mesjid meninggal, dia di bawa ke surau ini dan tinggal di situ selama lagi empat tahun.
Kemudian dengan rasa sedih dia memberitahu akan berpindah lagi sebab pengurusi surau telah bertukar dan yang baru kurang menyenangi.
Begitulah cerita orang tua itu yang menyebabkan aku terfikir banyak perkara.