Bulan mulia tiba lagi.
Harap2 tahun ni lebih baik dari sebelumnya
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Semalam semasa singgah di surau untuk jamak dan qasar zohor dan asar aku sempat bercerita dengan seorang tua.
Selepas bercerita mengenai hal2 semasa dan beberapa hadis dan tauladan, aku terus bertanya tentang hal peribadi orang tua itu yang menyebabkan dia terdampar di surau tersebut.
Dia berasal dari india utara, uttar pradesh. Kemudian dia ke singapura untuk berkerja dari tahun 1952 hingga 1998. Kemudian setelah taukehnya meninggal, dia ke malaya dan telah memilih untuk tinggal di mesjid selama lapan tahun. Selepas pengurusi mesjid meninggal, dia di bawa ke surau ini dan tinggal di situ selama lagi empat tahun.
Kemudian dengan rasa sedih dia memberitahu akan berpindah lagi sebab pengurusi surau telah bertukar dan yang baru kurang menyenangi.
Begitulah cerita orang tua itu yang menyebabkan aku terfikir banyak perkara.
Ambik kau inglatera.
Dua kali kaloh.
Jangan dok perasan baguih. Silap2 dengan costa rica pun bungkuih
Sempena walimah anak rashid Arma, kami berkesempatan untuk mini reunion geng 84 di air tawar sabak. Walaupun hampir 2 jam dari shah alam dengan mat Dee, berbaloi rasanya.
Antara lain yang hadir selain aku dan mat Dee, ku Ai dan wifey, budin kuder, azham, kerol, chon, suhairi, julai, amran J, Azang serta pak aint dari johor dan pak darq dari temerloh.
Bravo lah geng
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...