Sunday, December 9, 2012

serangan jantung

tadi aku sempat melawat sahabat yang sama-sama menjadi hujjaj tahun lepas.
dia kena serangan jantung dengan tiga saluran tersumbat.
satu saluran seratus peratus, kedua sembilan puluh peratus dan ketiga enam puluh peratus.
serangan ini dikira serangan maut kalau lambat dan faktor umur lebih lima puluh tahun.
alhamdullilah umur dia masih panjang dan tuhan masih mahu dia di mukabumi ini.

pengajaran yang dibagitau kat aku adalah jaga makan dan jaga stress.
faktor genetik tak membantu aku.

jaga stress alhamdullilah aku dah ada kaedahnya. tapi jaga makan aku masih gagal. tadi masa timbang berat badan masih 107 kg.

a long way to go but i only have limited time.

moga solat malam dapat membantu aku. inshallah

buku baru

Arrive 22.2.2025 Mula tengok buku ini aku tertarik dengan dua benda yang berkaitan dengan hidup aku. Pertama klang. Klang ada te...