hari isnin baru tiba-tiba handpone berbunyi dan bila aku angkat, suara si kecik si jinjang yang talipon.....
si jinjang : assalamualaikum bapak.
bapak kerja ke? boleh tanya sikit
bapak : kerja. boleh tanya. apadia?
si jinjang : macamana bapak melamar mak?
bapak : apadia? rahsia la. pi tanya mak la
si jinjang : mak kata rahsia jugak
bapak : ada apa lagi?
si jinjang : itu ajer. bye....
entah apahal macamana budak darjah dua boleh tanya soalan macam tu. abang dan kakak dia pun tak pernah tanya.
pengaruh TV ka internet ka apa......
bila dia dah besar dan tanya lagi, apa pulak aku nak jawap nanti....
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
bekam
lanjutan dari bateri habis, aku memang betul-betul penat.
dah tak tau macamana nak buat, teringat booth bekam kat giant minggu lepas. munkin ini ada jawapannya.
selepas urut untuk check apa masalah, nampaknya aku kena overhaul.
lima puluh point untuk sessi pertama setelah empat puluh lima tahun.
ini baru start tapi yang satu kat ujung dah naik banyak.
dah hampir maksimum.macamana rupanya? gambar tak sempat ambil tapi ianya macam air cincau warna hitam.
harap-harap Allah makmulkan doa aku untuk sentiasa sihat dan dapat beribadat dengan selesa dan sempurna
Tuesday, December 25, 2012
dah limabelas tahun
tarikh duapuluh lima desember setiap tahun akan sentiasa aku ingat.
ia adalah hari dimana bapa ku telah pergi mengadap pencipta untuk selama-lamanya. sudah limabelas tahun rupanya hari ini.
pada hari itu aku berkerja walaupun cuti sebab ummi dan anak-anak balik ke ganu.
bersama adiknya yang juga telah meninggalkan kami di hari raya yang terakhir.
hanya doa yang dapat aku pohon selalu....al fatihah
Monday, December 24, 2012
gathering xjenan
empat tahun lalu puak-puak xjen 5 generasi telah berjaya membuat perjumpaan setelah sekian lama tak pernah berjumpa di KGPA petaling jaya. menerusi FB semuanya jadi kenyataan dengan sokongan beberapa individu kental tanpa ada bantuan organisasi mana-mana.
video oleh junior aku mat jais dibawah ni lagi membawa aku mengingat event ini setiap 25th december.....
Friday, December 21, 2012
Thursday, December 20, 2012
habis bateri
minggu ni macam marathon rasanya.
baru saja aku charge balik cuti kat ganu terus rasa macam lemah giler.
selasa dari klang ke batu pahat. petang terus ke JB. bermalam sana.
pagi meeting, petang balik batu pahat. tidor kat evergreen yang dah hampir dua minggu aku tinggalkan.
jumaat ada meeting di melaka, jadi aku ambik keputusan untuk blah dari batu pahat ke ayer kroh.
bermalam di hotel ni terkenang bila aku mula ke melaka, tak ada orang layan ( atau tolong ) duduk di sini dua malam.
dengan rm 150 aku rasa teruk benar hotel ni. internet tarak ( kata melaka canggih ), tv 1 suku saja yang terang.
nasib..nasib...

mesjid punggur
tadi atas sebab hendak menengok kekemasan kerja tiling bakal subcon aku terpaksa aku ke mesjid ni yang berada antara batu pahat dan pontian.
mesjid baru, cantil dan kemas.
tapi entah kenapa aku sangat sayu dan sebak bila mengangkat takbir untuk solat zuhur bersama dengan makmum. dah lama perasaan macam ini tak muncul .
subhanallah...subhanallah

Tuesday, December 18, 2012
balik ganu
balik ganu baru sempat singgah mesjid yang baru di renovate di cendering.
ada homestay jugak situ untuk orang singgah dan rehat. sewa berapa tak diletak pulak
jeti ke pulau kapas ditutup rupanya bulan desember ni. melepas lagi
suasana pagi di muara sg marang
mesjid rhu rendang
jln B Batu
sebelum cuti aku ke JB lagi.
kerja la apa lagi. sampai-sampai saja hujan. jalan yang aku nak lebarkan tu penuh air sampai kereta kena pusing balik.
satu lagi kerja mencabar menunggu nampaknya
ada satu surau dekat jalan tu.walaupun nampak macam geng veteran saja tapi tersusun nampaknya
Monday, December 10, 2012
balik ganu
setelah setahun sejak balik haji aku belum lagi balik ganu.
setahun orang kata lama. tapi aku ....entahlah.
asyik sebok kerja..kerja...yang tak pernah selesai.
hari ni balik ganu....
nasik dagang, keropok lekor la.
setahun orang kata lama. tapi aku ....entahlah.
asyik sebok kerja..kerja...yang tak pernah selesai.
hari ni balik ganu....
nasik dagang, keropok lekor la.
Sunday, December 9, 2012
projek kebun
sambungan projek kebun depan rumah.
dah di buang rumput baru ada gaya.
ada pokok mata kucing dan serai.
solat hajat
malam jumaat baru ni aku sempat ikut solat hajat dan doa selamat di kpg melayu air manis, kulai.
selesai majlis ada makan biryani dan durian....
celaka
ini berita beberapa hari lalu.
tadi aku baca berita yang berkaitan berita tu ada yang tak kena.
celaka..!!! celaka...!!!
serangan jantung
tadi aku sempat melawat sahabat yang sama-sama menjadi hujjaj tahun lepas.
dia kena serangan jantung dengan tiga saluran tersumbat.
satu saluran seratus peratus, kedua sembilan puluh peratus dan ketiga enam puluh peratus.
serangan ini dikira serangan maut kalau lambat dan faktor umur lebih lima puluh tahun.
alhamdullilah umur dia masih panjang dan tuhan masih mahu dia di mukabumi ini.
pengajaran yang dibagitau kat aku adalah jaga makan dan jaga stress.
faktor genetik tak membantu aku.
jaga stress alhamdullilah aku dah ada kaedahnya. tapi jaga makan aku masih gagal. tadi masa timbang berat badan masih 107 kg.
a long way to go but i only have limited time.
moga solat malam dapat membantu aku. inshallah

nasi bumbu JB
minggu lepas masa ke JB, aku sempat ke restoren atas untuk pekena nasi bumbu.
nasi dalam buluh dan masak ayam.
bolehlah rasanya tapi agak mahal
Saturday, December 8, 2012
samsung glax note
aku tiba-tiba gilakan samdung note 2 macam kat atas tu.
sebab susah sangat aku nak update blog ni dengan BB.
tapi nak cari yang murah ja. kena la cari DG kot.
tapi blackberry akan terus ada sampai hancur..........
Friday, December 7, 2012
durian sg suloh, batupahat
alhamdullilah musim durian kali ni aku sempat di jemput makan durian di kpg mentua pak sheh di sg suloh untuk merasa duria kampung sini.
berbaloi memang best......
Subscribe to:
Posts (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...