Sunday, January 15, 2012

saat yang paling diingati

ada seorang sahabat telah bertanya, apakah saat yang paling dikenang semasa melakukan haji dan kenapa?

susah nak jawap pertanyaan ini sebab keseluruhan perjalanan haji sangat menarik dan menginsafkan.
jawapan singkat untuk sahabat tersebut adalah masa tiga hari sebelum wukuf di masjidil haram dan pada hari wukuf itu sendiri.
pada masa itu yang ada hanyalah perasaan berdosa dan meminta agar dosa-dosa aku selama ini diampunkan oleh tuan agama. hal-hal lain semacam tiada lagi dalam kamus hidup aku. airmata mengalir terus menerus tanpa dipaksa-paksa. kesedihan yang tak dapat nak dijelaskan dengan perkataan. dan sampai sekarang kesedihan saat itu terbayang-bayang.
salah satu spot di mesjid haram yang menjadikan aku sangat kerdil dan rasa macam mahu duduk disitu selama-lamanya.
manakala saat pada hari wukuf keadaan semakin sayu bila waktu solat zohor bermula. walaupun kami duduk di tepi laluan tempat orang lalu-lalang tapi aku tak dapat menahan kesedihan. biarkanlah orang nak kata apa pun. hanya dengan tuhan tempat meminta ampun di tempat yang sangat mustajab doanya.
ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang.
Lindungilah aku dari membuat disa kepadaMu.  

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...