Friday, December 30, 2011

kawan baru

haji bukan rupanya bukan sekadar menjalankan ritual yang diwajibkan tetapi melibatkan kawan-kawan baru yang kita hanya jumpa di tanah suci. aku ditemukan dengan lima kawan baru sepanjang 45 hari di tanah suci dimana satu berpisah bila kami tiba di mekah. di madinah kelima-lima kami berada di hotel haram bilik 1227. manakala di mekah hotel janadriah.           
sebelah kiri haji aris dari meru.asal melaka. umur dah 54 tahun. ada sorang anak yang dah besar. chief supervisor di kilang. seorang yang paling skima dan menepati waktu. kesian dia duduk dengan kami yang lain yang kaki ad-hoc. 

ni haji gani.orang ipoh dok di port klang. dah pencen tapi masih kerja di jabatan laut. anak dua orang. x-sailor yang tahan lasak, boleh berada di mesjid hingga tiga atau empat waktu terus menerus.
kesian dia terpisah dengan kami tapi selalu singgah dan lepak bilik kami di janadriah.
haji shahron yang paling muda.baru empat puloh tahun. asal penang .pernah dok di area klang jugak. anak dua. satu-satunya yang pernah bersekolah  agama antara kami semua. dah berhenti dari kerja dengan industri aviation dan sekarang buat bisnes sendiri.
haji hasini. asal melaka.sekarang dok di batu belah, kelang. x-tentera laut. ada dua anak. pun buat bisnes sendiri. seorang yang tegas.al maklumlah pernah jadi pengajar askar-askar baru.
aku. belajar sekolah sekular SBP. kerja dengan kontraktor sejak abih universiti sampai sekarang. banyak sangat dosa dalam construction industri. hanya doa emak dan tuhan saja yang selamatkan dari hancur lebur.
kawan-kawan di tanah suci adalah salah satu ujian. silap urus boleh rosak ibadat haji. alhamdullilah tuhan berikan aku kawan-kawan yang macam di atas yang baik, bertimbang rasa dan tiada masalah langsung sepanjang di sana. kuncinya sentiasa berdoa dan menerima kelebihan dan kekurangan sesama kita.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...