Friday, December 30, 2011

kawan baru

haji bukan rupanya bukan sekadar menjalankan ritual yang diwajibkan tetapi melibatkan kawan-kawan baru yang kita hanya jumpa di tanah suci. aku ditemukan dengan lima kawan baru sepanjang 45 hari di tanah suci dimana satu berpisah bila kami tiba di mekah. di madinah kelima-lima kami berada di hotel haram bilik 1227. manakala di mekah hotel janadriah.           
sebelah kiri haji aris dari meru.asal melaka. umur dah 54 tahun. ada sorang anak yang dah besar. chief supervisor di kilang. seorang yang paling skima dan menepati waktu. kesian dia duduk dengan kami yang lain yang kaki ad-hoc. 

ni haji gani.orang ipoh dok di port klang. dah pencen tapi masih kerja di jabatan laut. anak dua orang. x-sailor yang tahan lasak, boleh berada di mesjid hingga tiga atau empat waktu terus menerus.
kesian dia terpisah dengan kami tapi selalu singgah dan lepak bilik kami di janadriah.
haji shahron yang paling muda.baru empat puloh tahun. asal penang .pernah dok di area klang jugak. anak dua. satu-satunya yang pernah bersekolah  agama antara kami semua. dah berhenti dari kerja dengan industri aviation dan sekarang buat bisnes sendiri.
haji hasini. asal melaka.sekarang dok di batu belah, kelang. x-tentera laut. ada dua anak. pun buat bisnes sendiri. seorang yang tegas.al maklumlah pernah jadi pengajar askar-askar baru.
aku. belajar sekolah sekular SBP. kerja dengan kontraktor sejak abih universiti sampai sekarang. banyak sangat dosa dalam construction industri. hanya doa emak dan tuhan saja yang selamatkan dari hancur lebur.
kawan-kawan di tanah suci adalah salah satu ujian. silap urus boleh rosak ibadat haji. alhamdullilah tuhan berikan aku kawan-kawan yang macam di atas yang baik, bertimbang rasa dan tiada masalah langsung sepanjang di sana. kuncinya sentiasa berdoa dan menerima kelebihan dan kekurangan sesama kita.

Tuesday, December 27, 2011

perjalanan yang menjadi kenangan

kami bertolak dari klang-kompleks kelana jaya -KLIA-jeddah -madinah bermula 4 oktober 2011. dihari kedua anak-anak kembar aku mengambil peperiksaan PMR.
tiba di lapangan terbang jeddah pada waktu hampir magrib. alhamdullilah urusan imegresen baik sekali. satu pengenalan positif kepada saudi arabia yang terkenal dengan macam-macam kerenah.
lepas isyak, kami menaiki bas ke madinah dan sampai sejam sebelum waktu subuh.
lama juga perjalanan. tapi sebab ianya waktu malam dan sangat letih, maka tidur sajalah sepanjang perjalanan walaupun tempat duduk sempit.

Monday, December 26, 2011

ujian haji

sambung balik pasal haji.
rupa-rupanya ujian haji aku sebenarnya bermula bila aku daftar di tabung haji. masa tu masih di gebeng. lepas tu kena pergi india, balik ke gong kedak, berhenti dan kerja balik dan ke bosnia. kemudian ke melaka. banyak yang aku lalui sepanjang itu. cerita lain kali ja lah terutama masa nak daftar, kena campurtangan mak aku kat kampung. argghh betapa gelap dan jahilnya jiwa.
sebelah kanan ini adalah surat tabung haji yang mengesahkan panggilan ke tanah suci. dari 4 oktober hingga 17 november 2011.
sebelum tu pasal haji perdana di mesjid shah alam.
kali pertama dalam sejarah  tidur di mesjid.kalau sebelum ni tidur di puduraya pernah la rasa sebab tiket nak balik raya dah abis.

mencuba ihram untuk kali pertama juga.

Wednesday, December 7, 2011

masih terasa

dah hampir dua bulan aku tinggalkan blog ini kerana menyambut panggilan yang sangat penting dalam hidup aku.
hari ini 8 december rupanya dah tiga minggu aku sampai dari tanah suci.
berbagai-bagai perasaan dan gelodak jiwa sejak balik.
connection kepada tuan agama masih terasa seperti masa di sana. perasaan berdosa dan bertaubat masih ada dan kadangkala menjadi sayu yang teramat sangat bila terdengar zikir munajat di astro oasis atau alhijrah.

ya allah, kekalkan perasaan ini sampai bila-bila dan aku tak sabar untuk ke sana lagi.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...