Friday, December 30, 2011

kawan baru

haji bukan rupanya bukan sekadar menjalankan ritual yang diwajibkan tetapi melibatkan kawan-kawan baru yang kita hanya jumpa di tanah suci. aku ditemukan dengan lima kawan baru sepanjang 45 hari di tanah suci dimana satu berpisah bila kami tiba di mekah. di madinah kelima-lima kami berada di hotel haram bilik 1227. manakala di mekah hotel janadriah.           
sebelah kiri haji aris dari meru.asal melaka. umur dah 54 tahun. ada sorang anak yang dah besar. chief supervisor di kilang. seorang yang paling skima dan menepati waktu. kesian dia duduk dengan kami yang lain yang kaki ad-hoc. 

ni haji gani.orang ipoh dok di port klang. dah pencen tapi masih kerja di jabatan laut. anak dua orang. x-sailor yang tahan lasak, boleh berada di mesjid hingga tiga atau empat waktu terus menerus.
kesian dia terpisah dengan kami tapi selalu singgah dan lepak bilik kami di janadriah.
haji shahron yang paling muda.baru empat puloh tahun. asal penang .pernah dok di area klang jugak. anak dua. satu-satunya yang pernah bersekolah  agama antara kami semua. dah berhenti dari kerja dengan industri aviation dan sekarang buat bisnes sendiri.
haji hasini. asal melaka.sekarang dok di batu belah, kelang. x-tentera laut. ada dua anak. pun buat bisnes sendiri. seorang yang tegas.al maklumlah pernah jadi pengajar askar-askar baru.
aku. belajar sekolah sekular SBP. kerja dengan kontraktor sejak abih universiti sampai sekarang. banyak sangat dosa dalam construction industri. hanya doa emak dan tuhan saja yang selamatkan dari hancur lebur.
kawan-kawan di tanah suci adalah salah satu ujian. silap urus boleh rosak ibadat haji. alhamdullilah tuhan berikan aku kawan-kawan yang macam di atas yang baik, bertimbang rasa dan tiada masalah langsung sepanjang di sana. kuncinya sentiasa berdoa dan menerima kelebihan dan kekurangan sesama kita.

Tuesday, December 27, 2011

perjalanan yang menjadi kenangan

kami bertolak dari klang-kompleks kelana jaya -KLIA-jeddah -madinah bermula 4 oktober 2011. dihari kedua anak-anak kembar aku mengambil peperiksaan PMR.
tiba di lapangan terbang jeddah pada waktu hampir magrib. alhamdullilah urusan imegresen baik sekali. satu pengenalan positif kepada saudi arabia yang terkenal dengan macam-macam kerenah.
lepas isyak, kami menaiki bas ke madinah dan sampai sejam sebelum waktu subuh.
lama juga perjalanan. tapi sebab ianya waktu malam dan sangat letih, maka tidur sajalah sepanjang perjalanan walaupun tempat duduk sempit.

Monday, December 26, 2011

ujian haji

sambung balik pasal haji.
rupa-rupanya ujian haji aku sebenarnya bermula bila aku daftar di tabung haji. masa tu masih di gebeng. lepas tu kena pergi india, balik ke gong kedak, berhenti dan kerja balik dan ke bosnia. kemudian ke melaka. banyak yang aku lalui sepanjang itu. cerita lain kali ja lah terutama masa nak daftar, kena campurtangan mak aku kat kampung. argghh betapa gelap dan jahilnya jiwa.
sebelah kanan ini adalah surat tabung haji yang mengesahkan panggilan ke tanah suci. dari 4 oktober hingga 17 november 2011.
sebelum tu pasal haji perdana di mesjid shah alam.
kali pertama dalam sejarah  tidur di mesjid.kalau sebelum ni tidur di puduraya pernah la rasa sebab tiket nak balik raya dah abis.

mencuba ihram untuk kali pertama juga.

Wednesday, December 7, 2011

masih terasa

dah hampir dua bulan aku tinggalkan blog ini kerana menyambut panggilan yang sangat penting dalam hidup aku.
hari ini 8 december rupanya dah tiga minggu aku sampai dari tanah suci.
berbagai-bagai perasaan dan gelodak jiwa sejak balik.
connection kepada tuan agama masih terasa seperti masa di sana. perasaan berdosa dan bertaubat masih ada dan kadangkala menjadi sayu yang teramat sangat bila terdengar zikir munajat di astro oasis atau alhijrah.

ya allah, kekalkan perasaan ini sampai bila-bila dan aku tak sabar untuk ke sana lagi.

Thursday, September 29, 2011

raya gathering /Hitea jenan 84 di holiday villa

sabtu 24 september baru-baru ni geng kami xjenan84 berjaya untuk dua tahun berturut-turut mengadakan majlis perjumpaan sempena raya.
di buat di tempat sama macam tahun lepas di holiday villa subang. nampaknya tempat ni macam serasi dengan group kami.
ada juga muka baru yang muncul kali ni.

nampaknya ramai bekas rakan sekelas aku 5sc 1 yang muncul.

yang ni sanil. jumpa tahun 2003 dulu lepas tu hilang. masih kekal dengan imej botak licin.





suhairi dan julai. julai muncul setelah sekian lama.kali terakhir reunion kat penang.

menu aku hari tu


















 chon datang juga walaupun macam tak jadi
 mat dee sampai jugak dari changloon. walaupun tak berani komfom sebelum tu.
sebelah tu samsidar yang pertama kali muncul dalam acara perjumpaan kitaorang walaupun duduk kat shah alam saja.
nampaknya depa tak ingat aku sapa dan aku ingat nama saja.
 atara pasangan sama batch. ku ai dan diah. amboi nak dok dekat-dekat juga.
orang yang dok kat kuching siti yang ditengah-tengah juga sampai.
mat noq orang kuat tersengeh dengaq autar pak ku.
 antara ladies yang hadir.
cek tee, aishah dan aziah
 noq, chon dan dee
 dee dan pak ku



 aishah, kami tumpang guna nama dia book sini.


 mat daus samapi juga walaupun anak kecik buat hal.
still productive at 44. tahniahhh......satu bini saja

 hanny yang terpaksa balik awai. entah apahal.....??????

 ladies termasuk satu junior
 pak ku menyibuk jugak.
ada satu junior jugak sampai

santai lepas abih majlis.tunggu nak balik.

akhirnya panggilan itu datang juga

 setelah enam tahun mendaftar dan menunggu, akhirnya panggilan tuan agama datang juga kepadaku dan isteri.
sungguh berbaloi penantian ini walaupun semasa mendaftar dulu aku tidak nampak macamana hendak mengharungi kursus dan menghadapi persiapan. setiasa ketidakcukupan simpanan tabung juga dulu sangat sukar menjadi sangat mudah bila aku dengan redzanya ke bosnia.
tapi dengan kuasaNya, semuanya jadi semakin terang dan mudah. perpindahan tidak dirancang di saat akhir ke tempat kerja baru juga sangat banyak membantu.

semoga segala-galanya tidak sia-sia dan kami dapat megharungi dengan penuh kesabaran dan keinsafan.
 YA, ALLAH KURNIAKAN KAMI HAJI YANG MABRUR. AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA KAMI. BAGILAH KAMI KESABARAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN-UJIANMU. DAN JADIKANLAH KAMI MANUSIA YANG SOLEH DAN BERIMAN YANG SENTIASA MENGHARAP KEREZDAANMU BILA BALIK NANTI.....

gambar-gambar semasa kursus haji perdana di shah alam.

Tuesday, September 13, 2011

raya 2011 - klang - marang III

 sambungan.
ni cerita masa raya dan masa balik.





mesjid batu buruk
kat cendering masa nak balik











makan laksam di rumah saudara
bermain-main di pantai marang
 beli keropok masa nak balik dekat kuala ibai
 dah sampai klang, masak apa yang ada
 kota warisan di water front kat kpg cina kuala terengganu
laksam lagi....
 LPT dari ajil ke bkt besi.

bila la nak sia dari kuantan ke ajil ni...2014?
dengar cerita kontraktor dah nak tukar tapi yang ganti tak tau sapa lagi...........
memang lagi sekali aku balik ganu struggle la dari bkt besi, jabor ke kuantan.
 pemandangan masa pegi ke rusila
ketupat ganu. betina ja semuanya......
 depa goreng pulak ketupat ni....
 entah apa budak-budak ni dok kerjakan.
habisla anak-anak ketam tu

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...