Sunday, April 25, 2010

akhirnya.......tapi selepas ni...?????

selepas berminggu-minggu berhempas-pulas, tembak menembak,bom mengebom, maka inilah keputusannya..........

lepas ni ramailah pakar-pakar resmi dan tak resmi akan memberi ulasan-ulasan mereka....



tapi adakah BN kembali dilandasan sebenar?
adakah dengan turunnya projek, berbagai janji-janji maka pengundi memberi sedikit harapan?
atau adakah ianya peluang terakhir ke atas batu nisan mereka?
atau pergolakan lagi hebat akan terjadi selepas ni antara komponen2 mereka?

macamana pulak dengan PR?
adakah sudah merosot dan akan bungkus pada PTU 13 nanti?
adakah ubat pahit ini akan menyembuhkan mereka sebelum PRU 13 nanti?

Monday, April 19, 2010

lompat lagi.......

sekor lagi katak melompat malam nie.........

gara-gara bengang ka gara-gara fulus ka, hanya dia yang tahu.....

nilah bila nak berpolitik tarak ilmu....harapkan semangat tah apa-apa........



baik kau belah hati sendiri kasi buang yang busuk-busuk tu.......

Sunday, April 18, 2010

berpetualang ke acheh

akhirnya aku jumpa juga buku ni kat pesta buku PWTC baru-baru ni setelah lama mencari.....

walaupun berbentuk novel dan pengembaraan penulis mencari siapa dia, tapi beberapa fakta dan teori dalam ni sangat mencabar otak aku terutama tentang manipulasi beberapa pihak tentang islam nusantara berabad-abad yang lalu.

lagi-lagi setelah seorang kawan lama mengajak melihat posting 'the arrivals' di youtube.
melihat zaman nusantara dahulu dan serta memikir zaman akan datang tentang pertembungan baik dan jahat sebelum hancurnya dunia tipudaya ke dunia kekal abadi.












Friday, April 16, 2010

buat malu geng ja

apala kontraktor nie.......

BUAT MALU GENG JA LA.....!!!!! dah public listed pulak tu.....

ada ka tinggal macam ni. dah lebih dua minggu aku lalu jalan ni, dok macam tu jugak....

nanti aku sebut jalan mana, kontraktor mana, marah pulak !!!!

tak habis lompat lagi ka......

rupanya ada sekor lagi..........tunggu timing baik ja brader

baru kena buang jadi exco, dah nak lompat...........

kat kolam sebelah sana tak ada apa-apa nak sapu ker...????


kaka... sedang membaca kenyataan yang diberi oleh raja katak malaya..............

dulu paper ulu kat baling pun tak nak boh gambaq hang......skrg dah masuk buletin meloya utama lak......

lepas ni kena cucuk bun... la......

Saturday, April 10, 2010

islam di poland

mufti poland visit malaya appear in newspaper, NST few weeks ago.

this visit show how universal islam are as much as i seen at bosnia few month ago.


mongol / tartar muslims bring islam as far as to poland and other europe part, how about muslim malay like us?

makan...ohhh...makan......

bila tengok meka depan the star ari ni....aarrgghhh....orang-orang malaya kuat makan !!!

dulu tok-tok dan bapa aku buat bendang memang kena makan kuat.......
la kerja kat opis pun makan kuat...hahahahah

aku dulu masa kerja kat projek site memang makan kuat, asyik lapar jer........tapi bila kat opis ni, nak makan kuat jugak......aduuhhh....

tengok mamat ni....


tengok ni.......


ni kira-kira kalori yang depa kita.....



JANGAN MAKAN BERLORI-LORI WOI....!!!!!!!!

halam haram ni memang kena kira walaupun sikit

pagi tadi aku pegi ke pasar tani kat off jalan uganda sini.
yang aku nak cerita ni pasal seorang mamat yang jual buah pelam.
bila tengok kami pun berkenan nak beli dan pilih la untuk ditimbang.

harga yang di letak situ rm 2 per kilo. bukan nak cerita pasal mahal murah ka apa....

bila timbang tak cukup dua kilo. dia suruh tambah lagi dua biji. kitaorang pun ambik lagi dua biji dan boh kat penimbang. ada sikit lagi tak cukup, tapi sikit sangat la. kalau utara nun sana depa kata 'hun' la kot.

dan mamat tu kata okeylah ni. dia pun bungkus

dalam dok pikir nak ceramah tak ceramah, aku pun belah. kira silap la.

bila dah jauh.tiba-tiba terfikir dan berkata kat orang sebelah aku, kalau macam ni meniaga, pupusla mamat ni tak lama lagi.
munkin hadis nabi pasal timbangan tu tak sampai kat dia atau dia memang buat-buat tak endah.

kitaorang pun belah sambil fikir apalah salahnya peniaga tu bubuh sebiji lagi. memang pada zahirnya dia akan lebih dari timbangan tapi berkatnya dan balasan yang tuhan bagi nanti tak siapa yang tahu..................

kenapa tak sekarang...?????

cadangan apa yang kau bagi ni pak menteri?

kenapa nak tunggu convert, pastu mati, pastu mahkamah........

kenapa tak sekarang kita bagitau non-muslim kat malaya ni pasal islamic law?
biaq paham dan paham dan paham........



kalau dah paham ( kecuali yang buat-buat tak paham ! muslim pun ramai camni ), tak payah gaduh-gaduh, berebut sana-sini

kita terima, depa terima

make them understand didnt mean we want to force them to convert.......

Thursday, April 8, 2010

jaga-jagalah......

apa yang 'yes' tu...????




jaga-jagalah.............setakad nak bincang boleh kira la tapi jangan sampai nak ubah sana-sini.

jangan ada yang dalam committee nak pusing asyik islam ja yang salah la, tak demokrasi la, tindas pompuan la......dah tah apa-apa idea satanic depa

Tuesday, April 6, 2010

sapa punya kerja...????

tengok berita ni.....

dah berpuloh kali aku tengok kat suratkhabar !!! balik melayu, english...kali ni sinarharian pulak...

apahal jalan sesak sini tak buleh selesai ??? salah bandaran klang? salah polis trafik? ya ka?

jangan dok salahkan bandaran atau polis.............

sapa yang kaki komplen bila bandaran dan polis ambik tindakan....!!!!!!
ada sapa-sapa ambik tau? ada penulis ni tulis apa-apa?
ni cerita lama la brader !!!


tengok ni gambaq yang aku ambik hari sabtu yang lepas...!!!!!

sapa yang selalu suka parking kat atas jalan..??? ada orang kata tak cukup parking, betui ka?

sapa yang komplen bila ada saman kat kereta-kereta ni?? sapa..??? ADA LA !!!!

patutla geng-geng ni naik lemak..!!!


SAMPAI BILA KITA NAK MACAM NI? YANG SALAH TETAP SALAH........

KALAU YANG SALAH JADI BETUL, APA NAK JADI MALAYA NI...!!!!!

Sunday, April 4, 2010

senangkah membina generasi al-quran..????

tadi semasa melawat dan singgah untuk solat asar kat sekolah hafiz klang aku dapati sebahagian kecil pelajar sangat mengecewakan aku.

walaupun pihak sekolah ini berkerja keras untuk menjayakan projek membina generasi al-quran untuk masa hadapan tetapi dalam banyak-banyak itu ada sedikit yang pada aku tergelincir.

latihan-latihan bersama al-quran dan kelihatan tidak masuk dalam jiwa sebahagian kecil anak-anak itu.
ada yang melengah untuk ambil wuduk dan solat sehingga ada yang tak dapat menyertai jamaah.
ada yang tunggu sampai pak imam nak ruqu' baru dia masuk .
bila dah habis solat ada yang terus sembang dengan kawan sebelah sehingga tidak menghiraukan zikir-zikir yang dibacakan oleh imam.

itulah sebahagian kecil perangai anak-anak di situ, padahal kedudukan solat adalah sangat tinggi disisi tuhan. tentu pak ustaz diaorang selalu pening kepala.

bagaimanakah harapan kita untuk yang di luar sana..????

adakah sesukar masa zaman-zaman sekular aku dulu..????

sebahagian kawasan tempat mereka meneruskan perjuangan membina generasi yang dicita-citakan.......

ayuh anak-anakku, kuatkan semangat kalian ...!!!!!!

Thursday, April 1, 2010

peluang apa lagi yang korang nak...?????

amboi....amboi.........minta peluang lagi....!!!!!!


PELUANG APA LAGI YG KORANG NAK..........

DAH 50 TAHUN TAK CUKUP LAGI KE KORANG NAK SAPU, NAK JAHANAM KAN,
NAK MASUKKAN KE DALAM TEMBOLOK KORANG...!!!!!!!!



balik tengok cermin la.........

soryyla anak-anak , bapamu ni dah tak tau macamana nak kata elok-elok lagi kat puak-puak ni...!!!!

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...