pagi tadi aku pegi ke pasar tani kat off jalan uganda sini.
yang aku nak cerita ni pasal seorang mamat yang jual buah pelam.
bila tengok kami pun berkenan nak beli dan pilih la untuk ditimbang.
harga yang di letak situ rm 2 per kilo. bukan nak cerita pasal mahal murah ka apa....
bila timbang tak cukup dua kilo. dia suruh tambah lagi dua biji. kitaorang pun ambik lagi dua biji dan boh kat penimbang. ada sikit lagi tak cukup, tapi sikit sangat la. kalau utara nun sana depa kata 'hun' la kot.
dan mamat tu kata okeylah ni. dia pun bungkus
dalam dok pikir nak ceramah tak ceramah, aku pun belah. kira silap la.
bila dah jauh.tiba-tiba terfikir dan berkata kat orang sebelah aku, kalau macam ni meniaga, pupusla mamat ni tak lama lagi.
munkin hadis nabi pasal timbangan tu tak sampai kat dia atau dia memang buat-buat tak endah.
kitaorang pun belah sambil fikir apalah salahnya peniaga tu bubuh sebiji lagi. memang pada zahirnya dia akan lebih dari timbangan tapi berkatnya dan balasan yang tuhan bagi nanti tak siapa yang tahu..................
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment