Wednesday, November 25, 2009

begitulah akhirnya....

begitulah berakhirnya episod pertama yang heboh satu malayaatas2 sebab hanya tuhan saja yang tahu.............

begitulah bila ada peperangan.
ada yang akan mati.
ada yang akan cedera.
ada yang akan lari.
ada yang akan tukar tokey.

akan adakah episod kedua nanti....??????? sama-samalah kita lihat

siapa pulak agaknya yang akan diserang oleh media talibarut dan agen-agen lepas ini..???

ustaz azizan kedah? ustaz nasharudin? hj hadi lagi? hassan ali? khalid samad?

Isu Nik Aziz, menantu selesai - Hadi
UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah selesai.

Beliau berkata, campur tangan Pas Pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

Abdul Hadi juga berkata, keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas Pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...