Monday, October 13, 2025

negara kecik ke world cup

Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.

Saturday, October 4, 2025

another win

Malam ni spurs menang lagi.
Naik ke tangga kedua EPL 25/26.
No kane no son No worries

Thursday, October 2, 2025

my kasih dan budi95

Semalam cuba ambik mykasih. Berjaya.
Hari ni cuba budi95. Berjaya.

Sebelum ni dah dapat rm 200 tunai untuk disel ranjer.

Akhirnya bila retire baru dapat bantuan2 ni.

Monday, September 29, 2025

kesian

Kesian pulak mamat ni.

Dulu too powerfull, sack habis manager.

Tapi dia financial genius yang bagi kewangan club stabil dan develop stadium yang canggih. Tough negotiator bila nak jual dan beli pemain dan ada strict financial rule. Kelab jadi sehat kewangan dan value naik tinggi.

Kadang2 dok atas, sampai masa dok bawah. Coorporate game is crazy and cruel bro.

Sunday, September 28, 2025

tahniah bro

28.9.2025

Hari ini berborak dengan geng lama percon sae dan akleh. 
Dari drafman jadi safety officer. Masih lagi keja tapi dengan konsultant.

Rupanya dia pun buat rumah di kampung ala resort yang lagi canggil dari Rgh aku.
Ada kolam ikan dan kolam mandi. Power..power.
Ada juga bilik untuk tetamu menginap nanti.

Inshallah aku sampai nanti

Sunday, August 17, 2025

tiga puluh tahun bersama

Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025  aku ada di sini setelah lebih setahun pindah dari klang.
Selama ini aku di klang  sambil outstation untuk bekerja. Selepas pencen, aku terdampar di sini.
Tiga puluh tahun adalah perjalanan panjang aku dan zaujah. Macam2 kami harungi bersama dengan keadaan yang paling sukar bila aku bekerja di india dan bosnia herzegovina. Zaujah dan anak2 sangat tabah menjalani kehidupan tanpa aku. Tahun ini juga kami dianugerahkan sepasang cucu.
Semoga kami terus menua bersama-sama tanpa sebarang masalah. 
Inshallah

Sunday, June 8, 2025

belasungkawa

Hari ini dapat berita sedih tentang kematian cikgu yazid kami semasa matrik ukm di jenan. Dia mengajar subjek fizik.
Kematiannya semasa mengerjakan haji atau lebih tepat selepas melontar dan tahalul.
Mengikut berita dia terkena serangan jantung dan meninggal di hospital.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan di masukkan ke syurga firdaus.

Innalillah.
Allahumahfirlahum warhamhum.

negara kecik ke world cup

Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.