Sunday, June 8, 2025

belasungkawa

Hari ini dapat berita sedih tentang kematian cikgu yazid kami semasa matrik ukm di jenan. Dia mengajar subjek fizik.
Kematiannya semasa mengerjakan haji atau lebih tepat selepas melontar dan tahalul.
Mengikut berita dia terkena serangan jantung dan meninggal di hospital.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan di masukkan ke syurga firdaus.

Innalillah.
Allahumahfirlahum warhamhum.

Saturday, June 7, 2025

piala puaka

Hari ini dah sah spurs sacked Ange walaupun menang piala di europe beberapa hari lepas.
Di spurs ni dah beberapa kali manager yang bawa masuk final atau menang piala kena sack . Si botak memang kira duit saja. Tak menang pun takpa, janji duit tak keluar.
Tapi sebelum geng bptak take over, empat puluh tahun dulu masa last dapat piala uefa, keith burkinshaw pun kena. 

Memang masuk final atau menang ada badi dan berpuaka.

negara kecik ke world cup

Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.