Cerita ex komando di kem dalam hutan pahang.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, May 25, 2025
Friday, May 23, 2025
spurs champion
Akhirnya selepas tujuh belas tahun spurs kembali menang piala.
Kali terakhir piala liga zaman ledley king, berbatov and gang.
Di eropah pula, kali terakhir pada 1984 zaman steve perryman, hoddle, ardiles dll
Lagi manis bila tibai menyu di final dan arsengal tiada piala apa2 musim ni.
Go spurs go
lima puluh lapan
1967 - 2025
Sejak setahun lalu hingga semalam, banyak perkara pertama dalam hidup aku berlaku. Dari lima puluh tujuh ke lima puluh lapan. Tak lama dah nak ke siri enam. Moga panjang umur.
Terimakasih tak terhingga kepada sahabat2 Fb dan medsos lain atas ucapan dan doa. Semoga segala kebaikan2 pergi kepada sahabat2 jugak.
Mula2 dapat menantu kepada kembar aku.
Sebulan lepas kembar no satu telah mendapat seorang anak lelaki yang memberi gelaran Chiaq kepada aku.
Sehari sebelum ulang tahun aku, kembar dua pula dikurniakan seorang puteri.
Dari menantu double kepada cucu double.
Syukur tuhan panjangkan umur aku untuk merasa pengalaman ini.
Sedih bila teringat arwah bapak aku yang tak dapat bermesra lama dengan cucus2 dia. Dia pergi selamanya tak sampai enam bulan selepas kembar aku lahir.
Selepas ini nampaknya aku akan melalui hari2 yang berbeza dari sebelum ini.
Ps : spurs tibai menyu di hari jadi aku untuk dapat satu piala di masa arsengal dapat kosong.
Wednesday, May 21, 2025
aku kini seorang 'Chiaq'
Alhamdullilah pada 17.4.2025, pukul 4.50 petang telah lahir ahli yang pertama generasi keempat dari keluarga Abdoh di hospital besar kuala lumpur.
Selamat datang ke dunia ini muhammad khalid muhammad syafiq rizlan darus.
Pada 21.5.2025, pukul 11.11 pagi sehari sebelum ulang tahun lahirku ke lima puluh lapan, telah lahir seorang lagi ahli kedua generasi keempat keluarga Abdoh di hospital nur zahirah, kuala terengganu.
Selamat datang ke dunia ini sofia rozalia binti muhammad syakir.
Semoga keduanya menjadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada kedua orang tuannya.
Thursday, May 8, 2025
final europa ke enam
Selepas teruk dibantai, Ange bawa spurs ke final eropa yang keenam.
Spurs dah tujuh belas taun tak menang piala.
Kasi bantai Menyu pulak.
Subscribe to:
Comments (Atom)
negara kecik ke world cup
Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...