Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, October 13, 2025
Saturday, October 4, 2025
Thursday, October 2, 2025
my kasih dan budi95
Semalam cuba ambik mykasih. Berjaya.
Hari ni cuba budi95. Berjaya.
Sebelum ni dah dapat rm 200 tunai untuk disel ranjer.
Akhirnya bila retire baru dapat bantuan2 ni.
Monday, September 29, 2025
kesian
Kesian pulak mamat ni.
Dulu too powerfull, sack habis manager.
Tapi dia financial genius yang bagi kewangan club stabil dan develop stadium yang canggih. Tough negotiator bila nak jual dan beli pemain dan ada strict financial rule. Kelab jadi sehat kewangan dan value naik tinggi.
Kadang2 dok atas, sampai masa dok bawah. Coorporate game is crazy and cruel bro.
Sunday, September 28, 2025
tahniah bro
28.9.2025
Hari ini berborak dengan geng lama percon sae dan akleh.
Dari drafman jadi safety officer. Masih lagi keja tapi dengan konsultant.
Rupanya dia pun buat rumah di kampung ala resort yang lagi canggil dari Rgh aku.
Ada kolam ikan dan kolam mandi. Power..power.
Ada juga bilik untuk tetamu menginap nanti.
Inshallah aku sampai nanti
Sunday, August 17, 2025
tiga puluh tahun bersama
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih setahun pindah dari klang.
Selama ini aku di klang sambil outstation untuk bekerja. Selepas pencen, aku terdampar di sini.
Tiga puluh tahun adalah perjalanan panjang aku dan zaujah. Macam2 kami harungi bersama dengan keadaan yang paling sukar bila aku bekerja di india dan bosnia herzegovina. Zaujah dan anak2 sangat tabah menjalani kehidupan tanpa aku. Tahun ini juga kami dianugerahkan sepasang cucu.
Semoga kami terus menua bersama-sama tanpa sebarang masalah.
Inshallah
Sunday, June 8, 2025
belasungkawa
Hari ini dapat berita sedih tentang kematian cikgu yazid kami semasa matrik ukm di jenan. Dia mengajar subjek fizik.
Kematiannya semasa mengerjakan haji atau lebih tepat selepas melontar dan tahalul.
Mengikut berita dia terkena serangan jantung dan meninggal di hospital.
Semoga Allah ampunkan segala dosa dan di masukkan ke syurga firdaus.
Innalillah.
Allahumahfirlahum warhamhum.
Saturday, June 7, 2025
piala puaka
Hari ini dah sah spurs sacked Ange walaupun menang piala di europe beberapa hari lepas.
Di spurs ni dah beberapa kali manager yang bawa masuk final atau menang piala kena sack . Si botak memang kira duit saja. Tak menang pun takpa, janji duit tak keluar.
Tapi sebelum geng bptak take over, empat puluh tahun dulu masa last dapat piala uefa, keith burkinshaw pun kena.
Memang masuk final atau menang ada badi dan berpuaka.
Sunday, May 25, 2025
Friday, May 23, 2025
spurs champion
Akhirnya selepas tujuh belas tahun spurs kembali menang piala.
Kali terakhir piala liga zaman ledley king, berbatov and gang.
Di eropah pula, kali terakhir pada 1984 zaman steve perryman, hoddle, ardiles dll
Lagi manis bila tibai menyu di final dan arsengal tiada piala apa2 musim ni.
Go spurs go
lima puluh lapan
1967 - 2025
Sejak setahun lalu hingga semalam, banyak perkara pertama dalam hidup aku berlaku. Dari lima puluh tujuh ke lima puluh lapan. Tak lama dah nak ke siri enam. Moga panjang umur.
Terimakasih tak terhingga kepada sahabat2 Fb dan medsos lain atas ucapan dan doa. Semoga segala kebaikan2 pergi kepada sahabat2 jugak.
Mula2 dapat menantu kepada kembar aku.
Sebulan lepas kembar no satu telah mendapat seorang anak lelaki yang memberi gelaran Chiaq kepada aku.
Sehari sebelum ulang tahun aku, kembar dua pula dikurniakan seorang puteri.
Dari menantu double kepada cucu double.
Syukur tuhan panjangkan umur aku untuk merasa pengalaman ini.
Sedih bila teringat arwah bapak aku yang tak dapat bermesra lama dengan cucus2 dia. Dia pergi selamanya tak sampai enam bulan selepas kembar aku lahir.
Selepas ini nampaknya aku akan melalui hari2 yang berbeza dari sebelum ini.
Ps : spurs tibai menyu di hari jadi aku untuk dapat satu piala di masa arsengal dapat kosong.
Wednesday, May 21, 2025
aku kini seorang 'Chiaq'
Alhamdullilah pada 17.4.2025, pukul 4.50 petang telah lahir ahli yang pertama generasi keempat dari keluarga Abdoh di hospital besar kuala lumpur.
Selamat datang ke dunia ini muhammad khalid muhammad syafiq rizlan darus.
Pada 21.5.2025, pukul 11.11 pagi sehari sebelum ulang tahun lahirku ke lima puluh lapan, telah lahir seorang lagi ahli kedua generasi keempat keluarga Abdoh di hospital nur zahirah, kuala terengganu.
Selamat datang ke dunia ini sofia rozalia binti muhammad syakir.
Semoga keduanya menjadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada kedua orang tuannya.
Thursday, May 8, 2025
final europa ke enam
Selepas teruk dibantai, Ange bawa spurs ke final eropa yang keenam.
Spurs dah tujuh belas taun tak menang piala.
Kasi bantai Menyu pulak.
Thursday, April 17, 2025
cucu yang pertama
Alhamdullilah hari ini 17.4.2025, menantu batumuda telah selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 4.50pm di hospital kl.
I am officially a Chiaq now
Monday, February 24, 2025
buku baru
Arrive 22.2.2025
Mula tengok buku ini aku tertarik dengan dua benda yang berkaitan dengan hidup aku.
Pertama klang.
Klang ada tempat bermastautin aku yang paling lama selain perthlis dan jenan. Aku berada di daerah ni selama tiga puluh tahun. Lepas kahwin terus terlekat sini atas entah apa sebabnya. Aku masa di tingkatan pernah datang dulu dua minggu untuk program nadwah Sbp di kolej islam kelang. Semua anak aku pula lahir di sini. Mula2 aku duduk di taman bertek, lorong pak mahat, kampung sri pandan tepi railway keretapi dan akhirnya settledown di taman andalas.
Sekarang daerah ni tiba2 popular dengan nama kolumbia.
Kedua india dan chennai.
India adalah negara luar yang pertama aku pergi. Sebelum ni paling jauh aku pergi adalah sabah saja. Dan ini adalah assignment kerja luar negeri. Lama aku berperang dengan diri sendiri pasal assignment ni. Kenapa aku dan sebab apa. Aku rasa macam telah dipekena saja. Tapi akhirnya tuhan bagi ilham sebab apa aku tercampak sini dan aku berserah saja..
Chennai pula tempat aku duduk di apartment alwarpet seorang diri selama enam bulan terus menerus. Chennai atau madras adalah Hq company kami yang di pindah dari delhi. Hanya aku sorang dari malaya bila arwah anwar batcha hanya bawa aku dan tinggalkan aku. dia resign dan terus balik walaupun ini adalah kampung asal dia. Aku kemudiannya terpaksa takeover dan uruskan team sini. Banyak yang aku tempuhi.
Aku juga berpusing-pusing melawat projek ke beberapa tempat lagi dengan macam2 mode transport. Naik flight dan keretapi dan juga travel dengan kereta.
Aku kemudiannya pergi lagi ulang-alik selama beberapa tahun sehingga aku pulak pindahkan Hq ke vijayawada. Setelah selesai pindah office, aku kemudiannya ke satu assignment lain di daerah Balkan yang pada masa itu baru sepuluh tahun selesai perang.
Banyak pengalaman fizikal dan rohani di sini.siapa yang hendak mengubah diri sendiri, datanglah sini.
Cabaran yang sangat ultimate yang tidak terdapat di tempat lain.
Wallah
Subscribe to:
Comments (Atom)
negara kecik ke world cup
Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...