Monday, July 15, 2024

kesian HK

Dari spurs, bayen dan englatera, HK asyik naib johan ja.
Kesian la. Lagi kesian kalau tahun spurs dapat piala....hahaha
Memang dah kena sumpahan ni....hahaha kurafat

Wednesday, July 10, 2024

komik lama

Tiba2 satu hari aku di hubungi oleh seseorang yang membaca blog ini berkenaan tulisan belasungkawa aku terhadap pelukis komik handalan, zohri aka zoy yang telah pergi selamanya. Aku juga menyebut beberapa karya beliau terutama ayoko yang menjadi kegilaan sampai aku dapat kumpul, potong dan tampal siri 2 sepenuhnya. Bila di ingat balik dulu mana2 komik zoy yang aku jumpa di suratkhabar akan aku potong dan simpan. Saya sekali hanya ayoko 11 dan buku komik kisah seorang biduan yang survived sejak tahun 87 hingga kini. Komik ini ikut aku merantau dari kampung paya, perlis ke ukm bangi, klang dan akan ku bawa ke Tganu pulak. 
Masa di ukm aku diminta oleh sahabat baik aku ferdaus untuk dia buat copy. Rupanya di sana ramai jugak peminat dan mereka bertukar koleksi. Aku dapat koleksi cindy dan buku lima. Semuanya juga ikut aku terperap di klang bertahun-tahun sehingga bro fauzy menghubungi aku. Nasib baik bila balik klang, aku dapat jumpa dan tergesa-gesa scan dan buat copy baru untuk aku share dengan dia. Dia rupanya pengumpul tegar koleksi komik lama ini. Syabas bro.
Dari situ kami bertukar komik dan aku mula follow fb dia. Kemudiannya aku berkenalan dengan satu lagi pengumpul tegar, Jas. Dia juga bertukar koleksi komik tajuk2 lain.
Perkembangan ini telah merangsang aku untuk menambah koleksi2 yang lain pula.
Sayang sekali keratan2 lain seperti konkrit. Takluk jagat, bengkung pelangi telah hilang sebab aku tak tampal langsung bila gagal dan kecewa  tidak dapat koleksi penuh.
Koleksi yang ada pun aku tak buat apa2 nota seperti tarikh dan sebagainya.
Harap pemburuan seterusnya berjaya terutama ayoko 1

Tuesday, July 9, 2024

lunch di shah alam

Alhamdullilah semalam sempat lunch dengan pasangan kawan lama public mutual di shah alam.
Kali ni di restoren yang ada ikan patin dan karai.
Sejak kami pindah ke Ganu, kali ni baru jumpa diaorang. Masih sihat lagi dan selalu travel.
Aku lupa ambik gambaq kami. Gambaq lauk ja

anak sahabat lama

Hari ni aku sungguh terharu bila anak arwah wan hisham sahabat sejak zaman construction di sri damansara interchange tahun 2001 datang berjumpa sambil minum pagi.
Banyak bercerita kenangan bersama ayahanda beliau dan tak sedar masa sudah pukul sebelas pagi. Sangat panjang cerita-cerita kami kalau nak tulis disini. Terasa sekejap saja masa berlalu.
Aku pulak terpaksa gerak ke satu lagi lunch appointment.
Terimakasih wan najmudin yang berusaha berjumpa aku. ayahnya  telah pergi selama-lamanya hampir tiga tahun dulu. Tapi kenangan aku dengan arwah masih lagi segar. Dialah tempat aku bercerita apa-apa pun isu.
Tapi tuhan sayangkan dia.

Semoga kita terus tabah mengharungi hidup ini.

Monday, July 8, 2024

service kuda 2

Service kuda hari ni.
Rupanya depa public holiday di sgor.

Bawa buku untuk bunuh masa tapi tak sempat habis baca jugak.

Sunday, July 7, 2024

service kuda

Hari ni aku service kuda di bukit raja.
Dah 37 000 km dia lari.
Service sebelum ni di KT tapi rupanya ada beberapa perbezaan yang ketara.
Antara perbezaan servis di Klang dgn di Ktrg
Adalah :
1) technical capabality
2) service more organized 
3) Kawasan lebih besar ....tak stres sangat kalau datang dan tunggu servis 
4) nasi lemak n cappucino sedap 😉

Orang tu kata mekanik sana kurang cekap dan kurang berpengalaman macam sini . Sebabnya kebanyakan  kereta2 di Tganu tak di guna secara heavy dan dia org tak handle eproblem besar dan pelbagai . Jadi depa melihat setengah2 problem tu biasa shj dan bukan masalah sedangkan bukan masalah mcm tu ( bukan spt depa rasa ) . Mcm Dr pakar dgn Dr biasa la , analoginya . Mekanik sana kurang cekap utk read problem.
Tempat nak park kereta utk servis pula sempit sgt ....kawasan dia crammed . Stres kalau kereta besar.  Servis dia pun tak sebagus di sini
Walaupun Training tu memang honda dah bagi standard . Cuma skill sendiri boleh digilap masa kerja based on keadaan dan persekitaran . Itu beza
cerita ni bukan nak perlekeh tempat sendiri . Tapi itu realiti yg semua org kena sedar dan terima . Bukan emosi n perasan jer n tak boleh komen n tegur
Aku nampak kat mana2 tempat kerja n semua bidang pun mcm tu ....bukan dlm isu ni shj
Contoh sekolah . Walaupun kita training dan belajar di Universiti yg sama tapi Hasil ilmu yg kita dpt ada perbezaan . Tambah pula nanti tempat mengajar tak sama . Cnth kerja di sekolah harian dgn kerja di SBP ...mmg ada beza ....dgn client ( pelajar ) yg berbeza n pentadbiran yg berbeza . Padahal silibus n sop sama jer seluruh Malaysia. Maka hasil pun akan ada BEZA
Ini cerita pasal isu ni je . Overall boleh la hidup di Tganu , klu takde hal2 yg kritikal . Maksudnya tak boleh expect lebih je dlm bbrp hal
Di Selangor ada persaingan , sbb tu depa buat yg terbaik utk dpt tarik pelanggan masing2 . Pelanggan dpt manafaat . Sesuai dgn duit yg dikeluarkan

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...