Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Wednesday, January 31, 2024
Monday, January 29, 2024
buku tokoh konterversi
29.1.2024 aku habis baca buku autobiographi penulis konterversi KA.
Buku ni aku beli pada 17.8.2022 dulu. Zaman virus covic yang kerap kali kita kena duduk di rumah bila kes meningkat.
Tokoh parti kepala lembu ni aku selalu tengok buku atau suratkhabarnya masa kecik2 dulu. Arwah pak cik senapi, jiran aku yang kuat kepala lembu di kampung dulu selalu jumpa arwah bapak aku. Lobi kut.
Buku hadis yang diharam dulu pun arwah dapat percuma dari pak cik senapi. S3mpat juga aku baca.
Friday, January 26, 2024
gigih
Hari ni solat jumaat di kijing.
Aku nampak seorang tua yang sudah tak larat tapi dangat gigih untuk bersolat.
Dia berusaha berdiri juga walaupun bongkok dan solat atas kerusi.
MashAllah
Wednesday, January 24, 2024
siakap goreng
Hari ini makan tengahari di tepi sungai marang.
Kali pertama mencuba siakap goreng sg kerak port ni dan tak mengecewakan.
Bole dah bawak geng ramai lain kali.
Wednesday, January 10, 2024
cctv dan lunch
Setelah pasang cctv kereta aku pergi makan tengahari di pafa mie andalas. Ummi tak ikut sebab dia jumpa bff sekoloh.
Teringat air apple asamoi semalam, ambik satu dengan nasi lemak dan mushroom sup sekali dengan garlic bread.
heppy birthday
Hari ni birthday ummi ke 55.
Pagi2 kami ke avisenna untuk follow up lutut dan kencing maneh ummi.
Setelah selesai kami celebrate di setia alam, chef zuber.
Makanan sini best sangat.
Tuesday, January 9, 2024
cerita tentang siam
Tadi aku ada short heavy discussion dengan kawan lama tentang isu2 disekitar segenting kra terutama tentang siam.
Kawan lama aku ni kira sangat cekap tentang hal2 ni.
Disebabkan terlalu berat sangat kursus pendek alam maya ni aku terpaksa ambik sikit nota sebab banyak sangat fakta dan tarikh.
Soalan mula adalah berkaitan dengan pemahaman siapa siam yang disebut2 orang.
Aku juga punya teori sendiri pasal isu ni. Jadi ini adalah kesempatan terbaik untuk dapatkan penjelasan.
Sikit nota aku tulis semula sini untuk rujukan dan simpanan.
Devravati - dari lembah menam. Ada campuran mon, khmer.
Sukotai - kerajaan dari 1238 to 1584 yang raja terkenalnya ada rama khambeng yang mati dipenggal kepala oleh vijayamala.
Ayuthaya - 1351 to 1767. Di srang berterusan oleh burma terutama along phaya pada 1760 dan di sambung oleh anaknya h siu baung dan menjarah hingga hancur.
Selepas itu datang panglima taksin menyujudkan kerajaan thonburi dari 1767 to 1782. Kemudiannya mereka ke laos untuk bawa balik patung budha zamrud yang menjadi rebutan. Dia, phra phunthayutfa culalok kemudiannya merampas kuasa dan menyujudkan dinasti chakri pada 6.4.1782 dan menjadi rama satu.
Sekarang rama 10. Sementra perlisi di persetujui oleh rama 3.
Siam ini kemudiannya menjadi thailand pada 1936 iaitu selepas lebih dua puluh tahun perjanjian bangkok 1909.
Daripada semua2 itu siam kuno asalnya dari campuran berbagai grup seperti tai, mon khmer, malai, arab, jawa dll.
Letih betui tapi terimakasih kepada sahabat lama aku yang begitu bersemangat menceritakan kepada aku.
Monday, January 8, 2024
teksi pak harun
Masa kemas2 tadi terjumpa kad teksi sewa pak harun.
Masa aku membuat haji dulu, aku berharap dapat untuk bagi nasihat. Tapi sampai aku balik langsung tak ada2 sapa.
Bila balik kami naik flight ke alor setar untuk ambik balik kakak dan piya yang kami tinggalkan sepanjang kami disana. Kami tinggalkan mereka berdua dengan tok dan jiha.
Masa berborak dari alor setar ke paya, pak cik ni telah memberi nasihat yang aku cari2.
Apa nasihat tu? Aku tengah pikir untuk ingatkan balik.
Tapi apa2 terimakasihh pak harun.
Friday, January 5, 2024
nursery banggol chiak
Lepas pekena nasi kabouli, kami ke banggol chiak nursery jumpa kawan sekolah ummi.
Sampai sana terjumpa pulak cikgu sekolah rendah ummi yang tengah sebok menjala talapia di kolam kebunnya.
Alhamdullilah dapat rezeki dua ekor talapia fresh.
Ummi jugak menangkap anak pokok rambutan gula untuk ditanam di redzai guesthouse.
Thursday, January 4, 2024
nasi kabouli
Hari jumaat ni aku jalan2 breakfast di padang mengkuang untuk cuba nasi kabouli sekali lagi. Tuan kedai ni kata nasi ni ada herba dalamnya. Herba apa tak tanya la pula.
Kali ni nasi ni di makan dengan ayam bakar.
selamat bersara
Hujung tahun lepas sahabat engineMania ukm hj asfa telah bersara sepenuhnya setelah bekerja selama lebih tiga puluh tahun dimana dua puluh sembilan tahun di dengan lebuhraya malaysia pelus.
Tahniah bro.
Heppy retirement.
pantai kekabu
Hari ni lepas pekena kari ikan, teru healing di pantai.
Section pantai tu masih banyak sampah.
Macam nak buat Ngo 'clean the beach' lepas ni.
On the way balik, bungkus pizza sini untuk dinner.
Wednesday, January 3, 2024
Monday, January 1, 2024
koleksi pokok
Hari ni start dengan ke tempat jual ikan di sg kerak, tepi sg marang. Ada ikan, udang, ketam dengan harga yang murah.
Kemudian ke nurseri untuk menambah koleksi pokok ummi.
satu january
Inilah january tahun baru pertama selepas bersara.
Duduk di rumah saja sambil membuat sedikit kerja infra dan potong rumput.
Makan pagi dan tengahari ala kadar saja.
Lepas asar baru keluar untuk makan malam di kedai afiq ikan bakar. Kedai terlwtak di kawasan cendering.
Kali ini pekena ikan merah tiga rasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...