25.12.1997 - 25.12.2020
Hari ni sudah dua puluh tiga tahun bapak tinggalkan kami.
Kalau hendak dikira Aku tidak sempat lama bersama dia. Dari kecik hingga Umur dua belas tahun sahaja. Hari aku melangkah ke Jenan adalah Hari yang aku kemudiannya bergerak sendiri. Kemudiannya keluar belajar di Bangi Dan berkerja. Bila berkahwin, aku menetap di klang. Dia meninggalkan kami selama-lamanya bila cucu kembarnya berusia setahun lebih.
Masa aku yang paling lama diantara itu adalah semasa aku menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa remaja, hanya Masa itu aku lama dengan dia dengan mengikut dia berniaga di pasar Harian di beberapa nat di Perlis.
Aku jugak mengambil upah untuk mencuci buah sawa untuk di peram Dan di bawa ke nat untuk di jual. Dengan upah itu jugak aku dapat sedikit duit untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Perlis dalam kempen piala Malaysia.
Dia pergi tanpa dapat mereliasasi beberapa pelan perniagaan yang telah kami rancang.
sampai sekarang aku sentiasa sedih bila terkenangkan dia. Semoga dia damai di Alam Sana Dan aku dapat berjumpa di surga nanti.
Allahumarfirlahum warhamhum