Sunday, October 11, 2015

Labaikallah

Sudah empat tahun aku balik dari tanah suci mekah dan madinah.
Sepanjang tempoh itu banyak perkara suka dan duka berlaku terhadap aku.
Ada yang mengembirakan dan ada yang sangat mencabar sehingga tak terdaya aku memikirkannya.
Betul kata orang, masa selepas bergelar haji atau hajjah adalah yang paling mencabar terutama untuk mengekalkan istiqamah terhadap agama.

Semoga aku dapat terus mendekatkan kepada agama ini sehingga akhir hayat.

Berakhir sudah

Kembara aku sebagai tuan penasihat projek di sepang nampaknya telah berakhir setelah segala Percubaan rayuan tuan syarikat menemui jalan buntu. Puncak kuasa pun tak dapat menolong disebabkan perbezaan antara gergasi besar dan kecik.
Hanya itulah rezeki aku.
Tapi kali ini sarat dengan pengalaman baru yang tak pernah aku lalui sepanjang berpuluh tahun mengendalikan projek.

Terpaksa kayuh lagi ke tempat lain nampaknya.
Semoga di beri Allah rezeki yang lebih baik.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...