Sunday, May 31, 2015

DQWHD mesjid as syarif - kuliah 1

Perkongsian dari sahabat kuliah DQWHD kk dan mesjid as syarif meru.

Kuliah 1 - kitab fiqhul akhbar
                   Imam hanafi

Assalamualaikum, saya kongsikan nota semasa sessi pertama daurah. Kalau salah, minta diperbetulkan, kalau kurang, minta ditambahkan;

Nota 23 Mei 2015
Muqadimah

Aqidah ada 2 cabang :
- Aqidah Salaf (Imam Syafie, Hambali, Malik & Hanafi)
- Aqidah Khalaf (Imam Abu Hassan Asyaari - mahzab Syafie, Imam Marturidi - mahzab Hanafi)

Terbahagi kepada 2 kerana adanya ayat mutasyabihat (tidak jelas). Golongan Khalaf mentakwilkan (menafsirkan) manakala golongan Salaf menerima secara zahir.

Ayat Muhkamat - ayat yang jelas / faham.

Kedua-dua golongan menyucikan sifat Allah daripada segala sifat kekurangan.

Dr. Wahbah Zuhaili berpendapat aqidah salaf adalah terbaik kerana mengikuti nash/dalil, berbeza dgn aqidah khalaf yg menggunakan akal & logik.

Terdapat kelemahan dengan penggunaan akal & logik utk menerangkan hal2 agama, walhal ianya mudah utk menerangkan hal2 agama dengan dalil yg terdapat di dalam quran & hadith.

Tidak boleh mengatakan kafir kepada kedua2 aliran/golongan ini kerana berbezaan ini adalah perbezaan furuq.

Antara ulama yg berpegang dgn aqidah khalaf (Asyaariah) ialah Imam Nawawi (Riyadus Solihin) & Ibnu Hajar Asqalani (Fathul Bahri/Bulughul Mahram)

Ayat nafi (Laila ha illah..)
Aqidah salaf - bermaksud semua tuhan orang kafir.
Aqidah khalaf - bermaksud semua tuhan baru yang terlintas dek akal. Tuhan orang kafir tidak termasuk, kerana ianya telah sedia maklum.

Pakej baru

Atas nasihat x jenan mie crook, akhirnya package celcom exec 50 + 88 per month aku tukar ke package 38 per month.

So far macam ok walaupun sebelum ni dah hampir nak pindah telco.

Dah sampai selangor

Alhamdullilah bulan mei ni dapat ikut tiga kuliah DQWHD kk selain kuala kangsar.
Kuliah pertama di meru dan sg buloh dapat hadir dengan hj shiha dan kehadiran tok ketua hj shukri di kubu gaja sg buloh.
Man J dah jadi orang kuat kawasan tengah.

Tahniah

Tahniah x pensyarah aku dah jadi orang kuat di university ni.

Harumaneh lagi

Minggu lepas dapat kiriman Harumaneh lagi.

Kali ni tanak pulut sibaq.
Pergghhhh lepasla ketagih. Buah yang 30 ringgit sebiji tu memang power.

Cerita pasal harga pulak.
Adik aku beli dengan supplier kampung dah 26 ringgit. Depa beli dengan tuan pokok hampir 20 ringgit.
Aku tengok di RnR tapah dah 33 ringgit per kilo.
Pameran Harumaneh di KL tahun ni dah 40 ringgit per kilo.

Bai..bai...musang king

Saturday, May 16, 2015

Tasauf. Perkembangan dan pemurniannya

Malam ini mula balik ulangkaji buku prof Hamka yang dibeli di wisma yakin pada 1.9.1999.
Masa ini tengah kerja di elevated hiway kpg baru. Zaman reformasi.

Sesuai juga mentelaah balik dimasa kekecohan malaya pasal sufi tarikat ni.

Wednesday, May 13, 2015

Tokguru

Semalam menerima buku TGDM oleh MSO yang dipesan beberapa hari lalu.

Di tambah pula tulisan salam perjuangan dari penulis sendiri.

Bila nak mula baca ni?

Thursday, May 7, 2015

Hamka

Lagi koleksi buku biography ala novel sebahagian hidup dan perjuangan ulamak hebat ini.

Banyak yang dapat dicontohi.

Pedoman bermazhab

Baru habis baca buku hadiah dari hj Duan penang dua bulan dulu masa kuliah di k.kangsar.

Harumaneh

Bila tengok cerita orang kampung yang menjual Harumaneh di suratkhabar ni, teringat kampung paya yang banyak pelam.
Tentu syok makan dengar puluit sibaq.

Argghhhh

Air apa ni

Ini air dari filter yang baru seminggu.

Entah apa yang jadi kat dalam paip

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...