Alhamdullilah tadi sempat melawat hj ghaz yang akan buat by pass jantung hujung bulan ni setelah tiga arteri hampir tersumbat terus.
Inshallah Semoga pembedahan sahabat ini berjaya dan sembuh sepenuhnya.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Alhamdullilah tadi sempat melawat hj ghaz yang akan buat by pass jantung hujung bulan ni setelah tiga arteri hampir tersumbat terus.
Inshallah Semoga pembedahan sahabat ini berjaya dan sembuh sepenuhnya.
Beberapa malam lepas, sakan puak2 engine mania kat telegram berdebat pasal ada orang buat kenyataan jumpa rasul kita secara sedar.
Kalau dalam mimpi ramai yang berjumpa tapi tak ramai nak cerita.
Memandangkan kami bukan pakar, kena rujuk buku atau ceramah ustaz saja la.
Bab ghaib ni bukan mudah nak dibicarakan. Silap2 kena tipu dengan syaitan.
Semalam ada pengumuman baru pasal minyak. Start 1 december, subsidi minyak dah mengucapkan selamat tinggal.
Duit tu nak buat projek. Banyak projek tahun depan.
Baguih gak.
Tapi kos project lepas ni tak taulah macamana. Nak buat tender costing pun penin nanti. Ohh macam kat india masa aku kat sana dulu kot.
Bye bye subsidi minyak.
Malam ni dan besok ada program di mesjid kat andalas.
Untuk malam ni penulis buku haji yang sempat jumpa di madinah dulu.
Semalam ada aktiviti baru.
Ambik kopok lekor dr bkt tok beng ganu di stesyen bas shah alam.
Untuk semalam 55 bungkus order dan habis semua.
Hal minyak jadi berita lagi. Tapi kenapa kecik saja. Padahal minyak turun kat malaya patut jadi big news.
Mushkil gak.
Di indon dah 30 persen naik. Sampai berguling2 mamat tu.
Depa pun ada minyak sendiri jugak.
Semalam harga minta setong dah 80 usd/tong. Paling rendah tahun ni.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Petang ni dengar berita puting beliung kat kedah lagi. Dah kali ketiga dalam masa terdekat ini.
Bala apakah ini.
Ya Allah selamatkanlah kami
Syair Ashiqin dari tuk shihabudin temerloh
Tuntutlah ilmu jalan marifah
Supaya sempurna jalan syariah
Penuhi hati dengan ibadat
Sertai dengan ibadat
Segala tanggungan hendaklah jaga
Daripada jalan dosa dan pahala
Jauhi rugi banyakkan laba
Masa kuliah semalam ustaz ada sentuh pasal kambing yang menolong memadamkan tapak2 kaki semasa nabi s.a.w berhijrah ke madinah.
Kambing yang mula menjadi makanan yang digilai oleh orang malaya setelah mitos pembawa sakit dilupakan adalah pendamping nabi2 sebelum disuruh oleh Allah menyeru manusia ke jalan yang benar.
Kenapa kambing?
Kata ustaz kambing adalah binatang yang degil. Sebelum berjumpa manusia degil, nabi2 disuruh berinteraksi dengan kambing2 yang degil dulu.
Sebenarnya bukan senang nak jaga dan bela kambing. Kecik2 dulu pernah juga beberapa ekor.
Tambah ustaz lagi puak2 sarkas pun tak berani jadikan kambing untuk buat persembahan.
Betul jugak tu
masa bawa kereta orang pun boleh tunjuk samada ego tinggi atau rendah.
Masa aku bawa storm dulu memang belagaklah aku. Belasah sana sini dan konar pun tak payah bagi signal. Al maklumlah kereta besar dan tinggi. Semua ketepi takut kena himpit.
Bila bawa camry terasa macam orang besar. Bawa laju2. Selalu kena tegur dengan ummi.
Sekarang ni berlatih menurunkan ego dengan bawa Myv. Kadang2 bawa moto.
Bila bawa kereta kecik baru rasa insaf.
Orang lain pulak yang buli.
Ambik aku.
Selain perjumpaan semalam, beberapa photo klasik juga mula keluar.
Sebahagian untuk disimpan di blog ni.
Tahniah geng jitra, kodiang dan changloon yang dapat merapatkan silaturahim hari ini. Usaha menjejak beberapa minggu ni berhasil.
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...