Semalam sempena merdeka, kami ke jalan joned muar ke majlis raya kawan ummi tokey perabut jepara.
Sempat tahlil dengan jiran2 situ.
Masa balik singgah solat di mesjid bkt cangkat
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, August 31, 2013
Jalan raya ke muar
Saturday, August 17, 2013
Dah habis keliling malaya
Petang semalam habis sudah keliling malaya.
Dari pengkln kubor ke jeli, grik, kulim hitec, paya, balik andalas dan patah balik ke lampam kiri kenduri. Balik ikut kuala selangor.
Teringat durian dan pulut di jeli, ketupat palas paya dan mentarang sabak bernam.
Letih sungguh perjalanan kali ni.
Lusa ke Batupahat dan JB.
Tuesday, August 13, 2013
Ru rendg to paya
Semalam sampai kulim dari rhu rendang - cerang ruku - bachok - wakaf c y - KB - wakaf baru - pngkln kubor.
Jauh sungguh kali ni.
Singgah tempat nostalgia kopok di kuala besut. Sempat merasa kembali kopok lekor.
Rumah kawan lama ummi di cerang ruku dan pak awi di bachok.
Ke pasir tumboh rumah sepupu ummi sebelum tido di ombak kat WCY.
Alhamdullilah sempat jumpa pizun x engr di G kdk dulu.
Esuk ke psr khadijah dan bazar tok guru.
Tiba2 teringat mat yee di tumpat. Sampai juga umah dia sebelum selesaikan permintaan ummi di P.kubo.
Perjalanan ke rantau panjang dan jeli yang mendebarkan.
Sempat beli durian dan pulut di jeli. Best juga mcam kat perlis.
Sampai kulim dah 7 malam.
Pagi ni nak ke Paya. Esuk ada urusan yang ditunggu2.
Friday, August 9, 2013
Selamat hari raya
Tahun ni raya di rhu rendang ganu.
Nampaknya Mou pasal raya dengan ummi masih utuh setelah hampir sembilan belas tahun.
Bila raya sini, aku teringatkan ketupat dan rendang paya. Nasib baik ada orang yang buat dan boleh oder. Rendang ummi yang buat. Gagah jugakla dia bangun pukul satu pagi.
Raya sini ketupat akan digoreng.
Kenapa aku pun tak tau. Pastu ada tapai yang di balut samada dengan daun getah atau daun jambu kling.
Raya di ganu kiter
Setelah bertarung selama enam jam dari andalas, akhirnya aku sampai di rhu rendang.
Sangat sukar tadi kat jerangau jabor mengikut lori dan kereta yang slow makan angin. Semput si naza ria nak memotong
Entah bila la LPT tu nak siap.
Malam tadi sempat solat terawikh yang akhir untuk kali ni.
Harap ada lagi kesempatan untuk ramadan tahun depan.
Nampaknya pencarian al qadr terpaksa di teruskan lagi
Friday, August 2, 2013
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...