Semalam berpeluang bertarawikh di sini lepas berbuka di holiday villa.
Alhamdullilah.
Semoga berjumpa dengan al qadar
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Semalam berpeluang bertarawikh di sini lepas berbuka di holiday villa.
Alhamdullilah.
Semoga berjumpa dengan al qadar
Sahur tadi nampaknya yang terakhir kat batupahat. Esuk akan ke melaka dan seterusnya cuti raya minggu depan.
Sedar tak sedar dah dua kali aku berpuasa sini.
Nuzul quran tahun ni sempat balik kpg paya.
Hari sempat rasa kari telur ikan campur belimbing dan nasi ulam ori mak.
Alhamdullilah
Alhamdullilah dengan izin Allah program subuh dengan MRI yang di rancang kali kedua ini jadi juga.
Dulu kat mesjid besar tapi kali ini kat mesjid bentara kat dataran penggaram.
Cuma ada tetamu yang ikut serta.
Kesunyian rupanya dia.
Semalam sempat joint si Raes berbuka puasa di kulai. Majlis dibuat bersama company dan mesjid dan penduduk.
Kambing bakar dua ekor dan nasi hujan panas.
Alhamdullilah tradisi buat di mesjid dengan jemaah masih di teruskan oleh RAes walaupun aku dah tak mampu buat.
Apahal la awek2 ganu ni.
Ganaih sungguh. Terpaling marah di malaya.
Kenapa agaknya?
Ummi ada apa2 komen ke
Semalam sempat berbuka makanan arab dengan geng ummi kat sek 7 shah alam.
Pekena kambin dan nasi arab
Alhamdullilah tokeh tu sediakan tempat solat. Sempat selesaikan mahrib, ishyak dan terawikh juga.
Ada moreh lagi dengan roti arab lepas tu.
Alhamdullilah semalam sempat joint berbuka puasa jenan sambil solat terawikh di jln semarak walaupun mulanya macam tak sihat.
Sempat juga jumpa beberapa senior yang dah bertahun tak jumpa.
Sayangnya batch aku hang empat orang ja yang ada. Muka regular ja.
Ummi sempat pulok ambik gambaq dengan pelakon tu
Semalam aku sempat solat jumaat di mesjid baru kpg pak sheh di parit bilal.
Rupanya semalam adalah jumaat pertama.
Yang menariknya sebelum khutbah, pak bilal terus direct cakap budak2 duduk diam jangan bising tak macam tempat lain yg berkias2.
Teringat penuh orang nak bersolat semalam macam masa haji dulu.
Kalau dulu aku rasa macam kancil di celah pak arab dan pak itam, tapi semalam aku pulak macam gergasi di tengah2 makmum lain sampai terpijak kepala orang belakang. Gostan depan kena pulak dengan orang depan.
Tapi malam ni macam tuhan kesian kat aku dan mendengar kesusahan hamba dia bila tempat yang aku bersolat tak ada langsung masalah Pijak dan di pijak.
Mashallah...subhanallah
Ini tahun kedua aku bertarawikh di sini.
Yang mahalnya kat sini surau di rumah kedai di tingkat dua. Entah dah berapa tahun kariah sini. Namun nampaknya mereka sangat kental untuk terus menghidupkan solat jamaah. Walaupun sempit, panas dan berbagai2 kesusahan.
Kiranya aku penduduk tetap sini, mampukah aku terus bertahan macam mereka?
Alhamdullilah selesai sudah terawikh dan sahur pertama kali ni.
Dua kebiasaan yang lain dari tahun2 sebelum. Pertama terawikh semalam 16 berbanding dengan sebelum ni hanya lapan. Walupun angka tak penting tapi aku tak memberatkan otak pikir 8 ka 20 ka.
Kedua sahur dengan oat. Harap dapat diteruskan sebulan ni dan terus sampai dapat berat ideal.
Bulan ramadan datang lagi.
Inshallah dan Alhamdullilah sempat lagi di beri peluang oleh yang maha pencipta.
Di bosnia orang akan mengucapkan selam ramzan mubarek olsun....
Dah tahun ke lima aku balik beberapa hari sebelum ramadan di sarajevo.
Kali ini tahun kedua mula berpuasa di batupahat.
Nikmat berpuasa bersama keluarga masih di luar jangkauan aku.
Bersabarlah ummi dan anakanda sekeli dengan ujian ini.
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...