Saturday, March 30, 2013

terapi letrik

 sejak sebulan yang lepas aku berpeluang mencuba teknik terapi buang toksid ini.
tempat yang di rekomen oleh pak syeh dan syed batu pahat seperti kad di bawah.





di bawah ini adalah gambar yang aku ambil selepas setiap kali sessi buang toksid di buat. walaupun ada yang kata tipu tapi aku rasa semakin selesa dan sihat.
semoga selepas ini habislah semua toksid dalam badan aku.










Friday, March 29, 2013

mengenal diri


dalam tercari-cari diri tiba-tiba seorang kawan memberi gambar buku di bawah.
walaupun sejak tahun 1998 tercari-cari jalan yang sesuai untuk megenal diri dan allah tapi kitab ni belum pernah terjumpa.
lanjutan dari ini menerusi internet, dapatlah aku menhadiri kuliah tn haji penulis buku ini.

Tuesday, March 26, 2013

satu nasihat

dua minggu lepas tiba-tiba aku teringat pak cik harun teksi di airport alor setar tentang nasihat dia dulu.
masa tu aku baru balik dari haji dan dalam perjalanan ke perlis untuk ambil dua puteri ku.
dah setahun baru teringat nak sambung cerita ni.
masa di mekah aku berdoa ditemukan orang yang dapat bagi nasihat untuk diri aku tapi sampai akhir tak jumpa.

maha suci allah rupanya pak cik ni yang akhirnya memberi aku nasihat yang sangat berguna tentang kita dengan Allah. perumpamaan dia tentang mengenal dan rindukan Allah ada bagai bila kita nak jumpa buah hati kita. apa yang kita buat?
sebelum jumpa selalunya kita bersiap dengan pakaian yang baik, ada minyak wangi dan asyik tertengok jam bila nak jumpa. rindu nak jumpa teramat sangat.
soalannya bila nak jumpa allah sebelum solat adakah kita buat macam tu?
kalau kita tak buat macam tu, adakah kita benar-benar rindukan Allah?
apa yang kita buat sebelum solat sekarang ni?

aku masih belum seratus peratus mencapai tahap yang disebut itu.....

asam pedas kuala sg suluh

minggu lepas sempat cuba satu lagi port baru asam pedas di sg suloh yang di tepi pantai selat malaka.
katanya asal resepi dari melaka.
tapi ikan fresh siakap tu memang sedap

Tuesday, March 19, 2013

dah sepuluh bulan

rupanya dah sepuluh bulan aku kat sini.

projek kat banang. duk sorang-sorang dalam bilik di evergreen height, dekat kelab golf tapi belum sekali lagi pi pukul walaupun set dah ada.
sebuk atau malas......

macam-macam staff datang dan pergi. subcon pun ada yang dah kena tendang.

kadang-kadang puashati tapi stress dah ditahap melampau.

apa nak buat cari rezeki.

tapi sampai bila ya? kontrak ada tiga bulan lagi..oohhh cepatnya masa berlalu

Thursday, March 14, 2013

si penakluk al fatih


aku habis jugak baca buku ni lepas tiga bulan beli.

banyak diperkatakan pasal peribadi dia yang tidak pernah tinggal solat malam sejak dia baligh lagi.

tapi yang aku tertarik selain di atas adalah decision making yang dia buat dengan menarik kapal di atas darat dalam masa semalam.

adakah aku sedia untuk buat keputusan drastik dan luar jangka bila keadaan memerlukan?

teruk tak mengaku


biaq betui


macamna tu


cakap sedap weeiii


x jenan84 gathering at bakaugruv

23 feb bulan lepas, puak2 84 sempat adakan small gathering kat resort bakaugruv batu laut. walaupun tak ramai tapi berbaloi sebab lama tak jumpa. ada mai solo macam aku yang singgah dari batupahai dan ada yang datang dengan keluarga. tahniah gang

resort ni tokeynya senor kami.
berbaloi jugak dia bersusah payah memulakan resort ni.
masakan kampung best. kambing bakaq paling sedap.
si suhairi dan pak ku ai balun sakan.




servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...