walaupun kedai makan ni dah popular di sebelah perlis, aku nak promosi sikit restoran mak penakan aku ini.
terletak berhampiran empangan timah tasoh di tepi jalan dari kangar ke padang besar .
restoran ini berpindah ke tempat yang ada sekarang semasa pembinaan empangan beberapa tahun yang lalu.
beberapa pekembangan terbaru yang aku lihat bila balik kali ini.
bahagian dalam restoran
ada motel sebanyak lima bilik untuk berhenti dan tidur.
siapa yang hendak ke siam, boleh singgah tidur di sini.
15 kilometer dari pekan kangar
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Thursday, September 16, 2010
kembali menghirup udara klang
setelah sepuluh hari beraya di indera kayangan, semalam aku bertolak balik klang.
perjalanan tidak menyulitkan sangat walaupun banyak kenderaan di lebuhraya. yang menggangu cuma banyaknya kenderaan besar trailer yang sama-sama nak beraya ka entah apa.
tak sabar nampaknya diaorang nak berlumba dengan dengan orang lain.
agaknya opps sikap kali ni ada kelonggaran.
dalam pada itu sempat juga aku singgah di rumah sahabat lama di sungai petani dan rumah ipar-duai di kulim.
dah malam baru mencecah ke bandar klang. jambatan baru yang siap memudahkan semua orang.
trailer yang berlumba di lebuhraya PLUS
ada kemalangan sebelum RnR gurun. masa ni hujan lebat sikit
sahabat lama yang dah berbelas tahun tak jumpa.

Saturday, September 11, 2010
hari raya ke dua - raya di rumah x-jenan perlis
hari raya kedua kali ni sempat ikut dua x-jenan raya gathering.
satu dengan batch 84 aku di rumah rostam, pekena laksa perlis..........
yang hadir - rosaidi, tam ( rumah pak dia ), md nor, yusri dan suhairi
ni biryani pak penakan aku buat...ok gak.
style madras yang maid aku selalu masak masa di india dulu
selain tu sempat juga ikut geng x-jenan senior batch 83 di taman melati indah beseri
antara yang ada - jig,mail sahak,syed, sukardi, azlin,noorin,ija dan tuan umah azifah merangkap mak long aku.
kiri tu tuan umah yang lelaki - lama dah dok kat perlih......

Friday, September 10, 2010
salam eidul fitri 2010
pagi ni dah hari kedua raya.
baru sempat buat catatan. nasib baik dapat pinjam celcom broadband ni. prepaid DG aku buat perangai lagi......
fitrah tahun ni pun bayar kat mesjid kampun paya.
beberapa gambar dan aktiviti sebelum raya...
rebung di belakang rumah
acara bakar daging dan hati lembu.
dah lebih tujuh bulan tak makan organ dalaman setelah kena serangan Gout.
tengah kupas rebung
kawasan padang Nyatoh semasa ronda-ronda dengan motosikal bersama dua puteri aku
mesjid al-khauthar kampung paya.
bangunan belakang tu sekolah lama aku yang mengalami penggantian bangunan lama ke yang baru tiga tingkat

perjalanan balik raya 2010 ke utara
hari isnin baru ni aku berlepas dari klang ke utara untuk berhariraya.
tahun ni giliran beraya di perlis setelah tahun lepas di terengganu.
kali ni perjalanan sungguh selesa dimana cuaca begitu tenang dan tidak panas langsung.
inilah kali pertama semenjak aku berulang-alik, yang cuaca begitu selesa sekali. cahaya matahari hanya muncul sedikit saja di ipoh. selepas itu keadaan mendung bagaikan hendak hujan dari penang hingga ke perlis.
jalan ni entah bila nak siap. kontraktor penyelamat pun dah datang
cuaca mendung semasa melepasi pekan kodiang. dah sempadan perlis ni
sawah padi sebelah kiri dan kanan selepas kawasan rehat gurun
kawasan lebuhraya yang sentiasa mendap. di buat atas sawah padi tanpa 'ground treatment' yang sesuai. apalah consultant yang design nih.....
akhirnya pukul 2.20 petang aku sampai di kampung Paya..............
argghhh.....

Sunday, September 5, 2010
sampah tak kutip di taman andalas
nampaknya dah semakin menjadi pemalas si kontraktor kutip sampah kat taman aku ni.
kalau jiran aku tak bagitau semalam aku pun tak perasan.
mentang-mentanglah rumah aku tak ada orang jumaat hari tu, yang pengutip tu tak ambik langsung.
itulah jadinya, kontrak nak banyak, lori ada sikit saja.
apa lagi !!!!! semakin mengarutla jawapnya

Saturday, September 4, 2010
mencari lailatul qadar
dari emel seorang kawan, secara ringkasnya :-
“Bulan Ramadhan adalan bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran”. QS. al-Baqarah: 185
dan al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan, dan Allah Ta’ala berfirman:
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Quran pada lailatul qadar”. QS. al-Qadar:1.
Jika dikumpulkan dua ayat ini maka akan menjadi sangat jelas bahwa lailatul qadar di bulan Ramadhan manakala hadis Nabi Muhammad SAW mengatakan malam Lailatul Qadar itu di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan . Ini berdasarkan hadis berikut:
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari, no. 2020 dan Muslim, no. 1196.
Lailatul Qadar lebih ditekankan adanya di malam-malam ganjil daripada malam genap:
I
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
3. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
4. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
6.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lain
Thursday, September 2, 2010
solat hajat
semalam selain solat tarawikh, aku berkesempatan untuk ikut solat hajat dengan imam kat sini.
yang nak dikongsi adalah cara-cara solat hajat ini di jalankan.
walaupun munkin ada berbeza dengan yang lain, tapi aku nak rekodkan solat hajat yang semalam seperti di bawah :-
1. niat
2. takbir
3. al-fatihah
4. ayatul qursi 3 x
5. rokok dan sujud seperti biasa
6. raakaat ke dua
7. al-fatihah
8. ayat qul-huwallah hu ahad 7 x
9.rokok
10. sujud kali pertama
11. sujud kali kedua
-baca ayat / doa nabi yunus masa di dalam perut ikan nun, .........lailla ha anta subhanaka inni
kuntum minazlimin sebanyak 20 x
-berdoa apa yang dihajati di dalam hati
12.tahiyat dan salam

Subscribe to:
Posts (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...