Thursday, March 31, 2016

1.4.2016

1.4.16

hari jumaat hari yang baik.

dulu masa zaman sekolah, ramail ikut jahiliah sambut april fool.
malam tu ada acara contiang muka sapa yang tido awal.

setahun lalu, new tax regim GST telah bermula di Malaya.
selepas setahun, nampaknya orang Malaya telah terima seadanya dan penentang pun semakin kurang.

aku dah pernah hidup di India dan merasa akibat tax ini.
Munkin sana lebih exterim tapi untuk jangka masa panjang aku harap Malaya tak jadi macam benua hindia tu.

Monday, March 28, 2016

Bersatu

Depa dalam keadaan apa pun sentiasa bersatu.

Aku respect kepada kedua 2 side. Sanggup melupakan sebentar aspek politik untuk mendapat manafaat yang lebih.

Buku baru

Alhamdullilah bulan ni sempat dapat 5 buku baru.
Yang pertama buku klasik Hamka, sejarah umat islam dan buku bagaimana nak mula bisnes yang di order online dengan kedai buku.
Batch kedua di beli dari Pustaka Bushra.

Sunday, March 27, 2016

Cerita kuliah suboh

Nampaknya malaya dah semakin celaru dan serabut bab perbezaan pendapat.
Puak2 hardcore masih berbalas serangan dan mengakibatkan pengharaman beberapa ustaz2 di beberapa buah negeri.

Aku cuma nak  share kuliah suboh yang aku ikut weekend baru ini.
Bertambah kesian aku bila penyampai tazkirah pun celaru bila nak  menguatkan hujah dia.
Mula2 cerita pasal fitnah FB, wA dsb yg yg berluasa sekatang tapi akhirnya bila dia menyerang, ada unsur fitnah jugak.

serangan/fitnah terbaru ustaz fahaman syafieiah nusantara terhadap salaf  perlih masa kuliah suboh tadi :-
1. Khutbah jumaat hanya satu bahagian
2. Tiada zikir selepas solat
3. Jemaah hairan tgk org qunut

Kemana kita akhirnya?

Air special

Special betui bekas air ni.

Pulak tu bagi kat aku dan ummi satu kaler hijau dan satu kaler biru.

Hahahaha. ....kedai makan ni pun pandai buat lawak

Belalai gajah

Projek kebun bulan adalah pokok belalai gajah yang dikatakan bagus untuk merawat kencing manis.
Blend daun dan minum.

Alhamdullilah x boh ummi ada lebih nak bagi untuk buat benih.

Tuesday, March 22, 2016

Panaih sunggoh

Panas kat luar di utara dah 40 darjah.

Kat politik malaya pun panaih jugak.

Kita tengok sapa yg kena

Saturday, March 19, 2016

Pokok sabung nyawa

Hari ni dapat info pasal pokok ulam yang di tanam depan rumah.  Sebelum ni ada yang bagitau namanya pokok seribu tahun.
Kena buat ulam hari2 ni

Panas

Teruk panas tahun ni di perlih.
Semalam dah 39 darjah.

Rekod masih tahun 1996,  42 darjah

Wednesday, March 16, 2016

Apa nak jadi

Lama tak post pasal politik.

Dah carca marba sekarang ni.

Apa harapan PRU 14 nanti?

Tuesday, March 15, 2016

Hebat engineer ni

Hebat engineer kat taman ni. Jugak abang kawan jenan dulu.

Seorang electrical engineer yang professional.  Ada company.

Akhirnya dia berjaya menjadi seorang yang seperti ustaz.

Monday, March 14, 2016

Durian belanda ku

Projek kecil2lan durian belanda dah mula.

Anak pokok dari perak dah mula membesar. Masih lagi dalam pasu.

Anak2 dari biji yang dibeli dari teluk panglima pun dah mula keluar. 
Harap2 dapat besarkan nanti dan pindahkan ke tempat yang lebih sesuai.


Saturday, March 12, 2016

Berita dari Gontor

Alhamdullilah ummi dah sampai airport Solo. Sekarang dah on the way ke Gontor untuk lawatan teknikal.  Tengok siling lah aku empat malam lepas ni.

Dulu aku tinggal dia pi outstation.  Sekarang sayang laki, tinggal - tinggalkan pulak.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberi kesihatan yg baik.

Thursday, March 10, 2016

Kesian makcik nyonya

Sejak kerja di rawang, aku selalu breakfast di mamak Ali dan beli paper kat satu makcik nyonya.
Semangat sungguh dia. Raya cina ke 3 dia dah start jual paper. Kadang-kadang dia bagitau aku dia tak sihat.

Tadi aku tengok dia macam tidor di meja.

Kesian dia

Tuesday, March 8, 2016

Kasihaaannnn ni lah daku

Hebat survey ni.

Patutla aku rasa nak pencen awai jadi enginiar ni.

Test power

Hebat pok It kiter kasi panass Dun Ganu.

Dia test boh baru. 
Nasib baik ada tukang cover yang cekap. apa orang nak kata biaq pi, janji bos selamat.

jangan risau Datuk MB, orang malaya tak jatuhkan kerajaan dengan cara macam ni punyer.

Monday, March 7, 2016

hempeh spurs

baru aku dok tibai puak2 arsenwengoy tapi bila lawan spurs buleh pulak seri walaupun sorang kena buang padang.

nampaknya penyakit spurs kembali lagi bila masuk sepuluh perlawanan terakhir. habih stim dan terus longlai.

kalau menang boleh la merasa dok ataih sehari.

alahai leicester..........

Thursday, March 3, 2016

Kesian goners

Tengok tajuk berita The Star ni,

Kesiaannnn sungguh kat rival spurs wengeroy gunners. Dah jadi goner.

Harap2 weekend ni spurs tibai depa....hahaha

Wednesday, March 2, 2016

Tinggi lagi BP aku

Semalam pergi recheck BP.

Masih lagi tinggi 150/100.
Dah  hypertension stage 1 aku ni.

Ikan bilis , ikan masih dan lain2 kemasinan kena stop asap kata doktor tu.
silap Lunch semalam pi tibai gelama kering.

Aduhhh...

bila boleh start walking exercise nie.....

Tuesday, March 1, 2016

Indah sungguh

Cerita weekend baru ni.

Masa aku ke supermarket 99 dan tengah beratur terdengar cashier kata kat budak india, adik kena balik ambik duit tak cukup 60 sen lagi. Barang ni tinggal kat sini.
Belum sempat aku bersuara minta budak tunggu, sorang mak cik suruh panggil budak tu dan dia bayar 60 sen tu baki tu dan suruh budak tu balik dengan barang yang di beli.

Indah sungguh malaya ku hari itu.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...