Sunday, February 28, 2016

Mencari susu kambin

Sabtu lepas selesai hal kakak, kami ke sg air tawar sabak bernam. 

Jauh jugak dari klang tempat ni.dah nak sempadan perak. Waktu asar baru sampai.  Alhamdullilah sempat berjamaah di mesjid bagan nakhoda omar.

Setelah berpusing2 jumpa agro farm. Tempat ini utk transit kambin dan lembu. Kilang proses susu di tempat satu lagi atas sebab2 teknikal. sempat juga melawat kambin dan lembu tang dalam kandang.

Akhirnya dapat collect 100 botol susu. selain dari yang original, Ada perasa coklat dan jagung yang kami ambil. kira dah jadi stokis untuk kawasan kelang dah ni.
 
Balik dah malam dan terpaksa solat magrib di stesyen minyak. disebabkan terlalu rushing sebab lewat, kami tak nampak  bilik surau dan solat tepi koridor. 

mencari bekang tok minoh ganu

Satu lagi program hari ahad semalam adalah membawa ummi jumpa kawan dia yang ikut pameran makanan sempena hari wilayah di tasek titiwangsa. 

kawan ummi Datang dari ganu bawak bekang tok minoh untuk promosi.
rupanya dah berpuluh tahun depa tak jumpa. aejak dari zaman sekolah.
ada good innovasi untuk produk tradisional ni. packaging pun cantik.
satu pack 5 ringgit ada sepuluh ketul. cicah dengan pencicah perasa lemak dan gula manisan.
diorang juga ada bawak manisan yang di panggil dalam loghat ganu nnisang. di perlih kami panggil gula gerek ja.

Gerai sebelah tu ada nasik dagang frozen.  Try la dua bungkus. Harga promo 6 ringgit. Market biasa mau 10 ringgit. kalau aku ada kedai frozen boleh la try untuk pasaran klang.
Frozen ni boleh tahan sampai sebulan.  Sesuai sangat untuk yg ketagih nasi dagang original  dari ganu.

Last sekali, rtm ada interview ummi. Aku sengih2 ja di sebelah.  Pagi khamis ni keluar tv la.


Financial diskusi

Program ke dua weekend baru ni ada diskusi tahunan dengan financial advisor aku.

Selain review tahun lepas investment performance, ada forecast untuk retirement dan target amount sebelum retire, umur 55 nanti.
Alhamdulillah kalau ikut calculations boleh dapat aku  amount yang aku nak tu.

Kali ini breakfast discussion di tempat baru setelah tiga restoren yang di cadangkan tu tutup dan penuh orang.
Ok jugak kali ni dapat pekena nasi berlauk kelate dan pulut mangga.

Champion

Minggu ni sebok sangat.
sabtu kena off kerja di rawang.
Mula2 pergi programme champion putri santubong di jln kebun.
Alhamdullilah dapat dia joint programme yg cuba nak dapatkan quality results, semua plus plus.
Team member pun bagus nampaknya.  Cuma aku sorang saja kaum bapa yg datang. terpaksalah cakap banyak.

sebelum tu Ceramah motivasi ustaz pun bagus. nangis2 anak-anak champion.

Last sekali aku setuju dengan cikgu yang anak2 kena ada jati diri yg kuat. Start kerja keras utk berjaya, organised diri untuk belajar, kurangkan tv dan gadjet2 punya entertainment.  Kena banyak jumpa cikgu selalu untuk tanya masalah 2 soalan yg tak boleh buat sendiri dan jadikan cikgu matapelajaran yang susah tu sebagai mentor.

Thursday, February 25, 2016

Selamat kembali bos helang

Seronok pulak tengok gambar yang jijoi post ni.
Dia dengan bos helang dah balik melaka dan bergrup dengan geng2 lama kitaorang yang didisisihkan dulu. Ada yang dipeti sejuk dan hampir nak ditendang.
Tapi Allah maha adil. Yang tak buat hal inshallah selamat dan dapat balik apa yang Sepatutnya.
Untuk kaki2 bodek dan kaki report tak betul tu, bertaubatlah.

Kali ini aku perhati dari luar ja lah.

Gud luck

Saturday, February 20, 2016

Handphone murah

Biar betul puak2 hindia ni.
Handphone rm 15 ringgit sebijik.

Nak order 3 bijik kalu camtu

Bos mau sapa

Samada pilihan yang betul2 boleh jadi leader atau yang boleh yes bos.....

Friday, February 19, 2016

Selamat tinggal sahabat

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Allahummarghfirlahu warhamhu kepada sahabat engine mania UKM halid haron yang kembali ke rahmatullah.

Semoga rohnya di rahmati Allah.

Kali terakhir dinner bersama2 dengan engine mania lain di Spoon kota kemuning.

Thursday, February 18, 2016

Berita dari bosnia

Minggu ni dapat message dari sahabat bosnia almir Selimovic yang dia baru dapat anak kedua.
Alhamdullilah.

Semoga jadi anak soleh dan terus istiqamah dengan islam macam bapak dia

Dah tujuh tahun

18.2.2016

Tarikh yang menjadi kenangan.
Pertama jejak kaki di bumi eropah.
Sebelum tu transit saja di Austria.  Tak sempat keluar. Masih sejuk gedi.

Tuesday, February 16, 2016

Kita tak perfect

Di saat orang heboh debat, jumpa satu ringkasan yang menarik.

Apa yang pasti kita tak perfect.

Mujaddid

Ketika umat sibuk dengan urusan dunia, muncul umar abd aziz menyeru umat bertaqwa.
Ketika wujud pertentangan ahlul hadith dgn ahlu ra'yi, muncul asy-syafi'i menyeimbangkan keadaan.
Ketika muncul hadith palsu, muncul imam al-Bukhari menyaring hadith2 sahih.
Ketika umat menggilai ilmu kalam, muncul imam asy'ari mendahului nas.
Ketika kumpulan tarikat mencipta kaedah2 asing, muncul imam  al-Ghazali dgn kitab ihya'nya
Ketika syiah dan tarikat berkembang, muncul imam ibn taimiyyah memurnikan tauhid.
Ketika khurafat dan bidaah berleluasa di Jazirah Arab, muncul imam ibn Wahab berusaha keras untuk memurnikan tauhid ibadah. Begitu juga di Benua India, muncul Syah Waliyullah.
Ketika umat dijajah, muncul Hasan Al-Banna menyeru kpd dien wa daulah.

Monday, February 15, 2016

Serangan apakah ini

Semalam aku rasa tak sihat.

Rasa lemas dan kaki sejuk2. Minum air banyak dan tarik nafas panjang 2 pun tak ok. Pergi baring pun tak mau jugak.

Last sekali decide balik klang dan pergi klinik check blood pressure.
Memang naik dari biasa.
150/100 kali ni.

Apa agaknya yg sebabkan serangan ni?
1. Makan kambin sabtu Tengahari. Kambing bakar aqiqah malam sabtu. Lunch ada tibai kambin sikit.
2. Minum banyak jus delima dan lemon
3. Start minum supplement nice feel untuk cuci usus malam dan pagi isnin
4. Lupa makan ubat malam isnin.

Ya Allah, jauhkan aku dari penyakit berbahaya

Doa sebelum salam

Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam..

Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat?Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu?

Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut :

1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim]

2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari]

3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlin-dung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari]

4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan al-Nasa’ie]

5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i]

6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam al-Bukhari]

8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam Abu Dawud]

9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud]

10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]

Semoga kita dapat mengamalkan doa-doa nabi saw ini dalam setiap kali solat…InsyaAllah..

SUMBER: Hamba Allah

Sunday, February 14, 2016

Hot spurs

Tahun ni team EPL aku, spurs  dah semakin hot. Semalam tibai men city pak arab.

Dah boleh cantaih arsengoi kut taun ni.

Saturday, February 13, 2016

Kebun kecik

14.2.2016

Kebun kecik depan rumah dibersihkan dan diberi nafas baru dengan tambahan pokok baru.

Koleksi yang ada sehingga kini :-

1. Rumman / delima
2. Cili hijau
3. Seribu tahun
4. Mahkota dewa
5. Durian Belanda
6. Kesum
7. Pandan
8. Serai
9. Nenas
10. Mata kucing - dalam perhatian sebab tadak tanda-tanda nak berbunga.

Champion 13

Tahun ni sijenjang akan ambik upsr.

Alhamdulillah dapat naik kelas dan masuk programme champion 13 untuk score.
Meeting parents yang pertama buat kat umah aku.

Moga2 dapat bantu anak2 ni berjaya.

Dah berbunga

Alhamdullilah.
Mahkota dewa benih terengganu dah berbunga.

Friday, February 12, 2016

Nostalgia gebeng

Bila jumpa abg ajis korea, teringat puak2 gebeng yang lain. Melalui WA grup, ada yang post gambaq terbaru.

Re u kecik bhm

Cerita masa cuti raya cina.

Hj bhar buat kenduri kawen anak dia di bukit mahkota. 

Ada small re union puak2 bhm dulu. Abg ajis korea boh masa projek gebeng pun ada.
dah dah lebih 10 taun tak jumpa .

Cerita Nazaria

Semalam Nazaria aku sakit lagi.

Cermin sebelah driver pulak tak boleh naik. Ummi tolong settle kan. Motor rosak rupanya.  
Nasib baik dalam budget.

Alang2 ummi dah keluar, minta dia pi check aircon yang dah sebulan rosak. Mekanik bukit raja kata compressor rosak. Penin kepala tiga minggu bawa aku bawa dari klang ke rawang. 

Alhamdullilah dah settle. cooling coil yang rosak. kali pertama kong sejak 12 tahun dulu.
kos tak berat sangat macam semua orang ingat mula-mula dulu.

jangan la rosak lagi kawanku.

Tazkirah jumaat

Nak share tazkirah sebelum solat jumaat tadi.

1. Masa kita di alam rahim, dalam perut mak kita, kita hidup dalam air kutuban. Bila pecah oksigen masuk kita lemas.
2. Kita di alam dunia skrg ni hidup dengan oksigen. Bila masuk dalam air kita lemas.
3. Bila kita di alam kubur, apa yg buatkan kita tak lemas?
Solat, zikrullah dan segala amalan dan perbuatan baik yg kita lakukan.

Thursday, February 11, 2016

Aku nak slim

Hari yang sama jumpa puak jenan, petang lepas zohor di mesjid jumpa Abi yang dah ada produk slimming baru, isagenik.
Produk dan teknik menarik. Kena tunggu fulus bulan depan baru boleh on kut.

Mission to reduce 25 kg masih ada jalan keluar, inshallah.

Gader2 geng jenan perlih

Cuti raya cina baru ni sempat joint Gader2 geng perlih jenan84.
4 orang datang dan semuanya 5sc 1 termasuk korum tambahan mat bihi.

Kami tiga orang adalah korum tetap termasuk pak ku yg pi cuti di siam kali ni.

Banyak cerita kali ni. Selain dari cerita2 pak wahab, hal nak ejast 10 ekaq tanam durian belanda pun ada. Harap jadi kenyataan yang ni.

Banjir dal special

Hari ni pekena banjir dal special kat restoren ali di rawang perdana yg direkemen oleh hj shukri.

Tapi mak cik ah so yg jual paper dekat2 tepi jalan situ menarik perhatian aku.
Dalam keadaan dia warga emas dan cuti raya cina dia dah mula meniaga.

Ada rasa kesian, sedih dan bangga dengan semangat dia.

Sunday, February 7, 2016

Nazaria

Minggu ni banyak cobaan pasal Nazaria.

Setelah tiga minggu press dari klang ke rawang, berlari 120km sehari.  Terus  semput dan padam di Guthrie hiway. Nasib baik masa tu sampai di tol bukit jelutong. 

Selepas jumpa peronda almost comfirm alternator yg rosak, aku ambil keputusan untuk tow ke shah alam. Tidur dia di  shah alam malam tu si Nazaria.  

Esuk kena lagi. Sampai minta AAm tolong rescue kali ni ke kia service.

Inilah kali pertama sampai kena tow.

Tuesday, February 2, 2016

Teringat pak hamka

Dalam kecoh dan celaru, teringat pak hamka.

Dari dr maza.

Karya Prof Hamka TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR!
Dengan rendah hati, saya ingin menggalakkan rakyat Malaysia membaca karya tokoh ilmuan Nusantara yang terbilang iaitu Prof Hamka rahimahulLah. Beliau pernah dihalang dari berdakwah di Johor. Beliau menulis satu kritikan terhadap Mufti Johor pada zamannya iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad. Mufti Johor berkenaan telah mengeluarkan kenyataan kononnya kelompok pembaharuan yang dituduh sebagai kaum muda atau pun wahabi penyebab orang jadi sesat, anti-mazhab, menolak ulama, terpengaruh dengan musuh Islam dan berbagai lagi. Kenyataan itu dibuat menerusi akhbar pada 14 Julai 1958. Prof Hamka sekalipun dari Indonesia mengambil tanggungjawab menjawab fitnah-fitnah tersebut.  Kata Prof Hamka: “Melihat cara-caranya samahah al-mufti sebagai pembela kaum-tua di dalam menghentam kaum-muda bagi beliau rupanya tidaklah mengapa memukul kaum-muda dengan membuat fitnah…sekarang samahah al-mufti rupanya memakai cara-cara pula: matlamat menghalalkan cara. Asal saja kaum-muda dapat dipukul hancur tidaklah mengapa berdusta”.

Antara yang beliau tulis dalam buku tersebut;

-“Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan pecah belah umat Islam, berkaum tuan berkaum muda. Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali dan memang mazhab Hanbali terkenal mazhab yang keras mempertahankan sunah. Dan yang berpengaruh memperbaharui faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.”

-“Bersama dengan penghinaan kepada Wahabi, diperbuat pula buku-buku yang memburukkan as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, dan as-Syeikh Muhammad Abduh, dan al-Sayyid Rasyid Ridha. Yang sangat bersemangat membuat buku demikian ialah al-Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabahani yang menjadi kadi di mahkamah Beirut dalam Kerajaan Turki. Bukunya ‘Shawahidul haq’ penuh dengan kata-kata yang penuh dengan fitnah dan penghinaan…kitab-kitab seperti inilah yang sampai ke tangan kaum-tua. Oleh kerana mereka biasa dengan taklid tidaklah mereka mahu membaca pula kitab-kitab lain yang menerangkan pokok-pokok pendirian yang sebenar daripada orang yang dihina dan dicela itu. Syeikh Yusuf al-Nabahani menyatakan bahawa as-Sayyid Jamaluddin dan Syeikh Muhammad Abduh tatkala mati terjulur lidah! Maka lekatlah kata-kata ini pada seluruh pembaca kitabnya. Syeikh Nabhani tidak sanggup menerangkan apakah kesalahan beliau-beliau itu, melainkan membuat fitnah yang tidak-tidak. Sampai as-Sayyid Rasyid Ridha dikatakan sama dengan Abu Jahal. Sehingga orang yang otaknya telah beku dan fikirannya tidak jalan, telah percaya kepada fitnah yang dibawa oleh al-Nabhani itu. Oleh kerana ulama yang mula-mula melepaskan tauhid Islam yang suci daripada khurafat dan bidaah mutasawwifin (kelompok sufi-pen) ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya-muridnya Ibnu Qayyim maka beliau-beliau inipun tidak pula lepas daripada serangan. Segala kata yang bukan-bukan pula yang diperbuat atas diri beliau-beliau itu. Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat Islam, berkaum tua berkaum muda”

-“Kedua, kata orang kami tidak menghormati ulama. Sebab mereka pun telah memasukkan pula sebuah lagi tiang baru ke dalam Islam, iaitu wajib menghormati ulama. Wajib taklid kepada ulama! Wajib taat kepada guru. Hal ini saya huraikan dengan saksama, kaum muda amat hormat kepada: ulama. Kaum-muda insaf bahawa pengetahuan yang kita dapat sekarang ini, manakan sampaikan ke tangan kita kalau bukan lantaran ulama. Kami sangat patuh kepada ulama ikutan kita keempat-empatnya: Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal. Demikian cinta hormati kami kepada beliau-beliau sehingga kalau ada ulama yang menjadi pengawal di luar yang mencuba-cuba menghalangi kami buat bertemu dengan pendapat-pendapat beliau-beliau, kami sirwak (memalukan) apa ulama lain itu, dan kami berkata kepinggirlah engkau! Kami hendak bertemu dengan beliau keempat-empatnya (imam empat) menyuruh kami meneruskan perjalanan ke atas, ke hulu agama: kepada al-Kitab dan as-sunnah dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh orang yang terdekat kepadanya, iaitu sahabat-sahabat Rasulullah. Padahal tatkala kami masih di muara-muara, banyak benar yang menghalangi. Datang syeikh fulan dan sudah jauh di bawah mutaakhirin (kebelakang), bahkan mutaakhiril mutaakhirin (kebelakang dari yang belakang) melarang keras! Jangan pergi ke hulu. Jangan! Haram! Padahal kami tidak mahu dihalang-halangi lagi. Maka dituduhlah kami sesat, siapa kita yang sesat?

Ulasan: Apa pun kita patut henti tuduh menuduh seperti zaman lepas. Cukuplah sejarah lepas. Jangan berulang. Hidupkan persaudaraan sesama muslim.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENDAPATKAN BUKU TERSEBUT DAN MEMBACA KESELURUHANNYA.

Tahniah mat kodah

Akhirnya tukaq jugak.

Ingatkan ada UG.

Ramai dah kena

Dalam masa kecoh MB kedah, ada 16 geng ustaz kena ban.
Nampaknya perbezaan pendapat dah jadi igauan di malaya.
Ilmu satu pandangan saja yang boleh ikut selepas.

Adakah kerana kita orang awam, maka kita follow saja semuanya.

Kerancakan kuliah2 akan malap selepas ini dan ramai akan dok diam2 kat umah.

Tepuk dada tanya selera.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...