Saturday, June 28, 2014

Salam ramadzan kareem

Bulan mulia tiba lagi.

Harap2 tahun ni lebih baik dari sebelumnya

Thursday, June 26, 2014

Suka gigit

Orang main bola, dia gigit orang.

Arrgghhhh

Cerita seorang tua

Semalam semasa singgah di surau untuk jamak dan qasar zohor dan asar aku sempat bercerita dengan seorang tua.
Selepas bercerita mengenai hal2 semasa dan beberapa hadis dan tauladan, aku terus bertanya tentang hal peribadi orang tua itu yang menyebabkan dia terdampar di surau tersebut.
Dia berasal dari india utara, uttar pradesh. Kemudian dia ke singapura untuk berkerja dari tahun 1952 hingga 1998. Kemudian setelah taukehnya meninggal, dia ke malaya dan telah memilih untuk tinggal di mesjid selama lapan tahun. Selepas pengurusi mesjid meninggal, dia di bawa ke surau ini dan tinggal di situ selama lagi empat tahun.
Kemudian dengan rasa sedih dia memberitahu akan berpindah lagi sebab pengurusi surau telah bertukar dan yang baru kurang menyenangi.

Begitulah cerita orang tua itu yang menyebabkan aku terfikir banyak perkara.

Tuesday, June 24, 2014

Heppy birthday

23.6.14
Dah 18 tahun si kembar.
Tak sedar aku.
Mana taknyer dah 15 tahun aku kerja outstation macam ni.
Bila diingat stress giler tapi apakan daya dah rezeki macam ni.
Ya Allah. 
Kalau ada rezeki di laut timbulkanlah
Kalau ada rezeki di bumi keluarkanlah
Kalau ada rezeki di udara turunkanlah
Aku hanya mampu berusaha dan berdoa

Friday, June 20, 2014

Padan muka

Ambik kau inglatera.
Dua kali kaloh.
Jangan dok perasan baguih. Silap2 dengan costa rica pun bungkuih

Thursday, June 19, 2014

Kesian

Kesian espana dah dua kali kalah.

Tiki taka dah hancor

Sunday, June 15, 2014

Gathering x jenan84 di sabak bernam

Sempena walimah anak rashid Arma, kami berkesempatan untuk mini reunion geng 84 di air tawar sabak. Walaupun hampir 2 jam dari shah alam dengan mat Dee, berbaloi rasanya.

Antara lain yang hadir selain aku dan mat Dee, ku Ai dan wifey, budin kuder, azham, kerol, chon, suhairi, julai, amran J, Azang serta pak aint dari johor dan pak darq dari temerloh.

Bravo lah geng

Friday, June 13, 2014

Demam piala dunia

Malam semalam dah mula demam piala dunia di Brazil.
Untuk pembukaan brazil tibai Croatia 3-1. Nasib baik sempat adjust tengok di melaka.
Sekarang belanda tengah tibai juara edisi lalu sepanyol 4-1.

X matrik ukm di kpg paya

Selain dari geng jenan, geng ukm matrik jenan pun sampai jugak.
Ferdaus dari penang dan aziz dan saleh dari changloon yang sampai dengan datin masing2.
Mat lias last minute tak dapat datang sebab ada hal lain

X jenan di kpg paya

Alhamdullilah beberapa x jenan perlis sampai ke kenduri minggu lepas.
Antara yang sampai geng d green kak ku dan abg abidin, dr rosli, dr dinon, abg mat Sukardi serta cikgu dollah.
Mak long Pah pun sampai jugak

Tuesday, June 10, 2014

Selesai

Alhamdullilah.
Itu yang dapat diucapkan bila majlis akad dan kahwin adinda bongsu selesai.
Banyak ujian dalam perjalanan ni. 
Gangguan dan silaturrahim paling mencabar.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...